Salam Isnin korang. Masih lagi Monday blues ke? Meh baca blog hakak ni sesambil cuti mata. Penat tau hakak photoshoot Bangkok shopping Mall untuk tatapan korang. Hakak kat sana dah macam paparazzi dah. Kejup-kejup ambil gambar. Tapi dengan henpon Note 2 je la. Hiks. Bukan dengan camera besar. Petang ini, masih lagi cerita tentang negara 'Land of Smiles'. Story mory tentang Chatuchak Market boleh baca di sini [ Pasar Terbesar Asia Tenggara ] Jadi, hari ni nak share shopping mall yang ada di Bangkok. Tak sangka punyalah banyak dan besar-besar bapak shopping mall di Bangkok ni. Antara shopping mall yang ada; Siam Paragon, Siam Center, Siam Suare One, Center World, MBK, Platinum Mall, Terminal 21 dan banyak lagi. Semua ni boleh naik BTS. No wonder, sesetengah traveller or blogger gelarkan Bangkok ni shopping heaven! Patutla ada blogger yang dah repeat banyak kali Bangkok ni semata-mata untuk shopping! Betul tak?
Let's zoom-in shopping mall in Bangkok.
Let's zoom-in shopping mall in Bangkok.
SIAM PARAGON
Cara ke sini : Turun di BTS SIAM
Siam Paragon disenaraikan sebagai salah satu Shopping Centre terbesar di Asia. Ala-ala KLCC / Pavillion di Malaysia. Lebih 40 jenama tempatan dan antarabangsa yang ada dalam Siam Paragon ni. Antara jenama antarabangsa yang ada Chanel, Dior, Louis Vutton, Prada, YSL, Hermes, Burberry, Hugo Boss, Gucci, Versace, Dolce & Gabbana & Jimmy Choo. Dalam ini juga ada Paragon Department Store yang jual barang kemas dan jenama jam terbaik di dunia seperti Franc Muller, Harry Winston, Rolex, Patek Phillipe, Piaget dan banyak lagi. Kalau ada masa lapang boleh pergi SIAM OCEAN WORLD untuk melihat lebih 20ribu spesies hidupan marin di akuarium terbesar di Asia Tenggara. Kalau takminat aquarium, takpe..boleh pergi IMAX untuk tengok movie terbaru di Thailand. Kalau minat buku boleh pergi KINOKUNIYA bookstore (Thailand largest bookstore).
Ambik gambar jangan lupa #siamparagon. Lulz |
dari BTS Siam dah boleh nampak Siam Paragon. Laju hakak tekan-tekan henfon nak hupdate intsgaram! |
inside Siam Paragon. Masa ni tengah year end sale. Jimmy Choo 80% uols |
Glass & steel luxury Megamall |
SIAM CENTER
Cara ke sini : Turun di BTS SIAM
Siam Center dibina pada tahun 1973. Shopping mall pertama di Bangkok tau. Begituu lamaaa dah ia wujud. Keluar Siam Paragon boleh nampak Siam Centre. Antara jenama yang ada Kiplings, Steve Madden, Forever 21, Shu Uemura dan banyak lagi. Sesuai untuk golongan muda mudi di Thailand. Tak crowded sangat mall ni. Lengang dan aman je. Suka sangat dengan interior design dalam mall ni.
Cara ke sini : Turun di BTS SIAM
Siam Center dibina pada tahun 1973. Shopping mall pertama di Bangkok tau. Begituu lamaaa dah ia wujud. Keluar Siam Paragon boleh nampak Siam Centre. Antara jenama yang ada Kiplings, Steve Madden, Forever 21, Shu Uemura dan banyak lagi. Sesuai untuk golongan muda mudi di Thailand. Tak crowded sangat mall ni. Lengang dan aman je. Suka sangat dengan interior design dalam mall ni.
Welcome to Siam Center |
Rendah je ketinggian setiap aras. Naik tangga sudaaah |
Jenama yang ada di Siam Centre. Tak seswai untukku. Ini untuk muda mudi remaja riang ria ni |
Motif letak skrin led banyak-banyak atas siling? |
SIAM DISCOVERY
Cara ke sini : Turun di BTS SIAM
Ada jambatan yang bersambung dengan Siam Centre. Ada pula market di tengah-tengah ni. Belah kiri gamba adalah Siam Centre dan belah kanan adalah Siam Discovery. Madame Tussauds ada di Siam Discoverylah uols. Di Hong Kong pun ada Madame Tussaud ni. Di Bangkok pun ada rupanya. Siam Discovery kami tak masuk dalam.
Market in between Siam Centre and Siam Discovery |
Di Hong Kong Bruce Willis jadi penyambut tetamu, kat sini Tom Kurus yang jadi penyambut tetamu |
SIAM SQUARE
Cara ke sini : Turun di BTS SIAM
Shopping mall untuk upper-class teenagers and college students.
Camna nak tawaf ni dalam masa sehari? |
Hello Kitty House nak buat event la ni. Sorry I tak minat Hello Kitty! |
Tuuuuudiaaaa, penuh manusia! |
Lalu kat sini ada Xperia Z3 yang capture gamba dan papar di skrin besar. Keh keh keh |
Ala-ala Cath Kidston bag. Tau tak? Ala beg yang munga-munga kecil comel warna-warni tu. Dari UK. Haaa beli sini sajo! Tapi Jane Lily Factory Outlet la. Hihi. |
Pendek kata memang tak abis tawafla semua shopping mall ni dalam sehari. Tak sempat nak feel lebih-lebih. Part 2 kita sambung dengan MBK, Centre World & Platinum Mall. Part 3 Terminal 21.
Sekian sahaja untuk sesi petang Isnin.
Saya singgah petang intai Azie. Kena bookmark ni, nak kena baca time senang2 :)
BalasPadamSilakan. Azie berbesar hati jika orang sudi baca :))
PadamSalam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
BalasPadamSemoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (Amiin) Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung/Jakarta. Buat tuan/puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
Call : +6282214441280
WhatsApp : +6282214441280
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Blog : Melancongdibandung.blogspot.com(Dhani Tour Bandung)
Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...
Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Terima Kasih...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam