Girls Outing | A'Famosa Resort Melaka



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

[ Kalau anda mencari Melaka Premium Outlet or Freeport A'Famosa Outlet Village tapi tersampai sini, boleh klik SINI. ]


December is my fav month of the year!!!! Bila cuti sekolah bolehla Tok Ma, Mummy & Aleesya jalan-jalan. Aleesya nak masuk school dah tahun depan. 24 Disember genap umur Aleesya 3 tahun. Last year kita pergi Colmar Tropicale Bukit Tinggi. Tahun ni girls outing di A'Famosa Resort. Mengendeng Tok Abah yang tengah kursus kat sana. Bawa Aleesya mandi kolamla kononya. Sekali takde kolam daaaa di A'Famosa Resort. So Aleesya, berhenti berharap hokey. Buat malu Mama je duk pikul pelampung caca ke hulu ke hilir cari kolam. Yang adanya pokok kelapak setinggi bangunan 5 tingkat. Takde plan nak masuk Water Theme Park pun sebab Aleesya kecik lagi. Jadinya kolam Aleesya bath tub je la dalam bilik mandi. Nak kuak lentang pun tak berapa nak muat. Kesian caca. 


Yang kiteorang pulak lebih kepada jalan-jalan rehatkan minda. Gittew.  Sebelum memori ini hilang begitu sahaja, mehla kita dokumenkan dalam belog Azyyati Liah ni. Simpan gambar dalam laptop, laptop kene curi. Simpan gambar dalam hard disk, hard disk crash pulak. Dulu-dulu burn dalam CD, la ni laptop takde dah CD player. Aiyaaakkk. Ada juga upload di Instagram tapi kan, letih jugak nak scroll satu-satu. So Azie hashtag #azieftravelogue untuk semua gambar2 travel. Senang-senang boleh checkidout ya. Let's checkidout gambar2 di A'Famosa Resort. 


Sebelum masuk, guard/polis akan bagi pass, masa keluar kene pulangkan semula. 
Kalau keluar takda pass tu paham-pahamla. Siap sedia untuk bersoal jawab dengan pak polisi ya.

Lamanya tak datang sini. Bertahun lamanya.

Bulan 12 ofkosla tema krismas pun di mana-mana. Kita kan 1 Malaysia =)



Alahai, comel nya pokok kecik ni. Nak letak macam ni la kat depan rumah "Azyyati Liah".
Senang sedara mara nak cari rumah nanti.


Alololo, tak sabarnya dia nak dapat birthday gift.
Saba ye sayang 24hb tak lama dah.


Candy Road at A'Famosa Resort



Nak bawak balik yang merah ni katanya!



Di sini no commercial photoshoot ya! Ada warning signboard kat tepi pokok.



Acah-acah main nyorok-nyorok




Katil kat bilikla Caca.



Bagus anak kecil ni. Tiba-tiba aje sakit kepala, terus dihulurnya minyak mastika.
'Nah minyak untuk orang tua' kata Aleesya Haura. Erkkk!



Dah susah. Aleesya dah nyanyi "papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta..kereta kecil warna kuning, boleh ku bawa ke sekolah..pon..pon..pon..."



Dream House ni Western Breakfast tau. Start 7.00am - 10.00am


Alamat/Lokasi

A'FAMOSA RESORT
Jalan Kemus, Simpang Empat
Alor Gajah, Melaka

Ada 3 taman tema di sini; 
Safari Wonderland | Waktu operasi: (9.00am-5.00pm)
A'Famosa Water Theme Park | Isnin-Jumaat (11.00am-7.00pm); Sabtu Ahad (9.00am-7pm)
Cowboy Town | Waktu operasi: 6.00pm-12 tengah malam

Oh ada Kolej Teknologi UNIFIELD dalam A'Famosa Resort. Sempoi ah. Untung budak-budak kolej ni. Stress je boleh pi Water Theme Park. Jam 10.00pm malam hari-hari boleh tengok fireworks. Oh syoknya. Kiteorang jugak yang jakun. Macam tak percaya. Hari2 ada? Bestnyeee. Patutla malam-malam penuh kereta dan motor duk parking tepi resort. Dapatla layan bunga api untuk 2 malam. 



Eh cuba tengok rupa bunga api ni. Ada nampak macam burung merak tak?

woot! woot! Bunga api.


Pom!


Caca bagi 4 bintang! kata Caca. Ini sebelum tudungnya dicampak tah ke mana.


2 minit je langsai dah bunga api. So kalau anda tak tahu ke mana nak bawak anak-anak time cuti sekolah ni...start kereta jomlah ke A'Famosa Resort!



6 ulasan:

  1. memang best utk bawak budak2...lama dah tak g sini..cam dah byk je perubahan..

    BalasPadam
  2. Salam Izyyati,
    Villa villa tu sekarang dah banyak buat renovation, cantik2.
    Tumpang sikit nak beritahu, sesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 21007380 atau layar FB dan IG, NIRZAB2001.

    BalasPadam
  3. Salam Izyyati,
    Villa villa tu sekarang dah banyak buat renovation, cantik2.
    Tumpang sikit nak beritahu, sesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 21007380 atau layar FB dan IG, NIRZAB2001.

    BalasPadam
  4. Salam Izyyati,
    Villa villa tu sekarang dah banyak buat renovation, cantik2.
    Tumpang sikit nak beritahu, sesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 21007380 atau layar FB dan IG, NIRZAB2001.

    BalasPadam
  5. Salam Izyyati,
    Villa villa tu sekarang dah banyak buat renovation, cantik2.
    Tumpang sikit nak beritahu, sesiapa berminat nak bercuti di villa 4 bilik dgn private swimming pool, max 12 orang. Whatsapp 011 21007380 atau layar FB dan IG, NIRZAB2001.

    BalasPadam