Pantai Klebang Melaka ada Muzium Kapal Selam!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,






Anda tau tak yang Melaka ada Muzium Kapal Selam! Azie taktahu. Bila nak ke Pantai Klebang baru tahu. Oh I miss the boat! Orang lain dah pergi lama.. kita baru tau. Hihi. 

Lokasinya di Dataran 1 Malaysia juga. Tak jauh mana dari Pantai KlebangJika nak ke Pantai Klebang, pasti jumpa jalan masuk ke muzium ni. Azie nak share sikit info tentang Kapal Selam ni. Kesemua info ini dipetik dari info board yang ada di sini.

"Kapal Selam SMD Quessant Agosta 70 milik bekas Tentera Laut Perancis dibeli oleh Malaysia dengan harga RM3.4 billion! (sangat membazir!!!!Projek baikpulih SMD Quessant bermula secara rasmi pada 30 Oktober 2003 sebelum siap sepenuhnya pada 20 Oktober 2005 dan memulakan misi latihan di laut bagi melatih kesemua krew kelas Perdana Menteri mulai 21 November 2005 sehingga 9 Julai 2009. Melibatkan 36 krew dan 5 pegawai. 

Kerja membawa pulang kapal selam ini dari pangkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 7 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Kapal selam bukan berkuasa nuklear seberat 1,300 tan ini dibina oleh Arsenal de Cherbourg pada tahun 1978 dan berkhidmat untuk French Navy. Ditamatkan tauliahnya pada tahun 2001. 

Ok now i remembered! Kapal selam ini pernah kontroversi satu ketika dulu.



Berdiri megah di area Pantai Klebang Melaka. Kapal selam kebanggaan negara! 

Masa operasi

Tiket masuk berharga RM3 seorang untuk dewasa

Posing dulu kat tepi kapal selam ni

Majlis Penyerahan ni macam pernah baca di akhbar suatu ketika dulu

Nak masuk dalam kapal selam perlu naik tangga kerana ketinggiannya 11.75meter
dan perlu buka kasut ye
Bahagian dalam kapal selam ni nampak begitu uzur. Ruang berjalan pun sempit. Bilik meeting pun kecik. Bilik tidur krew pun semuat badan je. Sinki pun comel je. Shower memang sah-sahla nan-hado. Dapur pun kecik. Salute kepada mereka yang duduk berbulan dalam ni. Azie baru masuk kejup pun dah rasa lemas.

Besar betul kapal selam ni. Me kecik je kat belakang tu

Alhamdulillah dah selesai jelajah!
Submarine of the day! Inilah saiz sebenar kapal selam #jakun
Me (objek putih) vs kapal selam

Banyak sangat perubahan di Melaka bandar bersejarah ini. Makin banyak tempat pelancongan yang menarik! No wonderla setiap kali musim cuti Melaka terima raaaaaamai pelancong!


Eco Marine Theme Park bersebelahan Muzium Kapal Selam masih dalam pembinaan.
Dah siap nanti lagilah meriah!

Tak sangka dapat tinggalkan jejak tapak kaki dalam kapal selam yang sebenar. 
Next nak cari asam podeh Melaka pulak!


Till then wassalam.



Berminat nak baca tentang Melaka Premium Outlet? Klik SINI



12 ulasan:

  1. Bestnya dah masuk dalam kapal terbang.

    P/s: Member azie amik tempahan sampai bila? Mahal tak kos...hehhee..

    BalasPadam
  2. Fiza,
    Kapal terbang ke kapal selam? Hahahaha....

    RM80 untuk 3kg. Murah ke mahal tu?

    BalasPadam
  3. ada berapa buah kapal selam di museum ni Azi

    BalasPadam
  4. wah bestnya...
    tq.. nak update dtg sini juga..

    BalasPadam
  5. Kita boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com

    BalasPadam
  6. Kita boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com

    BalasPadam
  7. kat dalam kapal selam ada air conditioning tak?

    BalasPadam
  8. correction..
    3.4 billion tu total 2 submarine campur 1 ketol yg training ni..

    2 submarine yg 3.4 bill tu ada dlm laut skrg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh IC. Ingatkan seketul yang terdampar di atas pasir ni sahaja yang 3.4B. Tq for info.

      Padam