Hajjah Mona Asam Pedas & Pak Putra Tandoori & Naan di Melaka


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Siapa suka asam pedas? Azie memang hantu asam pedas. Asam pedas ikan pari paling suka! Tapi bila masak sendiri rasa tak best :p Bonda masak jugak yang best. Bila duk jauh-jauh dengan bonda ni, kalau kepingin nak makan asam pedas selalu pergi di Restoren Asam Pedas di Bukit Jelutong (paling dekat dengan rumah). Makan dengan telur asin, ulam dan sambal belacan. Memang terangkat!!! 

Melaka sinonim dengan asam pedas eh? Lagi-lagi bila dengar Asam Pedas Daging Tetel. Fuhh! Kecur air liur nih. Settle dah jelajah [ Muzium Kapal Selam ], maka perut pun lapor.  First time nak cuba Hajjah Mona Asam Pedas ni. Check google maps tak jauh mana dari Pantai Klebang ke Hajjah Mona Asam Pedas. Hanya 20 minit 8.2km sahaja. AYUH!




HAJJAH MONA ASAM PEDAS
6, Jalan Laksamana 2, 
Taman Kota Laksamana, 
75200 Melaka, Malaysia




Tak susah cari restoren ni. Restoren ni terletak dalam kawasan taman perumahan. Asalnya sebuah rumah dijadikan restoren. Bertabahlah ye jiran sebelah! 

Wah kosong lagi kedai nih! Awal sangat kah kami? Tapi perut dah nyanyi lagu rock kapak dah. Minta diisi dengan segera. Keciwa sangat bila dapat tahu yang asam pedas daging tetel tak siap masak lagi. Tengah rancak lagi merebus daging atas dapur. Yang ado hanyalah asam pedas ikan kembung. Whateverlah asalkan makan asam pedas.




Bila minta nasi putih by default mereka letak sekali kangkung dengan telur asin ni. Gabungan yang mantap! Suami kata bolehla sesedap rasa dan perut pun kenyang. Alhamdulillah. Kuah nya tak pekat mana, tapi pada Azie secukup rasa dan tidak pedas mana. Makan dengan senang hati :')




Selain itu

TEMPAT MAKAN WAJIB SINGGAH
.
.
.
.
.
Pak Putra Tandoori & Naan
Jalan Laksamana 4,
75200, Melaka.
Tel: 012-601 5876
Waktu Operasi: Selasa - Ahad (6pm-2am)

Kalau ke Melaka, Pak Putra Tandoori tempat makan yang WAJIB kami pergi. Tempat kegilaan suami ni. Suka benar dia kalau dapat makan Garlic Cheese Nan dengan Ayam Tandoori Pak Putra ni. Halal. Memang two thumbs up! Highly recommended. Siapa yang jalan-jalan cari makan di Melaka wajib singgah sini.




Macam biasa awal-awal kami dah terjah. Kami pernah datang lepas Maghrib. Masya Allah! Terlalu crowded dengan manusia. Meja walaupun begitu banyak tetapi PENUH. Memang ramai lah pelancong asing (barat) yang makan kat sini. Lepas 2 jam baru kami dapat makanan! Sejak itu, memang serik, sila datang seawal yang boleh! Tengok nih, banyak lagi meja kosong. 




Kat sini banyak jenis roti nan. Yang kami order ni hanya Garlic Cheese Nan. Next visit mahu cuba potato pratha, Kashmiri Naan & Pizza Naan. Tandoori Chicken here is to-die-for. Ayam ini memang diperap dan dimasak dengan sempurna. Tak tahula apa secret recipe yang digunakan. Tapi memang lembut, moist dan rasa rempah ratusnya. Marveles! Tandoori Chicken di sini adalah yang terbaik Azie pernah rasa setakat ini *kecur airliur*




Dah agak dah suami takkan cukup dengan makan 1 set. Maka ditapaunya lagi 5 set untuk makan kat rumah nanti! Sampai Senawang kami makan pulak beramai-ramai. Kata Bonda, ini lagi TERbaik dari Kapitan kat Penang tuh! Hehe, lain orang lain anak tekaknya. Tepuk dada tanya selera masing-masing. Setakat ni pada Azie hanya Kapitan & Pak Putra Nan Tandoori, the best tandoori and nan i ever taste! Ada satu lagi tempat yang sering disebut-sebut - RSMY House of Real Beriani (Restoran Selera MY). Dengar-dengarnya the best cheese nan ever. Tak sabar nak pergi cuba nih!

Cukuplah tentang roti nan ni. Uols pernah try Coconut Shake Pantai Klebang? Taktahula apesal dia TERsangat femes sehingga menyebabkan orang sanggup beratur lama dan menyebabkan jalan jem! Coconut Shake Pantai Klebang ni buka jam 2.3o petang. Kami sampai dalam kul 3pm. Nah tengoklah keadaannya!








Kegilaan apakah nih? *nanges*
Barisan makin lama makin panjang
Orang makin lama makin bertambah
Tak kira yang tua atau yang muda
Kata suami 'JOM BLAH!'

Redha. Apehal la orang ramai sangat. Kalau tengok kebanyakkan mereka macam pelancong dari Singapore. Kalau nak tahu ada 3 biji bas parking kt tepi jalan tu. Yang beratur ni untuk tapau sahaja. Yang nak makan nuh kat dalam sana. Ini mesti penangan blogger la nih! Takda rezeki nak cuba. Lagipun orang Melaka kata Coconut Shake Batu Berendam lagi best! Betul ke?



2 ulasan:

  1. wah menariknye asam pedas...leh refer bile nak g melaka....

    BalasPadam
  2. hajah mona asam pedas dan coconut shake klebang tu mmg femes lah..sesiapa yg pegi melaka mesti singah 2 tempat nih

    BalasPadam