Alive 3D Art Gallery di Port Dickson


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Dah lama ajak adik-beradik ke ALIVE 3D ART GALLERY PORT DICKSON. Akhirnya semuanya menjadi kenyataan. Lebih meriah bila relative dari Terengganu yang kebetulan datang rumah pun join sama. Dari Senawang boleh ikut jalan dalam je ke Lukut. Dari highway plus boleh exit tol Lukut. Muzium ni lokasinya berdekatan dengan Giant Lukut dan Old Town Coffee Lukut.

Alamat:
ALIVE 3D ART GALLERY PORT DICKSON
39 Jalan DS 2/1
Bandar Dataran Segar
Lukut, Port Dickson

No Tel 06-651 5400

Masa Operasi 
Isnin - Jumaat (11am-11pm)
Sabtu/Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah (10am-11pm)

TIPS: SILA DATANG AWAL!!!!. Plan asal pukul 10am kami dah tunggu depan muzium. Tapi disebabkan ahli jemaah agak ramai jam 10am baru boleh keluar rumah. 10.30am sampai depan muzium. MY GOD! Barisan panjang gilosss! Rupanya jemaah yang sama sebab tu nampak panjang. Ngehngeh. 

First and foremost kena beratur beli tiket. Harga tiket RM20 untuk dewasa. RM15 untuk senior citizen. Untuk kanak-kanak lupe pulak (rasanya RM15). Tapi perlu tunjukkan MYKAD untuk dapatkan harga diatas. Kalau tidak RM25 untuk dewasa. Mahal kan? Kalau anda datang 10 orang takperlu kutip 10 orang punya MYKAD. Memadai seorang wakil je untuk dapat diskaun RM5. Aleesya 2tahun tak perlu bayar. Dia ikut ketinggian jugak. Aleesya tu petite sangat maka dapat FREE ENTRANCE. 

Dah settle tiket sila beratur untuk masuk ke dalam pulak. Yang ini, ada makguard yang jaga. Dia tak lepaskan sekaligus semua masuk. Boleh jadi tin sardin kat dalam tu nanti. Kat sini makguard akan lepaskan peringkat by peringkat ikut ahli rombongan. Kalau korang datang lewat, orang pun ramai, sila bertabah ye tunggu giliran masuk. Takboleh pakai kasut kat dalam. Kasut simpan dalam locker. Kene caj RM2 untuk 1 locker. Kalau rasa kasut tu bersih buhla dalam handbag :))

Alhamdulillah orang pun tak ramai. Masuk dalam je, semua perangai gila-gila masing-masing terserlah. Masa nilah nak tunjuk skill lakonan. Kene kreatif bila bergambar dan kene yang betul baru nampak real. Jomlah layan gambar yang tak seberapa nih.


Aleesya memang terer spoilkan gambar. Hehe.


Help us! Plishhh. Plissh. Berat sangat nih.



Tengokla Bonda :') Dia pun join sama! Sporting ya amats



Dua-dua ni dah acting terlebih nih! Over to the max tau.





Streching














Allahu Rabbi. Muzium ni 3 tingkat tahu.  Bayangkan selama hampir 2jam duduk dalam ni memang gelak sakan je. Keluar-keluar je letih sangat. Abis energy. Barisan kat luar pun makin panjang. Orang makin penuh dan crowded. 

Tempat-tempat macam ni memang seronok datang dengan family or kawan-kawan yang jenis sporting. Jika boleh datangle awal. Kalau tidak, kat dalam pun beraturla ye nak photoshoot.

So uols, ingatkan di Seoul je tau ada Alive 3D Art Gallery. Di Malaysia pun ada. Mungkin jugak di Seoul lebih besar dan lebih happening. Hihi. Di Langkawi ada satu. ART IN PARADISE LANGKAWI. Rasanya antara yang terbesar di Malaysia setakat ini. 

P/S: Takda idea nak letak caption setiap gambar. Kalau korang ada caption yang best-best boleh share di ruangan komen kat bawah. Terima kasih! :')

Selamat mengembara!


7 ulasan:

  1. 3D art kat sini pun menarik..x perlu ke Korea sob sob sob

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis JM,
      Kat Korea mesti lagi best tak

      Padam
    2. sapa yg snap gambar tu?? Ada org snap ker dan kena byar ke klo diorang siapkan?

      Padam
    3. Farah,
      Takda siapa yang snap. Ni kiteorang sendiri aja. Tapi ada jugak photographer a.k.a staff muzium yg snap. Dia berlegar-legar dalam muzium ni. Tapi takpasti pulak boleh beli ke tidak.

      Padam
  2. seronok betul pi ya, boleh jalan2 ni bila singgah pd

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sharinginfoz,

      Seronok ya amatss! Datang ramai2 betul2 meriah. Penting sangat DATANG AWAL!

      Padam
  3. syoknya..na pergi gak. thanks for the info . comel cantik betul gambar2 semuanya

    BalasPadam