Assalamualaikum
Sawasdee ka [Hello]
Azie nak sambung episod jalan-jalan Bangkok. Keesokannya pagi-pagi dah keluar nak jalan-jalan ke Grand Palace Temple. Orang kata kalau nak ke sana, kena pergi awal pagi, kalau tak crowded dengan pelancong nanti.
Orang sibuk nak pergi kerja, kami sibuk nak berjalan. Baguskan depan ni, beratur. |
Camna nak pergi Grand Palace Temple ni?
Naik BTS turun di Saphan Taksin
Ambil Exit 2 untuk ke Chao Phraya Express Boat
Pilih Orange Lines (jika Sabtu & Ahad), turun di N9 - Tha Chang
Jalan 5 minit sampaila Grand Palace Temple tu.
EXIT 2 - Chao Praya Express Boat Pier |
Boleh keliru ni, nak ambil boat menghala ke atas atau ke bawah? Kene check betul-betul. Nak tanya orang jangan harap. Mereka tak faham, |
FYI, hentian Sathorn di Thaksin ini juga dikenali sebagai Central Pier. Di sini anda boleh pilih untuk naik Long Tail Boat dan Choa Phraya Tourist Boat. Tempat tunggu pun ada beberapa bahagian. 1 bahagian untuk hotel shuttle boat, 1 bahagian lagi untuk Choa Phraya Tourist Boat, sebahagian lagi untuk Long Tail Boat. Jadi pandai-pandaila peratikan ye.
TIPS: Kalau setakat nak pergi Grand Palace Temple dan Wat Arun Temple, JANGAN beli One Day River Pass yang berharga 150 baht. RUGI. Kaunter seperti dalam gambar tu hanya untuk orang yang mahu beli One Day Pass. Terus je beratur atau duduk di tempat menunggu yang disediakan. Boat sampai terus naik. Bayar tambang atas boat. Ada konduktor boat yang kutip. 15 baht.
Yeehaa, feeling habis la time ni |
"Chao Phraya River, which known as River of Kings by the local, plays many important roles in Thai life. It is a major transportation artery for a wide network of river buses, cross-river ferries and water taxis, also known as the longtails. Due to increasing number of tourists and travellers, the Chao Phraya Express Boat or Chao Phraya Tourist Boat was established to provide tourists and travellers with the opportunity to see Bangkok from a whole new perspective. The Chao Phraya Tourist Boat services eight piers, which in turn give access to Bangkok's most famous tourist attractions such as the Grand Palace, temple of Dawn (Wat Arun), the great Reclining Buddha at Wat Pho, Asiatique and many more." - Source: Google
FYI, Chao Phraya Tourist Boat ni tidak semestinya berhenti di semua hentian terutama jika boat kosong dan tidak ramai penumpang. Taktiknya terus ke belakang boat jika anda hendak turun di pier seterusnya.
Kalau ke Bangkok, jangan lepaskan peluang menyusuri Menam Choa Pharya, sungai terpanjang dan terpenting di Thailand. Feeling dia lain macam seronok. Boleh nampak banyak sangat pokok kiambang terapung-apung dalam sungai ni. Sepanjang sungai ni boleh lihat pemandangan Kota Bangkok. Wat Arun Temple pun boleh nampak dari Sungai Choa Phraya ni. Kalau dari Sathon duduk di belah kiri boat. Boleh nampak Wat Arun dengan jelas. Selain itu, melalui sungai ini juga korang boleh ke Grand Palace, Wat Pho, Jambatan Raja Rama V111 dan pelbagai lagi.
Moment yang paling best, bila dapat lihat boat-boat bersimpang siur bawa pelancong. Priceless bila lihat pemandangan begitu. Ketika tu keadaan cukup sibuk di atas sungai Menam Choa Pharya. Tiada di Malaysia yang pastinya!
Moment yang paling best, bila dapat lihat boat-boat bersimpang siur bawa pelancong. Priceless bila lihat pemandangan begitu. Ketika tu keadaan cukup sibuk di atas sungai Menam Choa Pharya. Tiada di Malaysia yang pastinya!
Masa nak balik semula ke Sathorn, badan sendiri berpeluh belengas toksah cakapla. Macam baru balik berlari 1000m gayanya. Cuaca pulak super hot! Keadaan dalam boat memang cukup padat macam sardin. Boat penuh dengan pelancong yang macam-macam bau. Redha ajelah tentang itu. Jangan berangan la nak dapat tempat duduk. Driver boat pulak kekadang buat suspen dengan boat yang kekadang terhuyong hayang. Ohh boat tolonglah janganlah karam! Dalam sesak-sesak gitu, ketika tu la konduktor datang nak kutip duit. Hebat betul konduktor boat ni, macam mana dia tahu yang mana dah bayar yang mana belum bayar?!
Nak paham konsep Choa Phraya Tourist Boat ni boleh lihat SINI.
P/S: Sebelum ni pernah dengar Menam Choa Phraya dalam buku sejarah masa zaman sekolah dulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan