#1 Bangkok 2014 : TIPS Persediaan Bercuti di Bangkok, Thailand


Assalamualaikum

Sawasdee ka  [Hello]


Seperti yang dijanjikan Azie mahu kongsi tips persediaan bercuti di Bangkok, Thailand. Ingatkan lepas balik Melbourne, nak duduk senyap-senyap je sampai hujung tahun. Itulah, kita hanya merancang. Tiba-tiba suami ajak pergi  jalan-jalan Bangkok. Rasa macam nak lompat bintang sangat time tu. Ofkoslah mahu! Ada apa-apa ke suamiku tiba-tiba ajak pergi Thailand ni? Rupanya, room provided. Malamnya terus check AIR ASIA. Mahal betul tiket last minute AA. Alhamdulillah MAS ada promosi ke Bangkok. Kami dapat harga tiket tiga ratus lebih seorang pergi balik. Dua orang dalam RM700. Orang kata murah. Kalau murah kebetulan sangat!


Camne dapat penginapan PERCUMA? Allah, senang cerita, company tempat suami bekerja ada urusan kerja di sana dan client telah bayar bilik sampai November. Kebetulan team sana dah balik Malaysia hujung minggu lepas dan apartment kosong. Dari ia membazir tidak berpenghuni, baikla diisi penghuni kan. So aper lagi, peluang keemasan haruslah tidak dilepaskan. Kunci apartment bertukar tangan. Jumaat petang kami ke sana, Isnin malam Selasa pulang semula ke Malaysia. Oklah kan? Short vacay gitu.


Sebenarnya tak teringin dan tak pernah survey pun apa yang menarik di Bangkok. Memang tiada dalam travel list. Dalam kepala ni Bangkok macam dodgy area, city of angels di mana sarang atau lubuk Cik Cur je dalam kepala, nak cari makanan halal pun mungkin susah dan banyak lagi kisah-kisah seram seperti bom sana sini, adakah selamat di sana? Seeeee-seeee- kolot tak saya? 


Ok sebelum bebel mengarut, jom check it out persiapan sebelum kita mulakan percutian ke Bangkok, Thailand.


MUSIM
Thailand adalah negara monsun tropika di mana satu musim kering yang amat (November - April) dan satu musim lembap yakni musim hujan di antara Mei hingga Oktober.  Hujan lebat turun antara Mei hingga September. Jadi pepandaila nak pergi bulan berapa. Boleh juga standby payung lipat. Boleh juga guna masa hujan atau panas terik!


FLIGHT TICKET 
Kalau book tiket lebih awal pasti dapat harga murah. Ada blogger yang dapat harga tiket ke Bangkok dengan AA RM100++ seorang (basic). Murah le tu. 






MATA WANG THAILAND
Senang cerita RM1 = 10 baht. RM1,000 = 10,000 baht. Bila pergi Thailand rasa macam orang kaya bawa duit puluhan ribu baht la. Hiks. Jangan lupa bawa duit Malaysia untuk extra. Mana tau terlajak shopping kan. Kat sana banyak sangat money changer untuk tukar RM ke baht. Tapi semestinyalah lebih mahal dari rate Mid Valley tu.


PENGINAPAN
Kami stay di Abloom Service Apartment area Sanam Pao. Jangan tinggal di Nana. Nana adalah sarang  / lubuk Cik Cur. Kalau berani sangat nak tinggal di kawasan itu, silakan lah. Atau pergi jalan-jalan lebih-lebih lagi waktu malam, haaa pergila. Jangan kena tarik masuk dalam sudah. Huhu. Kalau di Bangkok Nana adalah tempat paling bahaya untuk kaum lelaki dan tempat paling murah untuk currency exchange katanya. Kesimpulannya cari tempat tinggal yang berdekatan dengan BTS Skytrain. Nak lagi mantap dudukla dekat-dekat dengan Pasar Chatuchak. Berpeluh belengas aje, terus boleh balik mandi, then sambung balik pergi pasar. Pasar Chatuchak berdekatan dengan BTS Mo Chit.

Abloom Service Apartment



















MAKANAN HALAL
Banyak gerai makanan halal di sana. Nanti Azie buat 1 entry khas. Tapi jangan lupa bawa juga makanan dari Malaysia sebagai bekalan. 


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI BANGKOK
Alkisahnya banyak tempat-tempat menarik di Bangkok ni. Makin ambil tahu, makin banyak tempat yang anda boleh lawati sebenarnya. Sesungguhnya to me, Bangkok adalah shopping heaven! Ni antara tempat-tempat menarik di Bangkok - Grand Palace Temple, Chatuchak Weekend Market, Damnoen Saduak Floating Market, MBK Center, Siam Discovery, Siam Center, Center World, Siam Paragon dan banyak lagi.



SIMCARD / MOBILE NETWORK
Happy Tourist sim ni jadi pilihan kami. Memang berguna kalau travel last minute macam kami ni. Biasanya untuk check lokasi. Takmahal pun. THB 299 (unlimited internet untuk 7 hari dan THB 100 panggilan percuma). Nak beli simcard ni kat mana? Arrival Passenger Hall, 2nd Floor, Gate 7, Suvarnabhumi Airport.

Mobile Network. Pilihla mana berkenan di hati. Kami pilih dtacwifi (warna biru)



TRANSPORT
BTS Skytrain ni la pengangkutan utama kami sepanjang kat sana. Bangkok ada MTR juga. Jika mahu guna BTS Skytrain, boleh beli kad Rabbit. Kad BTS ada 3 pilihan warna;
1. Pink - Senior
2. Green - Student (aged not over 23 years)
3. Orange - Adult

Jadi kita beli kad Rabbit warna Oren. Beli kad dengan harga 200 baht (100 baht harga kad; 100 baht stored value untuk digunakan). Minimum top-up 100 baht. Baki kad boleh check di screen ketika anda touch masuk or keluar. No refund. Kelebihan ada kad oren ni, anda tidak perlu beratur beli tiket setiap kali mahu naik BTS. Yang ke-2 ada diskaun. Maksudnya harga lebih murah dari harga tiket biasa. Nak info lebih tentang routes & fare di Bangkok boleh check di sini --> RABBIT



Kami tinggal berdekatan dengan BTS Sanam Pao. 5 minit jalan kaki dari bilik ke BTS Sanam Pao 


UNIVERSAL PLUG ADAPTER
Jangan lupa bawa universal plug adapter sebab plug di Bangkok ni lain Malaysia.

















PAKAIAN
Jangan lupa Bangkok tu sangat panas dan kering. Ya Allah berpeluh lencun basah ketiak sangat. So pakai pakaian yang selesa, serap peluh dan kasut yang selesa.  Jangan lupa bawa sunglases, lip balm dan sunblock. Oh payung lipat juga! Hujan dan panas terik pun berguna.



LANGUAGE
Memang haru nak cakap dengan mereka ni. Mereka tak pandai cakap English. Sudahnya pepandaila nak nego or nak tawar menawar dengan mereka. Pandai-pandaila ada inisiatif nak bercakap dengan mereka. Kalau tidak pun macam biasa, tekan-tekan calculator je. Ini basic bahasa Thailand yang Azie screenshot letak dalam henfon;

"Khob kun krub" jika anda lelaki
"Khob kun ka" jika anda wanita

'Pom' jika anda lelaki
'Chan' unisex

Hello / hi
Sawasdee ka / krub

Saya tengok-tengok je
Pom / chan kae duu

Cantiknya yang itu!
Seuy dee na ka / krub

Berapa harga?
Tao rai?

Mahalnya!
Pang maak na ka / krub

Ada diskaun tak?
Lod dai mai?

Adakah ini dari Thailand?
Tam nai pra ted thai rue plao?

Ada warna lain tak?
Mee see eun mai?

Terima kasih
Kob khun maak ka / krub

Terima kasih, saya tidak berminat
Mai aow ka / krub

Baiknya awak ni
Khun na rak maak!

*kalau salah tolong betulkan saya ye*


VAT REFUND
Kalau objektif adalah SHOPPING di Thailand, pastu nak shopping barang-barang mahal yang kononnya tiada atau sangat mahal di Malaysia, pastikan anda belanja 2000 baht untuk melayakkan anda dapat VAT Refund. Dalam department store tertentu, mungkin ada discount untuk tourist. Contohnya: Di dalam Department Store Siam Paragon, Siam Centre & Siam Discovery, tourist layak dapat 6% discount untuk semua item. Dalam Siam Paragon ni ada Pandora, Tag Heur, Rado, Tissot, Seven Fridays (jam idaman), makeup, perfume, accesories dan sebagainya.. kemudian plus 6% jika harga lebih dari 2000 baht. Boleh combined resit. Biasanya salesman bagi jika kita layak untuk claim VAT. Butik luar seperti Zara, H&M dan sebagainya nan hado ya.

