Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
“Annyeong Haseyo! “안녕하세요”. Hari KEDUA di SEOUL.
Nami Island off we go!
Malam semalam sebelum tidur, husband dah inform pada admin Namsan GH 3 yang esoknya kiteorang nak check out awal pagi dan nak tinggal luggage kat GH. Plan kiteorang lepas Gapyeong Tour (Nami Island, Petite France & The Garden of Morningcalm) terus ke Sokcho dan bermalam di sana.
Admin GH kata jam 7am baru dia bangun. Dia tidur dalam ofis ja. Esoknya jam 7 pagi elok ja kiteorang siap breakfast, dia bangun. Memang sharp ahhh 7am. Buka pintu ofis, pakai short, mata terpisat2 angkut tilam letak dalam stor. Hahaha. Bag kiteorang pun masuk sekali dalam stor. So selesai satu masalah.
Masa breakfast ada uncle & aunty chinese tapi memang fasih cakap melayu... sembang dan peramah betul. Dia dah pergi Nami Island sehari sebelum tu. Dia cakap Pulau Nami memang cantik gilerrr ah time Autumn ni. Sepanjang jalan, merah kuning oren aje kataanya. Sokcho pun diorang dah pergi. Mount Seoraksan lagi cantik. Tapi perjalanan memang jauh! Uncle tu siap bilang ada 13 terowong semuanya sebelum sampai ke Sokcho Terminal. Hai bile dengar cantik2 merah kuning ni lagi menggeletis nak pergi. Dah tak boleh nak sabar dah.
Cara nak pergi Nami Island / Pulau Nami
Dari hotel ambil subway dari Myeong-dong ke Cheongyani (Chungmuro direction)
Myeong-dong (3 station) -> Exit Dongdaemun -> Tukar ke Subway Line 1 -> Direction ke Dongmyo -> 4 stations -> Exit Cheongyani -> Tukar ke ITX line (kaler hijau pucat)
Naik ITX (Intercity Train Express) warna hijau dari Cheongyangni ke Gapyeong
Beli tiket di vending machine. Harga 4,000W seorang. Takboleh guna T-Money.
Pilih waktu boarding, pilih gerabak dan pilih seat. Waktu paling hampir adalah jam 8.16am.
Jadi kami ambil jam 8.16am. Gerabak 1. Perjalanan lebih kurang 40minit.
Sebenarnya tiket boleh beli online siap-siap. Kami tak beli online sebab macam tak tahu nak beli hari apa dan pukul berapa. Sebab tu nekad walk-in aja. Rasanya mudah beli walk-in. Nampak pelancong dari Taiwan ni duk belari kehulu kehilir muka berkerut-kerut nampak cemas. Perempuan. Travel solo. Bila tanya rupanya tiket dia beli online tapi tak tahu nak ambik kat mana. Nampak dia tanya pada officer yang jaga. Maybe ayam cakap dengan itik jadinya tak paham. Huahauahua. Takdapekla den nak nolong. Akhirnya dia berjaya dapatkan tiket dan naik train jam 8.16am tapi tersalah gerabak. Dia masuk ikut gerabak kiteorang.
Option lain ke Pulau Nami, naik direct shuttle bus dari Insa-dong /Nandaemun to Nami Dewasa: 15,000W (roundtrip). Sebab itulah kami naik subway & ITX. Lebih murah dan jimat.
Ada English option. Machine ni asik reject je duit kiteorang.
Berpeluh jugakla nak beli tiket ni.
Ingatkan dapat duduk sebelah-sebelah. Konfius sekejup.
Rupanya tak. 2B dan 2C aisle seat
Naik escalator ke atas dan tunggu di Terminal 1 - ITX CheongChun
Tunjuk tiket kat pokcik pakaian seragam yang duk berjaga kat situ. Katanya tunggu kat sini.
Ok tak paham macam mana nak baca kat tiket.
The ITX - Cheongchun is a high-speed train that travels along the Gyeongchun Line from Yongsan Station in Seoul to Chuncheon Station in Gangwon-do (Province). The train travels up to 180 km/hr
Keluar dari Gapyeong Station dah boleh nampak tempat menunggu shuttle bus
Menunggu shuttle bus Gapyeong Tour
Gapyeong City Tour. 5,000W per person. Kupon dapatkan dari Korea Tourism Malaysia di Menara Hap Seng, KL. Dengan harga tersebut boleh naik bus untuk ke tempat-tempat di atas. Valid pada hari yang sama sahaja.
