Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
“Annyeong Haseyo! “안녕하세요”. Masih di hari KEDUA di SEOUL.
Sambungan dari PART 2 : Petite France & The Garden Of Morningcalm
Lepas 2 jam perjalanan sampai di Sokcho Intercity Bus Terminal bukan Sokcho Express Bus Terminal tau. Dua tempat yang berbeza ni. Dari situ guna google maps untuk cari The House Hostel tempat bermalam. Tak jauh mana. Jalan kaki beberapa minit sampai. Yang kelakaunya group dari Malaysia ramai-ramai yang jumpa di Chuncheon semalam menginap di tempat yang sama. Maka jadilah rombongan Azyyatiliah Travel & Tour beramai-ramai jalan kaki ke The House Hostel. Eh acah je. Sebenarnya tourist ramai menginap di Sokcho ni sebab mahu pergi ke Mount Seoraksan. Sokcho terletak 158km dari Seoul.
The House Hostel ni nampak comel dan penuhhhhh barang esp teddy bear! Pemilik guesthouse nama Mr Yoo sejenis manusia yang mesra alam. Mr Yoo bagi penerangan tentang Sokcho. Bagi cadangan tempat makan dan sebagainya. Lepas selesai check-in keluar jalan-jalan cari makan di town Sokcho. Pergi cari veggie kimbap yang dicadangkan Mr Yoo. Sekali tengok ada menu tonyok. Alamak. Terus kembang tekak. Sama lah group Malaysian tadi. Last2 semua pakat pi tapau Shrimp Burger di Lotteria. Sebab masing-masing kebulur tak makan.
Sokcho Jungang Market
The Biggest Tourist & Fishery Market
Next day. HARI KETIGA di Seoul. Lepas Subuh kiteroang tak tidur dah. Mandi, breakfast alas perut ala kadar then terus ambik basikal guesthouse ronda Sokcho awal pagi. Pukul 5.50am macamtu. Sebab nak tengok sunrise kononnya. Kiteorang decide nak pi tempat yang Mr Yoo suggest malam tadi. Yeonggeumjeong observatory terletak di tepi laut. Sekali awan mendung berarak kelabu tanda hari mahu hujan. Memang tak nampak matahari di Sokcho. Sunrise takde. Yang ada ombak dan angin yang sangat kuat. Mujur tak rebah. Suasana di Sokcho betul-betul sunyi sepi. Macam bandar tinggal pun ya jugak. Malam tadi pun takde orang. Pagi ni pun takde orang.
Tempat menarik di Sokcho yang sempat kami pergi;
1. Yeonggeumjeong Sunrise Pavillion
2. Yeonggeumjeong Pavilion Observatory
3. Dongmyeong Raw Fish Market
4. Abai Village - filming location of Autumn In My Heart. Siapa tengok?
5. Geumgang-daegyo Bridge (jambatan biru) & Seorak-daegyo Bridge (jambatan pink)
6. Mount Seoraksan - tempat WAJIB
Sokcho ni bandar kecil tepi laut. Jadi banyak hasil laut di sini. Kat sini boleh tengok burung camar berterbangan dengan meriah dekat Dongmyeong Raw Fish Market. Ada sotong, abalone, tapak sulaiman even Snow Crab pun boleh nampak dalam laut. Kat tepi2 boat. Rupanya snow crab ni ketam kebanggan Sokcho. Dikatakan isi ketam paling sedap di South Korea. Dekat area lighthouse tu pulak ada ahjussi tengah memancing ikan. Situ laut dalam.
Rumah kuning yang ada kartun tu terjumpa masa tengah meronda dalam Abai Village. Terus buat-buat jakun. Padehal banyak je kat Malaysia contohnya di Laman Seni Shah Alam takpun Penang Street Art. Eh itu bangunan tahu. Ini rumah. Kartun ya pulak comel. Terus tekan brek basikal. Then TERperasan jiran sebelah rumah ni ada banyak kelawar kering bergantungan di keliling rumah. Nak buat bbq malam karang kot. Hiks.
Perasan tak signboard atas tu ada tulisan Rusia. Sebabnya ada feri dari Sokcho yang pergi ke Russia dan China. Untuk pengetahuan korang, kalau nak pergi Korean Demilitarized Zone (DMZ) sejam je drive dari Sokcho. Kiteorang tak sempat nak pergi DMZ. Lagipun tak berapa minat. Tugu Negara Malaysia pun tak pernah jejak. Inikan nak pergi DMZ. Huhu.
Honestly Sokcho memang bandar kecik yang ohsem! Memang syok ah meronda sampai tak sedar dah nak pukul 9.30am. Syok sebab tak panas dan berangin sokmo. Pastu naik basikal pulak tu. Kalau jalan kaki lain pulak jalan ceritanya. Kul 10am sampai guesthouse semula. Then siap-siap nak pergi Mount Seoraksan. Tapi hari makin gelap nak hujan. ALAMAK.
Bersambung...
Seronoknya travel Korea ! Huhu
BalasPadamNadya,
Padam=)