Photoshoot Pantai Klebang, Melaka


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Ehem, maafla lepas cuti begitu lama ambil masa untuk update blog. Hari ni mahu reveal di mana lokasi sebenar teaser yang azie kongsi dalam previous post. Sebenarnya itu di Pantai Klebang Melaka!

Plan asal dengan suami mahu ke Johor Bharu kerana suami tak pernah jejak kaki ke Johor katanya. Tapi last minute plan bertukar ke Melaka. Adalah asbabnya. Lagipun lama kami tak ke Melaka. Masa kecik dulu ayahanda bonda selalu bawa ke Melaka. Lokasi yang sering dibawa, Taman Buaya dengan Mini Malaysia! Sangat cliche untuk kanak-kanak zaman 80-an. Ahaks!

Bila jalan-jalan musim public holiday ni, kami suka gerak awal pagi, seawal yang boleh. Dah semestinya jalan pun clear. Lagi-lagi Melaka, tourist hotspot! Lewat-lewat boleh jemm kreng nanti. 

First thing first cari Dataran 1 Malaysia.  Dari Senawang exit di Tol Simpang Ampat dan ikut Lebuh AMJ untuk sampai ke sini. Jarak lebih kurang 80km dan ambil masa sejam lebih untuk sampai. Orang pun tak ramai dan cuaca Masya Allah panas terik ya amatsss! 

Oh inilah Dataran 1 Malaysia! Angka 1 besar-besar ada di sini. Ada air pancut juga. Dan yang paling unik, banyak bas beratur berjujukan sepanjang pantai. Ingatkan bas bawa pelancong rupanya gerai jualan dalam bas! (boleh pulak lupa nak ambik gambar)



Suami kita ni time tak ready la dia nak ambik gamba



Ombaknya kecil-kecil je. Eh ni pantai tambak ke? Sapa tau.




Haura pun ada sama. Budak-budak time cuti sekolah la nak berjalan. Tengoklah wajah anak kecil ini super excited bila dapat ke pantai. Walaupun baru 2tahun 4bulan, tapi pandai menghargai alam. Dia tahu alam ini ciptaan Allah. Masya Allah. Permintaanya mahu main pasir! Alahai nak, main pasir kat sini boleh demam kepanasan nanti. Kat sini mampu lepak bawah pokok je. Berjanji dengan Haura akan bawa ke pantai Port Dickson untuk main pasir nanti. And surprisingly esok lusa dia tuntut janji! 

Apa aktiviti kat sini? Petang-petang boleh main layang-layang! Sebab menjelang petang Pantai Klebang ni berangin kuat.  Selebihnya beristirehat sambil menikmat pisang cheese panas dengan coconut shake Pantai Klebang :')

Angin kat sini kuat. Wind is my worst enemy!

I'm in the middle of nowhere!
Adventure is worthwhile!
Macam iklan MLM pulak tayang kereta. Oppps!

CikTa deserve a selfie!

So amacam? 
Cun tak Pantai Klebang ni? 
Cantik kan. 
Next kita ke mana? 
Tunggu.....


6 ulasan:

  1. cantiknya gambar-gambar...sukaaa tengok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farah,
      Terima kasih. Kami hanya photographer picisan je :')

      Padam
  2. aah best la tempat ni... x pernah dgr plak ade pantai klebang ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yatie,

      Me too! *highfive*
      Tau pun sebab coconut shake Pantai Klebang. Hihi.

      Padam
  3. cantik...pantai klebang ni mmg cantik..pasir putih...sekali pandang ingatkan berada di Surfers Paradise Gold Coast Australia

    BalasPadam
  4. Kita boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com

    BalasPadam