Assalamualaikum
Mari kita sambung cerita jalan-jalan Bangkok. Orang perempuan ni mesti suka kan bila dengar shopping malls. Sama lah kita pun. Shopping mall, window shopping, retail therapy, me'reward'kan diri, apa pun terma yang diberi memang tak dapat dipisahkan dengan wanita. Tak gitu?
Kalau ikut itinerary asal, Day 2 nak pergi Floating Market, Santorini Park @ Cha Am (Hua Hin) dengan Death Market atau pasar paling bahaya di dunia! Pasar Maeklong. Tak ke thrill tu. Tapi setelah dihasut-hasut oleh suamiku maka itinerary kami bertukar jadi aktiviti merayap shopping malls sekitar Bangkok. Sapa tak teruja weh, kalau suami beriya-iya sangat nak pergi shopping malls! *dengan harapan boleh belanja sesuatu* Tapi bila dah start merayap, nak pergi shopping mall yang mana satu? Nak shopping apa? nak beli barang apa? Ok ke nak beli-belah di Bangkok? *fengsan*
PLATINUM FASHION MALL
Cara ke sini : BTS Station Chidlom Station / Ratchathewi Station
AMARIN PLAZA
TIMES SQUARE
TIPS!!!!!
10 BEST BANGKOK SHOPPING MALLS 2014
MOST POPULAR SHOPPING MALLS IN BANGKOK
Platinum Fashin Mall terletak di Petchburi Road. 'Largest Thailand Wholesale & Retail'. Ini indoor version of Chatuchak Market. Konsepnya sama macam Kenanga Wholesale Center. Semua barang pun ada dan dijual secara borong. One stop center gitu konsepnya. So kalau peniaga-peniaga online macam di IG tu seswai datang memborong barang di sini. Biasalah harga sehelai lain then tak boleh tawar. Kalau beli 2 atau lebih harga lebih murah dan bolehla nak tawar-menawar. Kalau tak cukup masa nak pilih barang jangan risau, surau ada terletak di tingkat 2 Platinum Mall 2. Bolehla solat jamak zohor dan asar di situ. Mereka datang sini bawa cabin bag / troli bag. *teringat pulak masa shopping Jakarta Bandung, memang heret 2 troli bag!* Jomlah tengok gamba apa yang Azie dah tepek kat sini. Banyak juga gamba taktahu nak letak yang mana.
Dah sedia? |
Kami berlegar sekitar Zone 3 je gamaknya. Itupun fengsan! |
Baju-baju ini buat masak kat dapur aci lah |
Abam Thai dah siap posing |
Pilihla yang mana berkenan di hati |
Sini ada aneka jenis kasut. Nak yang berbulu, yang seksi, yang loubutin, yang YSL, semuaaa adaaaa |
Hermes pun ada! |
Yang ala-ala vintage pun ada |
Selipar thailad. RM5 sepasang. Kalau borong? |
Make sure pergi awal pagi kalau taknak rimas dengan orang ramai |
Tak cukup yang dalam, boleh cuci mata di luar pulak. Berderet tu haaa. Mereka tengah jerit2 buat promo. |
MBK CENTER
Cara ke sini : BTS National Stadium
Cara ke sini : BTS National Stadium
Mah Boh Khrong atau popular dengan MBK Center. Confirmla yang pernah pergi Bangkok kenal MBK Center ni. Ini antara shopping center yang terbesar di Bangkok tau. Semestinya menjadi tumpuan utama pelancong asing. MBK ada surau dan makanan halal yang popular; Yana Restaurant. Selesa. Harga pun lebih kurang Chatuchak. Nasib-nasib. Kat sini macam-macam perangai peniaga kami jumpa. 'Land of Smiles' la sangat!!! Citttt! Aras lain lupa pulak nak jelajah. Yang penting jangan lupa singgah lunch or dinner di Yana Restaurant! Tom Yam Seafood & Green Curry TDF!
AMARIN PLAZA
Terletak di Bangkok. Ratchaprasong shopping district. Ada 5 tingkat kesemuanya. Macam-macam jenis pakaian, perabot, barang kemas, barangan elektronik dan Thai handicraf pun ada. Clark, Levis ada dalam ni. Jim Thompson thai silk yang famous tu pun ada dalam ni. Mahal sangat kat KLCC or Pavilion meh datang cari kat sini. Jim Thompson originally from Bangkok, Thailand. Pasaya product of Thailand pun boleh cari di sini.
ROBINSON BANGKOK
Azie memang suka shopping di Rabinson. Banyak juga barang-barang rumah beli di Robinson. Sebab barang-barangnya unik, menarik dan pelik. Gitu. Jadi dah ternampak Robinson ini nak le masuk. Ok dalam ni macam-macam jenama tak pernah dengar. Takat cuci mata saje.
TIMES SQUARE
Tak masuk dalam. Tak kose dah hakak nak masuk. Tapak kaki rasa nak tercabut jelajah shopping malls. Rasa macam nak je tinggal kaki kat sini dan terbang balik Sanam Pao *hotel hakak kat situ* . Hakak nak balik dah. Tak larat. Nak pergi massage kaki dulu. HELP!
TIPS!!!!!
10 BEST BANGKOK SHOPPING MALLS 2014
MOST POPULAR SHOPPING MALLS IN BANGKOK
2. Siam Paragon, Siam- Nearest BTS: Siam
3. MBK, Siam - Nearest BTS: National Stadium
4. Terminal 21, Sukhumvit Road - Nearest BTS: Chidlom
5. Central Embassy Shopping Mall Chidlom Ploenchit Nearest BTS: Ploenchit
6. Central Chidlom, Chidlom-Ploenchit Nearest BTS: Childlom
7. Siam Center, Siam - Nearest BTS: Siam
8. The Emporium, Phrom Phong - Nearest BTS: Phrom Phong
9. Platinum Fashion Mall, Pratunam - Nearest BTS: Chidlom
10. Pantip Plaza, Pratunam - Nearest BTS: Chidlom
Nota : Bukan hakak suka-suka beri rate. Ia dari sumber yang dipercayai. Lagi satu kebanyakkan nya link antara satu sama lain tak pun berdekatan antara satu sama lain. Memang berDARAH TAPAK KAKI!
This is a great post; it was very edifying. I look ahead in reading more of your work. construction company
BalasPadam