혼저옵서예 (hon jeo op seo ye)
Selamat Datang di JEJU!
Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai travelers alam sejagat. Saja nak share informasi, itinerary dan bajet ke JEJU yang baru selesai baru-baru ini. Untuk pengetahuan bajet ni hanya dari KLIA2 ke Incheon - Jeju dan sampai ke SEOUL semula. Bajet di Seoul kita cerita lain okey. Alhamdulillah trip ini berjalan lancar cuma renyai-renyai masa hari kedua di Jeju. Kesimpulannya JEJU is a MUST VISIT PLACE jika anda ke SEOUL. JEJU sesuai untuk orang-orang yang suka nature. U will never stop said Masha Allah..Subhanallah.. don't know how to describe. Pergi Jeju dan feel sendiri.
1. Pulau Jeju terkenal dengan panggilan Pulau Para Dewa (Island of Gods)
Semua gambar menggunakan Iphone 6+ |
2. Pulau Jeju lokasi pertama di dunia yang mendapat tiga gelaran sekali gus dari UNESCO
a. Natural World Heritage Site (2007)
b. World Network of Biosphere Reserve (2002)
c. Global Geoparks Network (2010)
3. Lots of WIND!
4. Lots of ROCK!
5. Haenyeo. Wanita tua berusia 50 tahun menyelam untuk mencari hasil laut.
Photo kredit: Mr Google |
6. Kaya dengan keindahan dan keajaiban alam ciptaan Allah `Azza wa jalla. 18 lokasi atau tempat menarik di Jeju yang sempat kami pergi.
Yongmeori Coast |
Hallasan Mountain |
Sanbangsan |
Suweolbong Peak |
Seongsan Ilchulbong |
Sangumburi Crater |
Jusangjeolli Columnar Daepo |
Cheonjeyeon Waterfall |
Manjanggul Cave |
Woljeong Beach |
Udo Island |
Seongwipo Port |
Saeyeongyo Bridge |
Mysterious Road |
Orange Farms |
Oedolgae Rock |
Yongduam Rock |
Seongwipo Formation |
7. Di mana-mana ada Harubang! Harubang simbol di Jeju. Patung yang berhidung lebar dan ada perut buncit. Ia merupakan penjaga/ the guardians of Jeju. Untuk menolak bala.
8. Pergi Pulau Jeju boleh naik flight atau feri. Flight 1 jam dari Seoul. Feri 13 jam dari Seoul.
9. Kami naik flight. Domestik SEOUL - JEJU atau BUSAN - JEJU. Tempah sendiri. Cari airlines yang ada website dalam Bahasa Inggeris. Daftar ahli untuk dapat harga murah. Airlines popular kalangan rakyat Malaysia Jeju Air, Easter Jet dan Busan Air. Asiana Airlines and Korean Air lebih mahal harganya.
b. Air Busan
c. Eastar Jet
d. Jeju Air
e. Jin Air
f. Korean Air
Kiteorang pilih Jeju Air |
11. Camne nak explore Jeju? Naik public bus, Yeha Tour, sewa teksi, sewa kereta! Sewa keretalah highly recommended! Sewa kereta perlu International Driving Permit (IDP). Buat di JPJ dengan harga RM150 untuk tempoh sah setahun.
Kia Morning |
12. 7 TIPS Memandu di Jeju
a. Left-hand drive
b. Kena selalu ingatkan diri sendiri untuk drive lorong KANAN
c. Di roundabout, ikut lawan arah jam
d. Highway exit selalu belah KANAN
e. Di highway, LORONG LAJU adalah lorong PALING KIRI
f. Lorong SLOW adalah lorong paling KANAN
g. Banyak speed camera, cuba ikut had kelajuan.
h. Had laju maksimum kebanyakan jalan 70km/j.
i. GPS akan bunyi bising suruh kita slow kalau memandu lebih had laju.
j. Kalau nak suruh kereta belakang jalan dulu pasang hazard light. Kalau pasang lampu signal, kadang-kadang orang akan tunggu belakang kita sebab ingat kita nak masuk simpang.
13. Qiblat/Kiblat di Jeju 286 degree
14. Keluasan Jeju 3 kali keluasan Kota Seoul. Mana cukup sehari dua di Jeju. Paling minima 5 ke 7 hari! Itupun belum tentu habis melawat semua kawasan.
15. Our Simple Itinerary
Day 1
KLIA2
Day 2
Day 3
Checked-out Jeju Hiking Inn
Day 4
Checked-in Yeha Guest House
Day 5
Checked-out Yeha
Jeju International Aiport
GIMPO Airport
Checked-in Namsan Guest House 3 (NGH3) Seoul
16. Bajet untuk Flight
Tiket Jeju Air (dari Incheon Airport) 2 hala untuk 2 orang harga 159,200W = RM566
Total: +- RM566
17. Bajet untuk Hotel/Gusethouse
Day 1 & Day 4 Yeha Guest House 2 malam - 120,000W
Day 2 di Jeju Hiking Inn - 29,750W
Day 3 di Ilchulbong Tourist Hotel - RM230
Total: +- RM780
18. Bajet untuk Sewa Kereta
Sewa kereta untuk 4 hari - 132,100.00W
IDP - RM150
Gasoline - RM200 lebih (1liter = RM4-RM5)
Total: +-830
19. Makan
O'Sulloc Cafe - 10,500W
Loving Hut Jeju - 17,700W
Ilchulbong - 16,500W
GS25 - 10,000W
Total: +- 58,100W / RM210
20. Bajet untuk entrance fee - 38,000W/ RM140 utk 2 orang
Rilek je letak beg bersaiz medium atas seat belakang. Sebab tak muat nak letak dalam bonet. Yakin sebab orang tempatan sendiri kata Jeju takda pencuri. Kalau di Malaysia nak letak beg telekung atas seat pun takut kena pecah cermin kereta. Bila takde pencuri, takdala pagar. Ekonomi penduduk di Jeju balance / sama rata antara satu sama lain. Mereka biasa hidup susah. Gigih kerja untuk mencari rezeki.
Bajet di atas tak termasuk shopping. Maybe korang punya trip boleh jimat lagi. Korang kan backpacker yang terer =)
Bajet di atas tak termasuk shopping. Maybe korang punya trip boleh jimat lagi. Korang kan backpacker yang terer =)
Good luck korang dan Selamat Bercuti ke Jeju!!!
Salam singgah sini dik....bestnya kat pulau jeju tu kan....selalu tengok kat drama korea jer...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah sis. Betul. Jeju cantik sangat!
Padamakak nak tanya gimpo airport dengan icheon airport tu beza eh?
BalasPadam