Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!
ZAWARA. Pernah dengar perkataan ZAWARA? Oke, ini sejenis jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Perniagaan yang diusahakan 2 beradik ni, mula wujud sejak tahun 2012. ZAWARA ni jenama fesyen Muslimah Moden Kontemporari. Jenama ni meletup kebabom sekali dengan jenama QALA QISYA & RADIUSITE (upload je tudung kat website kejup aje licin. Phewww! Ingat lagi tudung battle tahun 2012. Siapa paling laju klik dia menang berperang gittew - Confessions of a Tudungholic =p).
ZAWARA start bisnes secara online tahun 2012, then tahun 2013 ada butik fizikal. Tahun 2015 nama ZAWARA makin meluas selepas difrancaiskan Januari 2015. Makin banyakla butik fizikal ZAWARA di merata Malaysia termasukla di Pusat Komersial Senawang di Negeri Sembilan. Senangla nak shopping ZAWARA lepas ni. Lagi kagum umur founder ZAWARA belum pun cecah 30-an tapi telah berlabel jutawan. Mereka ni patut keluarkan buku. Barulah memberi inspirasi kepada usahawan2 online macam Azie ni. Bukan senang nak jadi senang.
Eh, ini bukan nak cerita pasal fesyen ZAWARA tapi nak cerita tentang Kafe ZAWARA Coffee yang makin hebat digembar gemburkan gologan netizen (internet+citizen = netizen) di media sosial. Zawara Coffee ni boleh dikatakan cafe hipster. Kafe hispter atau kedai kopi moden makin banyak dah la ni. Dah jadi trend terkini. Setakat ini ZAWARA dah ada tiga cawangan di Bukit Jelutong, Bangi dan Setapak. Dengar-dengarnya baki lagi tujuh kafe akan dibuka hujung tahun ini di Setia Alam, Taman Tun Dr. Ismail, Cyberjaya, Putrajaya, The Curve, Wangsa Melawati dan Pulau Pinang. Terbaikkk kan!
Ada uniknya tau ZAWARA Coffee ni. Penyediaan makanan mereka menggunakan teknik 'jet udara' (mampatan udara panas dan tekanan) yang pertama di Malaysia. Hebat nih! Maknanya kitchen mampu masak dan hasilkan makanan dalam tempoh yang singkat! Itu yang nak try sangat nih. So, apa lagi let's makan di Zawara Coffee Bukit Jelutong la. Dekat sikit dengan rumah.
Total damage = RM64 (Include GST) |
Dari jauh dah nampak Zawara Coffee. Signboard sebesar alam kalau tak nampak tu taktau le. Lokasinya berdekatan dengan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Kafe layan diri. Parking kat sini terhad! Masuk dalam je..beratur dan order makanan di kaunter. Sesudah order anda akan diberi sejenis device yang berbentuk bulat (wireless table call bell or wireless calling bell or wateverla ...). Macam kafe-kafe di Korea juga guna alat yang sama. Di Malaysia pun dah banyak cafe guna alat ni. Yang terlintas dalam kepala RAKSHEE. Next, cari meja kosong. Waktu kami datang ni... kafe penuh tapi tak crowded. Meja depan haruslah penuh dengan orang. Yang tinggal meja belakang dengan suasana yang agak malap.
Dekorasi ZAWARA ini agak unik dan kreatif. Menggunakan material kayu dan besi. Dinding dan bumbung warna hitam, lampu malap-malap. Kalau duduk meja belakang memang agak gelap dan tak cukup cahaya. Nak ambil gambar pun tak berapa nampak jelas sebab tak cukup pencahayaan. Azie prefer duduk tempat cerah dan cukup cahaya. Bila ada orang bangun, cepat-cepat cop meja kat depan sikit. Ala seat yang ada tong drum tu. Bila device dah berdering, silalah ke kaunter dan ambil order anda.
Clockwise: Coffee Oreo Cookie Frap; Spaghetti Salmon; Churros Caramel; Soft Shell Crab Burger |
Coffee Oreo Cookie Frap RM12 |
Churros Caramel RM10 |
Spaghetti Salmon RM19 |
Soft Shell Crab Burger RM23 |
Makanan diletakkan dalam bekas kitar semula (teringat The SUMBS Cafe). Oreo frap sedap dan harga berpatutan (Stabak sila berpeluh sekarang!) . Churros kene buat pilihan sos (sama ada butterscotch, chocolate, atau caramel). Kiteorang pilih caramel. OKla makan panas-panas. Yang ada diabetis atau sakit gigi sila elakkan sos caramel. MANIS. (terbayang kesedapan churos di Melben!). Boleh kata harga Churros di sini affordable sebab ada 8 batang untuk RM10. Cuma kalau ZAWARA bagi 2 sos kan best. Caramel dan Chocolate. Bolehla tukar2 sos kan or campur2. Mesti lagi OK!
Menu spaghetti yang ada di ZAWARA; Spaghetti Salmon Carbonara, Spaghetti Arugula Pesto, Spaghetti Arabiata Bolognese dan Spaghetti Thai Minced Beef. Kami pilih Spaghetti Salmon Carbonara. Not bad. Bijak jugak letak Arugula dalam spaghetti. Bolehla cuba nanti.
Next, Soft Shell Crab Burger RM23. Roti dah gebu & mantap, tapi alahai crab tu nampaknya macam rentung pun ya jugak. So i is tak puas hati sangat. Sebab bayar RM23 untuk berger sahaja. MAHAL. Huhuhu. Dah rupa macam ni, hilangla rasa juicynya tak. Mujurla ada daun hijau-hijau tu. Sebelum ni pernah cuba menu Soft Shell Crab Burger di Jibby&Co, rasanya memang marveleessss! (harga mahal RM10 dari yang ini). Tapi seriousss berbaloiiiii-baloi.
Perasan tak yang dua menu di atas tu menggunakan Arugula Leaf ataupun orang panggil Rocket Salad. Sedap daun ni. Pergi cari kat Jaya Grocer. Boleh tahan mahalnya. Apa pun thumbs up to ZAWARA Coffee. Moga akan lebih improve di masa-masa akan datang. Kalau ada peluang lagi In Sha Allah nak try menu lain. Untuk pengetahuan korang jugak, menu di sini katanya akan bertukar 6 bulan sekali. Kalau mendapat sambutan baru akan dikekalkan. Gitteww. So apa lagi...ayuhhhh makan di Zawara Coffeee. Lain orang lain lidahnya, lain pengalamannya. Peace!
menarikk..tgh tunggu zawara dekat putrajaya bukak~
BalasPadamYana,
PadamUntungla orang Putrajaya banyak kedai makan best!
dah pegi zawara cyberjaya..try churros dgn butterscotch machiato..tp mcm kureng sikitlah..huhu
PadamYana,
PadamMesti ramai kan kat ZAWARA cyberjaya. Eh btw kat mana yang kurengnya tu? Gabungan tak ngam ke.
sedapnyaaaa lahai.. tadak nak bukak kat Bangi ke.. huhu..
BalasPadamSiti,
PadamEh ada la cawangan kat Bangi. Dah bukak pun.