TIPS: Setiap kali sebelum shopping boleh tanya di Informataion Counter ada discount tak untuk tourist dan adakah boleh claim VAT. 

Macam biasa jika mahu claim VAT ni, anda perlu isi borang dan claim di airport. Kenala bawa barang-barang yang dibeli tu. Yang pasti beratur panjang ya amatsss. Sila datang berjam-jam lebih awal. Kat imgeresen pun ko dah beratur panjang gila, nak tambah lagi beratur untuk claim VAT ni. So kalau setakat RM6 tu lupakan ajela. Tak berbaloi. Hahaha. 

Contoh Tourist Card yang saya dapat di Siam Paragon

Nah, table ni dah siap-siap tolong kira. Cth: Jika belanja dari 2000 baht ke 2,499 baht (lebih kurang RM200 - RM249), boleh dapat refund 60 baht (lebih kurang RM6)  

NAK TSHIRT FREE?
Hai orang Malaysia pantang dengar perkataan FREE. Hihi. Tshirt free ni boleh ambil di MBK Mall. Setiap passport dapat 1 t-shirt. Ada size dari S - XL. Nanti, anda juga akan diberi tourist discount card di MBK. Jadi boleh makan di Yana Restaurant dan dapat 10% discount. Yana Restaurant, memang restoren halal yang sedap di Bangkok. Dalam MBK. Makanannya semua sedap-sedap. Contohnya makan 448 baht. After discount 10% kami bayar 403 baht sahaja. Jimat kan! Yang penting setiap kali makan setiap kali tu la dapat discount. Kami sempat juga 2 kali makan di Yana ni. Nak ambil kat mana? Haaaa..tunggu cerita pasal MBK ye. Ahaks.



Hmm, rasanya itu aje kot. Kalau ada lagi nanti Azie tambah ok. Harini promo Air Asia FREE seat. Ape lagi, bolehla riki-riki tiket ke Bangkok, Thailand!

Happy holidays uols :)

Boleh refer link di bawah ini 👇👇👇👇 untuk Bangkok Travelog 2016 & 2014 :D
*sepatutnya link warna biru. Tapi dia tak bertukar jadi biru. Whateverlahhh*

2016
2016, Jumpa Ex-Boyfriend Di Bangkok Thailand
2016, Best Ke MBK
2016, Siam Paragon Siam Center Siam Discovery
2016, Keunikan Pasar Minggu Chatuchak & Terminal 21 Bangkok
2016, Restoren Halal dalam Don Mueang International Airport
Sea Life Bangkok Ocean World, Thailand
11 Tempat Menarik di Bangkok, Thailand
Ladang Bunga Matahari di Thailand
Day Trip to Lopburi
Tempat Makan Halal di Bangkok | 9 Senarai Restoren Halal Muslim Thai
Makanan Halal Bangkok | Usman Muslim Thai Restaurant
Makanan Halal Bangkok | Farida Fatornee Muslim Food Restaurant
Makanan Halal Bangkok | Kah Jak Thai Halal Restaurant Chactuchak Weekend Market
Makanan Halal Bangkok | Yana Restaurant, MBK
Makanan Halal Bangkok | Sophia Muslim Food Restaurant

2014
#1 Bangkok 2014 : TIPS Persediaan Bercuti di Bangkok, Thailand
#2 Bangkok 2014 : Abloom Service Apartment, Sanam Pao
#3 Bangkok 2014 : The Choa Phraya แม่น้ำเจ้าพระยา
#4 Bangkok 2014 : The Grand Palace, พระบรมมหาราชวัง
#5 Bangkok 2014 : Temple Of Dawn ซอยปรกอรุณ อรุณอมรินทร์ 
#6 Bangkok 2014 : Chatuchak ตลาดจตุจักร Weekend Market
#7 Bangkok 2014 : Part 1 - Shopping Malls In Bangkok 
#8 Bangkok 2014 : Part 2 Shopping Malls In Bangkok
#9 Bangkok 2014 : Terminal 21 Shopping Mall TERunik di Thailand
#10 Bangkok 2014 : Makanan Halal di Bangkok, Thailand
#11 Hasil Pelaburan di Bangkok

1 ulasan:

  1. ACTUALLY, SAYA BARU BALIK BANGKOK DAN STAY DI AREA NANA..HMMM...MMG BANYAK CIK PON DI AREA SANA TU WAKTU MLM..TP TMPT TU STRATEGIK DEKAT DGN MALL REMINAL 21 (STESEN ASOK)..AFTER STESEN NANA.

    BalasPadam