Assalamualaikum
Stressss! Hai berjalan obersea pun ko nak stress ke? Nah tengok gamba ni buat hilang stress.
Jom sambung balik cerita [ Day 5 Part 2 ] yang tak selesai lagi.
FYI, disebabkan hari ni nak naik tram ke Barkly Square, so semua luggage yang besar-besar *bunyi macam banyak tapi dua aje, size paling besar dan sederhana* telah di transport ke rumah Elyn pada hari Rabu. Sebabnya kufikir macam susah pulak nak heret naik tram sekeliling bandar lah konon nya. Ku hanya tinggalkan size luggage yang paling kecik. Senang cerita hand luggage.
Nampak nau-nau kurang bijak di situ. Silap perhitungan pulak. Ko lupa yang ko shopping sakan beli kiriman orang di Vic Market hari Khamis, ko pergi DFO hari Khamis. Ko pergi lagi Vic Market pagi tadi, sudahnya mana mau letak semua barang ittttuuu? Ades, tuela tinggal lagi beg kecik sekali. Sudahnya bila check-out, atas belakang kiri kanan laki bini kena pikul barang. Gayanya dah macam orang nomad nak pindah penempatan je.
Elyn dah pesan untuk ke Barkley Square kene naik tram di Elizabeth Street. Maknanya dari Tune Hotel Melbourne kena jalan sepanjang Queensberry Street sehingga sampai ke Elizabeth Street. Naik tram no.19 towards North Coburg. Then berhenti di stop 20. Kami Suami ni nak double confirm, pi tanya la dengan staf Tune yang konon-konon mahir tentang tram di Melbourne CBD ni. Katanya naik di Lygon Street sebab dekat je Lygon Street ni takyah nak jalan jauh-jauh. So pergilah kami ke Lygon Street dengan barang-barangan yang sarat ini. Dah sampai sana, memang tak nampak pun bayang tram, bayang landasan pun takde! Redha je la dengan ketentuan-Nya. *bengang*
Patah balik la kita ke tune hotel dan ikut juga arahan Elyn tu. Tuela degil lagi. Hiks. Kejap-kejap berenti, kejap-kejap berenti. Lenguh. Rasa nak patah pinggang dah. Campur lagi bertekak-tekak manja dengan suami, menjadikan ia sesuatu yang tidak best. Rupanya aksi kami ni diperhatikan dari jauh oleh seorang student Malaysia yang belajar di Melbourne. *malu okes*
Orangnya cantik, berambut panjang, bawak buku-buku..agaknya baru balik kelas kot. Dengan senyuman dia menyapa kami, perkenalkan diri dan bertanya kot-kot ada apa yang boleh dibantu. Hihi. Memang pun dik nun, kami memang perlukan pertolonganmu angkut barang. Dah sembang-sembang dia cakap dah betul dah laluan kami ni. Alhamdulillah sampai la jugak kat tempat tram ni dengan selamat. Tram pertama yang sampai tak sempat nak tengok tram no berapa. Jadi kami ambil keputusan untuk tidak naik. Kene perhatikan no tram kat atas kepala tram tu. Takpe, kami tunggu next tram. Dah selamat naik, masalah pulak mana nak berhenti ni. Mana nak tengok hentian ke 20? Bajet macam komuter atau MTR yang ada gambarajah setiap hentian. Nan-hado ok. Pastu eh-eh-dalam tram ada wayar hijau untuk loceng yang macam dalam bas dulu-dulu la. Nak berhenti kene tarik wayar.
Alhamdulillah, kebetulan ternampak Barkley Square dan mujurla ada orang lain nak turun kat situ juga. Ia berhenti tak jauh dari situ. Menapak la kami sikit. Kami jumpa Elyn di Kmart. Lega gilos bila ada troli. Sewa troli dan humban semua barang dalam troli. Kat sini shopping lagi. Memang tak sedar diri betul. Hahah. Sakan pulak beli belah kat sini. Ala-ala giant. Beli belah untuk melunaskan pesanan orang dan untuk diri sendiri. Sedar tak sedar troli pun dah nak limpah dengan barang-barang. Kat sini nak bayar semua kaunter layan diri je. Nasibla ada jugak kaunter yang ada casher. Terus menonong ke situ. Siap bayar kene check pulak setiap beg untuk security purpose. Yelah banyak nau beg kat dalam troli tu kot ada yang terselit dan tak bayar dalam beg ke kan. Huhuhu.
