Translate

No-No-NO!

#2 Bangkok 2014 : Abloom Service Apartment, Sanam Pao


Assalamualaikum

Sawasdee ka  [Hello]

Episod Bangkok ini adalah sambungan dari episod yang sebelumnya. Boleh baca di sini -D  [ Persediaan ke Bangkok, Thailand ]





Selama di Bangkok kami tinggal di Abloom Service Apartment. 

Alamat / Lokasi / Address:
Abloom Exclusive Serviced Apartments - 29 Phahonyothin Soi 3, Phyathai, - Bangkok 10400 - Thailand


MACAM MANA NAK KE ABLOOM DARI SUVARNABHUMI?
Dari Immigresen ke Level B untuk ke Airport Rail Link
-Airport Rail Link (City Line) – kalor biru stop di stesen Phaya Thai
-Di Phaya Thai, ambil SUKHUMVIT LINE (Line Hijau) berhenti di stop N4 Sanam Pao (Stesen ke-2 dari Phaya Thai)
- Exit 3


Dah selamat keluar imigresen! So, nak ke Airport Rail Link 1. Kene turun bawahhh. Opss sebelum tu pergi cari simcard dulu.

Tunggu train nak ke Phaya Thai


Arrived Phaya Thai. Ohh my.. peliknya tulisan Thai ni. 

Hoi, mana orang? Sunyi nyeeee. Creepy - creepy



Fuhhh tangga tu mencabar keimananku

Abloom ni sangat dekat dengan BTS station - Sanam Pao . Jalan kaki lenggang-lenggang 5 minit je dah sampai Abloom sebab Abloom ada laluan rahsia! Nak lalu kene ada password. Nak password kene tinggal di Abloom. Hiks. 

7E pulak selang tiga empat pintu je dari pintu rahsia menuju ke Abloom. 


From Abloom only 2 stops on BTS to Chatuchak Market, and 3 stops away from Siam Square, Siam Paragon Mall, MBK, Centralworld. So mudah, senang dan TERbaik!
Makcik jual apa tu? Erkk belakang tu 7E

Inilah Abloom yang bertaraf 4 bintang setengah tu. Wuuuuu..macam scary apartment gitu!

Lorong yang harus anda lalui untuk ke Abloom. Ngeh ngeh ngeh. Seram tak? Seram tak?

Abloom Lobi. Glam gitu.





Kalau orang yang nak oustation sebulan dua ke Bangkok, memang sesuai la tinggal di sini. So kami tinggal di bilik 2 Bedroom Superior. Sewa dia 9ribu lebih sebulan. Makkk oii! Tak mampu hakak! Mujurla provided. Kemudahan sangat tip top! Lengkap dah macam rumah. Ada ruang tamu, ada meja makan, ada dapur, 1 master bedroom siap dengan bilik air di dalam. Bilik lagi satu tu kosong. Dah sepah bilik tidur utama, boleh angkut barang ke bilik tidur ke-2 pulak. Dapur pulak lengkap dengan dapur memasak, toaster, pisau, sinki, teko, pinggan mangkuk cawan segala. Apartment la katakan. Citttt, payung pun ada! Ceh, penat je kubawa payung lipat dari Malaysia. Nah ole-ole bergambar dari Abloom untuk korang hadam. Hiks.

Ruang tamu dan ruang makan

Dapur

Master bedroom yang hamat luas

Toilet yang hamat best!


To the windowwwww

Itinerary kah? Hikss

Okeh itu jela yang berlaku untuk Day 1.  Esok nak pergi hitamkan wajah dan lengan di Grand Palace.

Tunggu!


2 comments:

  1. tiba-tiba...saya rindu thailand...boleh?

    ReplyDelete
  2. Excellent post! Thanks for your information. The place was much better than any hotel, very peaceful, very friendly staff. We had a wonderful time and next time me or my friends come to Bangkok, I will surely come to this same place. Keep up the great work!!
    Serviced apartments in Bangkok

    ReplyDelete