Kedai Sarapan Best di Jalan Ulu Bendul, N.Sembilan


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Siapa orang nogori? Lebih tepat lagi orang K.Pilah? Korang mesti familiar dengan D'Sawah. D'Sawah terletak belah kiri jalan lurus dari Ulu Bendul menuju ke Kuala Pilah berhampiran Kampong Ulu Bendul. Kiri kanan sawah terbentang luas. Agaknya sebab tu namanya D'Sawah. Jom!



Kami tak pasti kedai ni waktu operasinya bila. Ini kiranya cuba jaya je pergi. Kalau tutup terpaksa cari tempat makan yang lain. Pergi sekali dengan ayahandabonda. 

Azie memang taktahu alamat tempat ni. Tapi senang je nak cam kedai ni. Kedai D'Sawah ni satu-satunya kedai breakfast di area berdekatan. Kedai di memang terletak di belah kiri jalan, jalan lurus menuju ke K.Pilah. Tak jauh mana dari Ulu Bendul. Jika kedai ini buka, pastinya penuh dengan kenderaan parking di kiri kanan jalan. Bukan sahaja Alphard, Merc, BMW malah jika anda bertuah (macam Azie) orang bawa Ferrari pun makan di sini. Hehe. Kemain jauh dia datang! Tidak cukup dengan itu, menjadi tempat persinggahan Bikers juga. Sungguh meriah kodai pakcik ni haaaaaa!


Nampak tak Ferarri Merah tu? Kami parking sebelah Ferrari uols! Begitulah jakunnya rakyat marhaen macam Azie ni bila nampak Ferrari secara dekat. Huhu. I am #villagepeople 

Anda harus bertabah menunggu meja. Meja pun agak terhad. Speciality di sini sudah pastinya nasi lemak dan roti canai. Pada Azie Nasi lemak beralaskan daun pisang di sini ok aje. Istimewa sebab ada ikan kering garing buat penambah selera tu. Sambalnya pun biasa aje. Tak pedas (Azie suka yang pedas!) Tapi Azie suka sebab ada rendang ayam dan rendang daging. Kedua-duanya pedas dan agak menyengat! Itu yang sodap tu. Bila makan tu rasa macam nenek-nenek kita je yang masak. Ayam dan dagingnya pun lembut. Memang jadi lauk tambah makan dengan nasi lemak. 

Bayangkan makan nasi lemak rendang ayam, rendang daging yang rasanya cukup tradisional, tak cukup tambah pulak roti canai telur letak bawang lebih, kemudian menghirup teh tarik panas sambil mata melihat hijau sawah padi dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, tak ke macam heaven di situ. Subhanallah! Nikmat dunia!




Selain menu di atas, ada juga sambal kerang, sup-sup panas pun ada. Pilihla ikut tekak dan selera masing-masing. Oh sebelum terlupa nasi lemak di sini ada set. Antara pilihan set yang ada; Nasi Lemak Biasa/ Nasi Lemak Ayam Rendang / Nasi Lemak Rendang Daging / Nasi Lemak Sambal Kerang. Harga berbeza setiap satunya. Yang pastinya harga lebih berpatutan berbanding nasi lemak di restoren. 

Sebenarnya Kedai Sarapan D'Sawah ni terkenal dengan nasi lemak yang bewarna hijau seperti di bawah ini. Kalau habis mungkin diganti dengan nasi lemak biasa warna putih seperi di atas. Azie dah try keduanya dan prefer nasi lemak biasa :')



Roti canai di sini pun enak juga. Obviously berbeza dengan mamak style. Pemilik kedai sendiri yang buat roti canai (sorry takda gambar roti canai). Yang pastinya kesemua makanan adalah halal. Semoga perniagaan pakcik bertambah maju!



Kalau lalu waktu pagi di jalan lurus ke Kuala Pilah ni, jangan lupa singgah!


4 ulasan:

  1. nasi lemak hijau tu masak dengan air daun pandan eh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azie rasa memang air daun pandan dah tu. Heavy jugak rasanya. Takmampu nak habiskan sepinggan. Azie prefer nasi lemak biasa je. Hehe.

      Padam
  2. lama gilaa x ronda ronda area ngeri sembilan..
    kalo p pun nilai hahahaha..

    BalasPadam