Dah selesai semua, kami naik tram ke Parkville, rumah Elyn. Malam ni kami nak bermalam di rumah Elyn. Kebetulan pulak malam ni kawan-kawan Elyn takda, pi jalan-jalan Tasmania. Jadi ada bilik kosong. Lega gila dapat berehat. Elyn masakkan lauk kurma daging Australia makan dengan nasi putih & salad. Enak bangat rasanya. Maklumlah lapar. Hari ke-5 baru jumpa nasi!
Perut pun dah kenyang, solat pun sudah, lenguh badan pun dah hilang, siap comei-comei keluar semula. Memang tak duduk diam aih. Berjalan jer. Petang ni Elyn join sama. Dia nak bawak kami pi jalan-jalan di Shrine of Remembrance. Hari ni dah top-up 7AUD untuk tram, jom la kita gunakan sepenuhnya. Camna nak ke sana? Tidakla kusemak bagaimana caranya. Sedar-sedar dah sampai. Haha.
Perut pun dah kenyang, solat pun sudah, lenguh badan pun dah hilang, siap comei-comei keluar semula. Memang tak duduk diam aih. Berjalan jer. Petang ni Elyn join sama. Dia nak bawak kami pi jalan-jalan di Shrine of Remembrance. Hari ni dah top-up 7AUD untuk tram, jom la kita gunakan sepenuhnya. Camna nak ke sana? Tidakla kusemak bagaimana caranya. Sedar-sedar dah sampai. Haha.
Panjang lebar pulak menaip kat atas nih, jom cuci mata dulu.
Jauh jugak nak menapak sampai Shrine ni. Dari jauh nampak kecil je Shrine ni. Pokok-pokok di kiri kanan pulak nampak besar dan nampak sebaris je. Dari jauh nampak macam piramid pun ada |
Ewah, photoshoot pulak kitorang kat sini. Macam-macam pose gitu. Cuaca cantik sangat hari ni |
Ingat orang kahwen je ke nak photoshoot. Kami pun nak join sekaki!! |
View dari tepi. Yang ni tak kena matahari lagi |
Wajibla bergamba bersama! |
Cantik tempat ni. Siap ada Eternal Flame. Nyalaan abadi gitu. Bunyi macam tak pernah-pernah padam. |
'Shrine' bermaksud kuil, tempat keramat atau tempat suci. 'Rememberance' bermaksud ingatan atau kenangan. Di Australia, Shrine of Remembrance untuk menghormati pengorbanan prajurit ANZAC (Australia and New Zealand Army Cops) yang terkorban di medan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kiranya macam Tugu Negara la kalau di Malaysia. Dibuka setiap hari mulai pukul 10 am - 5.00pm.
Tempat ini sangat luas dan senibinanya sangat unik. Macam Piramid pun ada. Katanya ia diinspirasikan daripada satu dari tujuh keajaiban dunia iaitu The Mausoleum di Harlicarnassus. Eternal Flame ini dinyalakan oleh Ratu Elizabeth II pada Februari 1954.
Kesimpulannya, I memang suka betul tempat ni. Unik, luas dan view caaaantik! Lepas ni nak kemana kita? Masih lagi jalan-jalan di Melbourne.
Tunggu....
Hi... Thank You perkongsian ini... boleh x awak share bentuk visa online macam mana? ada surat ke or cop ke sign ke...
BalasPadamPricess Ieya,
PadamSample kat sini --> http://www.tripvisa.my/wp-content/uploads/2015/07/Sample-Of-Australia-Visa.jpg
Thank You..
Padam