Trip kiteorang harini ialah dari GAPYEONG STATION -> NAMI ISLAND -> PETITE FRANCE -> THE GARDEN OF MORNING CALM -> GAPYEONG TERMINAL
Nami Island Info / Tips ke Nami Island
1. Tiket ke Nami Island 8,000W per person termasuk round trip feri dan tax
2. Perjalanan dengan feri lebih kurang 5-6 minit.
3. Jadual feri ke Pulau Nami;
07:30~09:00 Every 30 minutes after first ferry at 07:30 (departure – Gapyeong Wharf)
09:00~18:00 Every 10- 20 minutes
18:00~21:40 Every 30 minutes until last ferry at 21:40 (departure – Nami Wharf)
4. Opening hours: 09:00 – 19:00 (Apr-Oct), 09:00 – 18:00 (Nov-Mac)
5. Nak cepat atau sesuatu yang unik boleh consider zip wire. Harga: 38,000W (to Nami Island)
6. Nami Island ni dipanggil sebagai Naminara Republic 나미나라공화국 . Ada pintu gerbang imigresen. Tiket masuk ke Nami Island adalah passportnya.
7. Tempat bergambar;
Metasequoia Lane
Gingko Tree Land
Cherry Tree Lane
Korea Pine Tree Lane (laluan yang ada belon)
White Birch Lane
Tulip Tree Lane
dan tempat-tempat Winter Sonata shooting film - statue Kang Jun Sang dan Jung Yoo Jin
8. Ada restoren halal nama Asian Cuisine
9. Surau ada dalam Library. Alhamdulillah. Terima kasih South Korea kerana perihatin.
10. Boleh sewa basikal (Setengah jam) = 6,000 won
Kami sampai di kaunter tiket jam 9.30am. Mujurlah orang tak ramai. Tak beratur lama mana pun terus dapat tiket. Kebetulan feri masih ada menunggu penumpang. Dalam feri pun tak ramai orang. Maybe sebab awal pagi. Siap boleh duduk lagi. Masa ni suhu dingin sangat. Sejuk ketar la jugak. Semua orang duduk dalam feri sebab kesejukan. Sampai di Pulau Nami jam 9.50am.
Naminara Republic ni jauhnya 63km dari Seoul. Bentuk Nami Island macam daun yang gugur atas sungai (halfmoon shape). Yang pernah sampai di Pulau Nami ni mesti perasan tiada tiang letrik langsung. Yang ada bangunan, kolam, statue winter sonata, flora & fauna. Sebabnya semua wayar letrik dibenam bawah tanah. Ada binatang comel kat Pulau Nami ni. Nama dia Korean Chipmunk. Hahaha.
Spent masa di sini lebih kurang 2 jam. Dalam 12.10 tengahari kami gerak naik bus ke Petite France pulak. Otw balik tu punyalah ramai umaat manusia sedang beratur menunggu feri. Pheww nasibla datang awal pagi. Tak sanggup hakak nak beratur panjang macamtu. Cantik betul musim luruh di Nami Island! Ikutkan hati nak tepek semua gambar. Tapi kesian pulak nak scroll banyak2 nanti. Takpelah selebihnya kita buh dalam FB.
Apa lagi korang cepatlaaah cari tiket pergi Seoul! Dapatlah merasa Autumn 2016 pulak. Nak pergi Yurope jauh kan. Autumn di Korea pun jadi lah. Hohoho.
Till then Wassalam.
Waaah seronok tengok gamba ni. Jelesnye
BalasPadamAnon,
PadamJangan jeles plisss.
Salam,
BalasPadamMay I ask, the tix for ferry + admission to Nami Island- beli di Gapyeong Wharf lepas turun the shuttle bus eh? Atau both tix separately?
Kalau tak keberatan, can email me at syifani_n@hotmail.com? Terima kasih!
Hai Syifani,
PadamYup tiket ferry + admission to Nami beli di Immigration kaunter (refer gambar atas, yang ada pintu gerbang tu). Yes lepas turun shuttle bus.
Nk tnya balik tu mcm mana pulak
BalasPadamHai Nafisah,
PadamAzie ada cerita rasanya. cuba baca part-part seterusnya..hihi..
Assamulaikum. Pls check the Korea tourism fb page, u can take part their recently competition by sharing ur story, last day is 30 sept 2016. May Allah bless u!
BalasPadam