Assalamualaikum
Hai uols, morning. Aktiviti jalan-jalan di Bangkok diteruskan lagi dengan merayap ke Chatuchak Weekend Market atau Pasar Chatuchak atau sebutannya Jatujak Market atau diringkaskan sebagai J.J oleh penduduk tempatan. Ia merupakan pasar TERbesar di Thailand dan TERbesar di Asia Tenggara malah merupakan antara pasar / market yang TERbesar di dunia. Pasar ini adalah tempat WAJIB singgah jika ke Bangkok! Pasar ini sangat TERkenal di kalangan kaki travel seluruh dunia, Asia Tenggara terutamanya. Ia adalah sebuah pasar MURAH & MERIAH yang menjual pelbagai barangan dari serata pelosok Thailand.
|
Santeknya! Selalu kan kita nampak di Robinson or Isetan. Rupanya Chatuchak mariiii |
|
Amik nafas jup sebelum menyusur lorong-lorong kecik |
Lebih kurang 15,000 ribu kedai ada di sini. Keluasan lebih kurang 11 hektar dan terbahagi kepada 27 section! *excited* Mereka yang datang setiap Sabtu dan Ahad dikatakan sekitar 200 ribu orang dan 30% darinya adalah pelancong asing. FUhhhh!
2 skills yang amat diperlukan di sini:
1. Stamina kaki yang tinggi
2. Tawar menawar yang ekstream
Jika mahu berbelanja di sini, peruntukan sehari suntuk. Paling tidak pun setengah hari. Jangan lupa sediakan wang tunai yang banyak because no credit card here! Pasar ini hanya wujud pada hari Sabtu & Ahad setiap minggu. Bermula jam 9.00am sehingga jam 6.00pm waktu tempatan. Malamnya bersambung dengan pasar yang meriah. Jadi jika ke Bangkok, adjust percutian, masukkan hari Sabtu dan Ahad dalam itinerary supaya dapat cuci mata kat sini.
Ada 2 perkara istimewa yang saya alami di pasar ini. Yang pertama, adalah jalan sahaja ikut kaki melangkah tanpa arah tujuan, tanpa map di tangan dan relakan diri sesat di dalam pasar ini, tanpa arah tujuan. Ajaibnya kaki ini berjaya juga melangkah ke tempat keluar! *ofcos dengan plastik yang penuhhh di tangan* Perkara kedua adalah saatnya lagu kebangsaan Thailand berkumandang *taktahu dari mana* , tiba-tiba orang di pasar yang super crowded penuh dengan traveller dari merata dunia berhenti dan berdiri tegak menghormati lagu kebangsaan Thailand. Amahzing sangat!
Kali pertama datang ke sini, kami sampai sekitar jam 5petang. Mak oii, punyalah ramai manusia. Haru-biru dan taktahu nak ke mana. Sedar tak sedar kami keluar dari pasar jam 9.00pm itupun sebab perut memulas nak poo poo. Kali ke-2 kami sampai seawal jam 9am. Ada yang dah buka kedai dan ada kedai yang masih belum buka. Tapi memang dapat shopping dan cari barang dengan tenang, aman dan boleh tawar menawar dengan selesa. Rezekilah orang yang buka kedai pagi-pagi. Sedar tak sedar jam 1pm baru gerak keluar dari pasar. Ohhh i like Chatuchak Market very much uols!
FYI Chatuchak Weekend Market ni;
- Takda aircond. Pakai pakaian yang sesuai, nipis kerana pasti berpeluh, ketiak basah dan berlengas. Muka confirm boleh perah minyak. I gerenti!
- Kalau dah berpeluh macam mandi dah tentulah tahap dahaga tu meningkat! Boleh bawa air siap-siap. Takpun boleh beli jus buah Thailand. Minum sejuk-sejuk dengan rasa jus buah yang asli. Nikmat!
- Luas yaaa amats. Makanya sila pakai sandal yang selesa atau kasut yang bersesuaian.
- Lorong-lorongnya sempit. Jadi seeloknya datang awal pagi. Datang lewat orang dah ramai camna nak shopping? Nak tawar menawar pun susah.
- Crowded sangat dengan manusia. Jadi make sure u carry your handbag safely.
- Ada dibahagikan kepada 27 bahagian. Datang awal bagi bolehla nak survey harga buat perbandingan. Selain waktu itu, terus tawar menawar dan jika berkenan dan puas hati dengan harga terus beli jangan banyak soal. Bukan mudah nak cari kedai yang sama semula. PERCAYALAH!
sehari jalan kat sini memang takleh nak habis lah... mau dua tiga hari baru habis... tapi kami nasib baik masa datang ke sini dulu time tengah Songkran jadi banyak kedai tutup... so melawat kedai yg bukak jer la
BalasPadamNajib,
PadamKan! Songkran tu sejenis perayaan ke? Yang penting tak puas datang sini. Sungguh...rasa nak repeat aje. Itupun kalau panjang umur :)