#4 Australia 2014 : Day1 Part 1 | Great Ocean Road


Assalamualaikum

Teaser sikit. Hihi.




Hari pertama di Melbourne. Mata mengantuk ya amats. Tidur pun dua tiga jam aje. Mata dah jadi mata panda. Tapi yang pelik nya excited gila bangun mandi pagi-pagi siap lawa-lawa nak pergi Great Ocean Road!! Sungguh ajaib semangat yang datang itu. Yerla datang jauh-jauh takmola tido lebih pulak. Balik Malaysia nanti boleh qada balik. 

Hari pertama kami ikut pakej dari Melbourne Australia Tour. Harga 75AUD per person. Yang akan bawa kiteorang jalan-jalan hari ni ialah Mr Bob. Mr Bob dah janji nak pickup di hotel jam 8.00AM. Semua komunikasi via email. Sebelum gerak pekena breakfast dulu. Inilah breakfast kami. Roti, muffin & chips. Minum teh lemon panas. Very the omputih. Coklat tu jadi bekal hari ni.


Thanks to Elyn yang bekalkan makanan ini untuk kami malam tadi




Plan asal mahu ronda Melbourne CBD. Last minute revise semula itinerary dan tukar hari pertama ke GOR. Reasonnya, kalau pergi GOR hari ni boleh tidur dalam van. Nampak tak niat di situ. Kalau Day 1 dah pergi city pasti menambahkan lagi penat menjadi super penat sebab akan banyak berjalan! Syukurlah tukar. Alkisahnya memang tersengguk-sengguk pun hari ini. Kata Bob perjalanan harini memang jauh. 


"The Great Ocean Road is one of the world's most SPECTACULAR drives, getting here is part of the experience. Cliff hugging curves, seaside cafe's, emerald rainforest, fresh local produce and charming seaside villages await your discovery on route to the spectacular limestone formations of Port Campbell National Park." - http://visit12apostles.com.au/

Great Ocean Road Route by section (if non-stop)
Melbourne to Torquay 1hr 30 minutes
Torquay to Lorne 1hr (total 2hr 30 minutes from Melbourne)
Lorne to Apollo Bay 45 minutes (total 3hr 15 minutes from Melbourne)
Apollo Bay to 12 Apostles 1 hr (total 4 hr 15 minutes from Melbourne)
12 Apostles to Port Campbell 10 minutes (total 4 hr 30 minutes from Melbourne)


Jadi hari ni, tempoh perjalanan ke GOR Great Ocean Road lebih kurang 4 jam 30 minit untuk tiba ke destinasi, itu belum travel balik. Belum berhenti makan dan sebagainya. So memang kene rancang perjalanan sebaiknya. Oh kalau mahu datang sini kena peruntukan 1 hari penuh. Tiada pengangkutan awam ke sini. Jadi camne cara nak ke GOR Great Ocean Road ni? Anda boleh ambil tours macam kami or sewa kereta. Kalau tour anda rileks je la dalam van. Makan tengahari termasuk dalam bayaran tours ni. Kalau sewa kereta dicadangkan bermalam di Port Campbell supaya tidak keletihan.


Bob ikut highway M1. Memang cun pemandangan kiri kanan. Ada sekali tu nampak semuaaaa ladang KUNING. Kata Bob itu ladang bunga conola untuk buat minyak conola. SANTEKS! Lepas 2 jam travel kitorang lalu kawasan pantai indah yang akhirnya speechless. Tak tahu nak describe macam mana. Tenang dan damainya hati bila dapat tengok laut. Ada family dari India request pada Bob untuk berhenti ambil gambar.

Lebih kurang jam 10.15 AM Bob berhenti kawasan cafe tepi pantai untuk kami semua minum kopi. Fuhh masing-masing macam lega bila dapat minum kopi. Lemas jugak duduk dalam van lama-lama.

Then kami berhenti minum coffee sechawan!


Dalam jam 11AM kami sampai di lokasi di bawah. Tu diaaaa. Inilah pintu gerbang GREAT OCEAN ROAD tu. Great Ocean Road adalah warisan sejarah yang dibina oleh tentera Australia selepas Perang Dunia Pertama. Memorial perang terbesar di dunia! Melibatkan jalan sepanjang 243 km bermula dari daerah Torquay hingga ke Allansford di negeri Victoria. 

Tugu turut dibina untuk mengenang 3000 tentera Australia yang selamat pulang dari perang Dunia Pertama dan terlibat dalam pembinaan jalan ini. Sebelah tugu peringatan ini ada patung “The Diggers” yang menggambarkan dua orang tentara sedang bekerjasama menggali batu dan tanah untuk membina jalan Great Ocean Road. Macam simbolik gitu.



