Assalamualaikum
Makanan halal di Bangkok tak susah nak cari. Insya Allah, Azie listkan beberapa tempat yang Azie tau.
Makanan halal di SUVARNABHUMI Airport
Di food zone bahagian dalam setelah bahagian pemeriksaan passport - The Miracle. Tingkat 1 ada food court yang bernama Magic Food Point *lupa nak ambil gambar*
Makanan halal di PASAR CHATUCHAK
BTS: Mo Chit
Area Clock Tower. Cari Section 16 ada restoran Saman Islam dan Kah Jak. Restoran ini buka jam 08.00-17.00 waktu tempatan pada hari-hari Chatuchak beroperasi. Saman Islam di Soi 24 *ada yang cakap Soi 7*,Section 16. Soi bermaksud Lorong
Menu tradisional Thai : Tom Yam Goong, nasi dengan lauk pauk, Beef Noodle & Tomyam Seafood Noodle harga 200 baht semangkuk, diconvert jadi RM20 – Mahal nak fengsan! Jika nak tukar selera boleh try Ramazan Doner Kebab yang terletak di Section 3 dan Section 8; kebab ayam dan daging. Selain itu, antara WAJIB cuba ialah Aiskrim kelapa di Chatchuchak Market yang harganya 25 baht.
Menu tradisional Thai : Tom Yam Goong, nasi dengan lauk pauk, Beef Noodle & Tomyam Seafood Noodle harga 200 baht semangkuk, diconvert jadi RM20 – Mahal nak fengsan! Jika nak tukar selera boleh try Ramazan Doner Kebab yang terletak di Section 3 dan Section 8; kebab ayam dan daging. Selain itu, antara WAJIB cuba ialah Aiskrim kelapa di Chatchuchak Market yang harganya 25 baht.
Makanan halal di MBK MALL
BTS: National Stadium
Makanan halal di sini ofkosla Yana Restaurant. Kedai makan Islam pilihan ramai rakyat Malaysia. Tempat ini highly recommended! Sedap sehingga menjilat jari.
MESTI CUBA
Tomyam Seafood Harga: 299 Baht.
Somtam Mango Salad Harga: 99 Baht
Green curry: 149 Baht
Ice Thai Milk Tea: 60 Baht
4 jenis di atas ni memang super marveles! Two thumbs up. Memang pueh hati makan walaupun mahal. Day 1 kami spent sebanyak 503 Baht dan Day 2 kami spent sebanyak 448 Baht. Jadi jangan lupa sebelum makan ambil discount card. Nanti dapat 10% diskaun. Jadi total kami makan di sini sebenarnya 855.90 Baht. Harga makanan agak p makaricey kan? Tapi BERBALOI. *diskaun kad tu nanti cerita dalam episod seterusnya*
Inilah Yana Restaurant di Tingkat 5, MBK Mall |
Bertabahlah ye tatkala tengok gambar ni. Tom Yam Seafood ni memang cukup untuk 2 orang. Tak besar mana pun size nya. Malah TAK CUKUP! Som Tam tu BEST. Meleles air liurku tengok makanan ni. |
Nampak tak tahap |
Makanan halal di GRAND PALACE
BTS: Saphan Taksin
Ambil Exit 2 untuk ke Chao Phraya Express Boat
Turun di N9 - Tha Chang
Bila anda turun di Tha Chang, ada market di area-area sini. Inilah jus buah yang sedap tu. Paling ohsem jus buah Delima & Manggo. Delima mahal sikit 50 Baht. Makanan pun banyak juga tapi Azie tak berani nak makan sebab takda tanda halal. Beli buah yang dah siap-siap potong tu ok. Jus ni beli siap-siap 2 atau 3 botol kat sini sebelum gerak ke Grand Palace. Tempat-tempat panas dan kering memang kadar dehidrasi tinggi! CEPAT HAUS.
Makanan halal di TERMINAL 21
BTS Station: Asoke (Exit 1)
Food Court 21 Pier
Restoren Bismillah. Satu-satunya restoren halal di Food Court 21 Pier. Tom yam nan-hado yang halal ye. Menu restoren ni ala-ala mamak. Beriyani je semua. Tapi pelikkan Beriyani makan dengan kicap masin. Kicap masin gilers. Sekali tengok macam nasi ayam. Rasanya Allahu Akbar. Masih boleh terima buat alas perut. Kang cakap lebih-lebih rasa bersalah pulak pada diri sendiri. Tak reti nak bersyukur. Orang kat Palestine tu makan pun tak berapa nak cukup. Makan kotak lagi. Kotak tu diracik-racik buat sup. Allah! *tiba-tiba emo. Ko ni kenapa Azie?* Kalau tak makan kebulur sebab kami takbawa bekalan makanan datang sini.
Makanan halal di RATCHATHEWI
BTS Ratchathewi
BTS Ratchathewi
Keluar sahaja BTS Ratchathewi, amek tangga sebelah kiri turun menuju ke Thanon Phetchaburi. Jalan terus ke simpang 4 jalan besar. Lintas cabang 4 tu straight. Lepas dah lintas, ambil kiri terus, jalan dalam 3 minit camtu akan nampak signboard Mak Yah Restaurant. Sebelum kedai makan Mak Yah tu pun ada restoran muslim yang lain. Namanya Faridaa.
Makanan halal di PHAYA THAI
BTS Phaya Thai
Turun dari BTS tangga kanan buat U-Turn jalan terus sampai ke kawasan Condo. Then nampak tokong di belah kiri. Jumpa simpang ambik kiri. Dalam 300m jalan nampak 7E belah kanan. Terus jalan lagi sampai jumpa Kedai Makan Phaya Thai, Jala Restaurant (ada wifi) belah kiri. Masjid Darul Aman pun kat sini.
Susu pisang ni RM2 je. Beli di 7E. Sedap & halal. |
Perisa WASABI terasa smpai hidung!!! |
Itu jelah tempat yang tahu. Kalau korang dah pernah pergi lapan kali ke Bangkok ni, pasti tahu kat mana tempat-tempat makan best, halal dan murah di sekitar Bangkok kan. Care to share? Boleh bagitau di ruangan komen di bawah ye. Mana tahu kot-kot lain kali nak pergi lagiiii. Hiks. Thanx uols.
ok, nk reserve dulu entry ni
BalasPadamZeera,
PadamMekasih daun keladi. Lain kali singgah lagi!
Bookmarked page ni sbg panduan. Thanks, Azie.
BalasPadamAdik ipar saya kena bekerja di Thailand 3 bulan. Dia kata food halal memang tak susah nak cari. Cuma harga makanan kalau di gerai murah, masuk building,..kat restoran ke..food court ke terus naik taraf - harga jauh beza :)
You are welcome Farrah. Setuju tu.
PadamTq azie..sgt membantu
BalasPadamHai Lin,
PadamTerima kasih sudi singgah. My pleasure Lin =)
Next trip try go to Minburi market in the evening.There is Halal food street and big Muslim community
BalasPadamgood info,thanks
BalasPadam