Translate

No-No-NO!

Apa Yang Menarik di Freeport A'Famosa Outlet Village | Melaka



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Anda tahu tak yang Melaka pun ada outlet ala-ala Johor Premium Outlet (JPO) dan Mitsui Outlet Park KLIA? Hmmm, nampaknya konsep factory outlet makin popular di Malaysia. Lokasi Freeport A'Famosa Outlet Village terletak di Alor Gajah Melaka. Dari Senawang lebih kurang 40 minit perjalanan. Dari tol Senawang masuk Lebuhraya PLUS Utara Selatan EXIT tol Simpang Empat. Lepas tol ambik kiri dan terus je ikut signboard. Belum siap sepenuhnya. Fasa 2 masih under construction dan dijangka siap 2016. Fasa 3 pun ada. Hanya Fasa 1 yang dibuka kepada umum pada Disember 2015. Maknanya memang barulah sangat! Grand opening pun belum lagi. Katanya Januari 2016 nanti. Untuk pengetahuan semua juga Freeport A'Famosa Outlet Village ni memang berdekatan sangat dengan A'Famosa Resort.

Azie kebetulan mahu ke A'Famosa Resort dan ternampak Freeport A'Famosa Outlet atau lebih dikenali dengan Melaka Premium Outlet. Antara outlet yang ada setakat ini, Nike, Puma, Crocs, Aviva, GEOX, Camel Active, Poney, Sembonia, Carlo Rino, Forever 21, Levis, Samsonite, Curiosity, Clarks, G2000, Zang Toi, Cotton On dll. Oh Nature Republic pun ada. Jenama-jenama seperti COACH, Timberland, Adidas, Michael Kors nan hado lagi. High brand yang ada setakat ni hanya Versace, Roberto Cavalli dan Moschino tapi dalam satu shop lot yang sama (signboard takda lagi). Jomla tengok apa yang menarik setakat ini dan apa yang boleh beli di sini.

Freeport A'Famosa OUTLET Village

A'Famosa Outlet Village ni cantik!
Suka sangat dengan senibina bangunannya


Sejuk sikit suasana. Panass yang amats time ni.



Terik betul panasnya.
Kanak-kanak boleh naik kereta kuda pusing ni ya.

Ada kincir angin!


Kipas besar macam di SPACE U8 Bukit Jelutong

Melaka Premium Outlet Sale
CROS SALE!!!
2 for RM180
3 for RM240
5 for RM300

Dining hall masih under contsruction. Nak makan kat mana? Makan kat sini la.
Boleh beli dari food truck yang ada.



Foodtruck yang ada di Melaka Premium Outlet


Sepanjang kami Melaka Premium Outlet (MPO Outlet) ni, boleh kata semua kedai yang dah buka ada SALE! SALE! SALE! Sempat shopping Clarks, Crocs (RM80 sepasang) & G2000 (start from RM29). Huahauha. Bayangkan jeans 7 For All Mankind hanya RM150! (Biasa RM700-RM900 ke atas). Tapi size tu paham2 je la. Mana yang ada sahaja. 

Menjelang petang ke malam berpusu-pusu jugakla orang memenuhi outlet village ni. Parking space banyak dan FREE cuma tiada bumbung. Memang berjalan le tengah panas terik. Nak makan kat mana? Dining hall nampak tak siap lagi. Foodtruck je yang ada. Ada yang jual ala-ala fast food, pau, nasi, ice cream, milo, dr cafe pun ada. Oklah kan untuk alas perut. Mujur juga ada kerusi meja untuk bersantap. Oh Zang Toi Cafe pun ada. Baby room ada tapi masih tidak baby friendly (maybe sebab belum siap sepenuhnya). Surau pun ada. Tak sempat pulak nak usha. Tandas semestilah kena ada.

Freeport A'Famosa Outlet Village ni dah cantik cuma banyak LALAT! Melekat di cermin-cermin kedai. Setengah-setengah kedai tu dalam kedai pun ada. Haru betul. Masa Azie masuk satu kedai baju ni, tertengok promoter di kaunter tengah bersilat pukul lalat dengan pemukul lalat yang macam kat dapur tu. Ohhhh maigad! Bila tanya promoter kat sini mereka cakap ada reban ayam berdekatan outlet ni. No wonderla. Harap2 mereka lakukan sesuatu berkenaan lalat ni nanti.


That's all. Sekian, throwback dan serba sedikit review A'Famosa Resort Melaka atau Melaka Premium Outlet =)

4 comments:

  1. wah dah sampai sini ye azyy, masa kak ana pii melaka dulu tak buka ;agi MPO ni hihi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ana,
      Haah. Kebetulan lalu nak ke A'Famosa Resort. Singgah dulu sini nampak orang ramai je =)

      Delete
  2. wow murahnyaaa crocs !! hehe.. tengah2 godek2 info Freeport jumpa blog akak..

    ReplyDelete