#10 Bangkok 2014 : Makanan Halal di Bangkok, Thailand



Assalamualaikum





Makanan halal di Bangkok tak susah nak cari. Insya Allah, Azie listkan beberapa tempat yang Azie tau.



Makanan halal di SUVARNABHUMI Airport

Di food zone bahagian dalam setelah bahagian pemeriksaan passport - The Miracle. Tingkat 1 ada food court yang bernama Magic Food Point *lupa nak ambil gambar*





Makanan halal di PASAR CHATUCHAK

BTS: Mo Chit

Area Clock Tower. Cari Section 16 ada restoran Saman Islam dan Kah Jak. Restoran ini buka jam 08.00-17.00 waktu tempatan pada hari-hari Chatuchak beroperasi. Saman Islam di Soi 24 *ada yang cakap Soi 7*,Section 16. Soi bermaksud Lorong

Menu tradisional Thai : Tom Yam Goong, nasi dengan lauk pauk, Beef Noodle  & Tomyam Seafood Noodle harga 200 baht semangkuk, diconvert jadi RM20 – Mahal nak fengsan! Jika nak tukar selera boleh try Ramazan Doner Kebab yang terletak di Section 3 dan Section 8; kebab ayam dan daging. Selain itu, antara WAJIB cuba ialah Aiskrim kelapa di Chatchuchak Market yang harganya 25 baht.



Suka aiskrim ni. Unik. Anda boleh pilih 3 jenis filling sahaja. Yang sebelahnya tu air kelapa diberi PERCUMA.

Makanan halal di MBK MALL

BTS: National Stadium

Makanan halal di sini ofkosla Yana Restaurant. Kedai makan Islam pilihan ramai rakyat Malaysia. Tempat ini highly recommended! Sedap sehingga menjilat jari. 



MESTI CUBA

Tomyam Seafood Harga: 299 Baht.

Somtam Mango Salad Harga: 99 Baht

Green curry: 149 Baht

Ice Thai Milk Tea: 60 Baht



4 jenis di atas ni memang super marveles! Two thumbs up. Memang pueh hati makan walaupun mahal. Day 1 kami spent sebanyak 503 Baht dan Day 2 kami spent sebanyak 448 Baht. Jadi jangan lupa sebelum makan ambil discount card. Nanti dapat 10% diskaun. Jadi total kami makan di sini sebenarnya 855.90 Baht. Harga makanan agak p makaricey kan? Tapi BERBALOI. *diskaun kad tu nanti cerita dalam episod seterusnya*

Inilah Yana Restaurant di Tingkat 5, MBK Mall
Bertabahlah ye tatkala tengok gambar ni. Tom Yam Seafood ni memang cukup untuk 2 orang. Tak besar mana pun size nya. Malah TAK CUKUP! Som Tam tu BEST. Meleles air liurku tengok makanan ni.

Nampak tak tahap kerakusan & kegelojohan kesedapan Tom Yam ni? Sampai licin kami kerjakan. Berebut dengan suami ni tau dak.
Ini menu keesokan harinya. Suami siap hirup-hirup macam sup pulak Green Curry ni. Suka benar dia! Oh WAJIB try Ice Milk Tea. Rasa sedaap dia lain macam!!
 Beef Green Curry-149 Baht; Fried Snapper Fish-199 Baht; Ice Thai Milk Tea-60 Baht

Makanan halal di GRAND PALACE
BTS: Saphan Taksin
Ambil Exit 2 untuk ke Chao Phraya Express Boat
Turun di N9 - Tha Chang

Bila anda turun di Tha Chang, ada market di area-area sini. Inilah jus buah yang sedap tu. Paling ohsem jus buah Delima & Manggo. Delima mahal sikit 50 Baht. Makanan pun banyak juga tapi Azie tak berani nak makan sebab takda tanda halal. Beli buah yang dah siap-siap potong tu ok. Jus ni beli siap-siap 2 atau 3 botol kat sini sebelum gerak ke Grand Palace. Tempat-tempat panas dan kering memang kadar dehidrasi tinggi! CEPAT HAUS.




Makanan halal di TERMINAL 21
BTS Station: Asoke (Exit 1)
Food Court 21 Pier

Restoren Bismillah. Satu-satunya restoren halal di Food Court 21 Pier. Tom yam nan-hado yang halal ye. Menu restoren ni ala-ala mamak. Beriyani je semua. Tapi pelikkan Beriyani makan dengan kicap masin. Kicap masin gilers. Sekali tengok macam nasi ayam. Rasanya Allahu Akbar. Masih boleh terima buat alas perut. Kang cakap lebih-lebih rasa bersalah pulak pada diri sendiri. Tak reti nak bersyukur. Orang kat Palestine tu makan pun tak berapa nak cukup. Makan kotak lagi. Kotak tu diracik-racik buat sup. Allah! *tiba-tiba emo. Ko ni kenapa Azie?* Kalau tak makan kebulur sebab kami takbawa bekalan makanan datang sini.  

Inilah kedainya. Berada di Tingkat 5. Ada tanda halal warna kuning.

Nasi beriyani ayam crispy Takingat nama menu tapi harga 45 Baht

Makanan halal di RATCHATHEWI
BTS Ratchathewi

Keluar sahaja BTS Ratchathewi, amek tangga sebelah kiri turun menuju ke Thanon Phetchaburi. Jalan terus ke simpang 4 jalan besar. Lintas cabang 4 tu straight. Lepas dah lintas, ambil kiri terus, jalan dalam 3 minit camtu akan nampak signboard Mak Yah Restaurant. Sebelum kedai makan Mak Yah tu pun ada restoran muslim yang lain. Namanya Faridaa.





Makanan halal di PHAYA THAI

BTS Phaya Thai

Turun dari BTS tangga kanan buat U-Turn jalan terus sampai ke kawasan Condo. Then nampak tokong di belah kiri. Jumpa simpang ambik kiri. Dalam 300m jalan nampak 7E belah kanan. Terus jalan lagi sampai jumpa Kedai Makan Phaya Thai, Jala Restaurant (ada wifi) belah kiri. Masjid Darul Aman pun kat sini.


Susu pisang ni RM2 je. Beli di 7E. Sedap & halal.
Perisa WASABI terasa smpai hidung!!!





















Itu jelah tempat yang tahu. Kalau korang dah pernah pergi lapan kali ke Bangkok ni, pasti tahu kat mana tempat-tempat makan best, halal dan murah di sekitar Bangkok kan. Care to share? Boleh bagitau di ruangan komen di bawah ye. Mana tahu kot-kot lain kali nak pergi lagiiii. Hiks. Thanx uols.



8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Zeera,
      Mekasih daun keladi. Lain kali singgah lagi!

      Padam
  2. Bookmarked page ni sbg panduan. Thanks, Azie.
    Adik ipar saya kena bekerja di Thailand 3 bulan. Dia kata food halal memang tak susah nak cari. Cuma harga makanan kalau di gerai murah, masuk building,..kat restoran ke..food court ke terus naik taraf - harga jauh beza :)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Hai Lin,
      Terima kasih sudi singgah. My pleasure Lin =)

      Padam
  4. Next trip try go to Minburi market in the evening.There is Halal food street and big Muslim community

    BalasPadam