Alhamdulillah. Akhirnya kami sampai sini.  Masa ni pelancong tak ramai

Bob si Tourist guide dari Melbourne Australia Tours yang bawa kitorang ke GOR. Pesara. Dia suka memandu sebab tu dia jadi tourist guide ni. Dulu dia kerja dengan government, then dia resign dan kerja sendiri dari keje yang berkaitan dengan logistic (supply lorry untuk transport sayur2 etc). Pastu dia keje supply alat2 computer untuk home education. Dalam dia dah keje lama tu dia banyak travel ke situ sini, so dia knowledgable pasal tempat-tempat tour ni. Tapi bila tanya rumah Chris Hemsworth (hero cerita THOR tu) dia tak kenal pulak. Maybe hobby dia jalan-jalan, bukan tengok movie kot :p Ascent dia sangat pekat giler hokey. Kadang dapat tangkap, kadang-kadang lost. Aperla si Bob ni cakap. Suami ok sebab bos dia Australian. Slang Aussie macam British.

Camna nak contact tour agent ni?
Pergi kat link atas tadi tu dan pilih package yang berkenaan. Then email directly to them. Diorang akan reply asap. Don't forget to like their facebook to get discount. 

Dah puas bergambar tepi pantai, kitorang teruskan lagi perjalanan. Jalan dah mula bengkang-bengkok. Lalu di lereng-lereng bukit yang memang nampak pantai yang indah. Bob pula maintain dengan kelajuan yang agak laju. Kekadang GPS berbunyi tandanya dah lebih had laju. Mulalah penumpang seat belakang tak senang duduk. Hehe. Then akhirnya request untuk berhenti sebab pening kepala. Mujurla kitorang duk depan, belakang Bob je. Pheww! Yang pening kepala silakan pening. So i, selfiela :p Rugi betul tak ambil gambar. Sebab tempat ni memang ohsem.



Next pit stop ialah Kennett River. Sebuah pekan kecil di Victoria. Kat sini ada burung jinaak. Kata Bob namanya Corella. Tengokla jinak Kan? Hehe Bob yang sediakan makanan burung ni.  SUKAAA.Then ada burung macam pensil color luna. Colourful. Tengokla gambar ni. Koala masa ni tidur je. Kata Bob Koala mampu tidur sampai 20 jam, sehari. Baki 4 jam bangun untuk makan. What the %$#@ Begitulah indahnya dan uniknya binatang ciptaan Allah. 



Bob ni memang sukakan haiwan agaknya. Suka betul dia dengan burung.


Then mari kita teruskan perjalanan. Tak jauh dari tempat tadi, kami sampai di Apollo Bay. Tiba jam 11AM gitu. Berhenti untuk makan. Perut pun dah krok krok lapar. Bob bawa makan di restoren ILUKA. Makanan di sini halal. Ada halal certificate. Makanan ditanggung oleh pihak tours. Masa ni rindu pulak masakan Mesia. Fish & Chips kat Mesia lagi sodap sebab ada cili sos!


Perjalanan diteruskan lagi. Dari highway, keliling bukit, tepi pantai and now jalan kampung pulak. Kiri kanan nampak rumput hijau saujana mata memandang. Kadang-kadang tu nampak banyaaak lembu fernleaf (lembu hitam putih tu). Biri-biri yang berbulu pun nampak jarang-jarang. Yang banyak semua dah togel no bulu. Maybe bulu dah kene cukur sebab dah habis winter. Heheh.






Tengok ladang-ladang ni mulalah membuak-buak nak pergi New Zealand pulak.  *impian tu ambitious sangat* Lebih kurang jam 3.20PM sampailah kita di Port Campbell National Park. Ok bersambung next entry ya episod bercuti ke Melbourne ni. TUNGGU...

21 ulasan:

  1. alaihai...dh ramai blogger share experience ke great ocean road ni..alahai bila lah turn sis JM n ke sana jugak ni...

    ehem..eem..kalau ada duit dan cuti boleh je kalau nk ke NZ tu in sha Allah

    BalasPadam
  2. Bestnya dapat jalan² kat over the sea. Gambar suma cantik².

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq. Nanti kita share lagi gmba-gamba sekitar Melbourne. Tunggu...

      Padam
  3. xsabo nak baca dan nak tgk 12 apostle tu dan lain lain ..hihi

    BalasPadam
  4. SubhanAllah.. indahnya ciptaan Allah s.w.t... Cantik2 semua gambar dalam blog ni. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faarihin, tq :) Jemputla selalu jenguk sini. Panjang lagi cerita Melbourne ni. Huhu.

      Padam
  5. Bestnye... X sabaq nak g isnin nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah! Happy Holidays. Selamat pergi selamat kembali. Nanti share your experience pulak ye :)

      Padam
  6. Bila lah sis dapat gi lagi kat Melbourne ni..dah 2 kali gi..tapi rasanya dah 10 tahun yang lepas kot...sure byk perubahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uwaaa dah 2 kali pergi. Hmm mesti banyak perubahan. London Arch tu dah runtuh. 12 Apostles tu dah tinggal 7, 2 lagi dah runtuh.

      Padam
  7. Seronoknya jalan-jalan! Cantik gambar-gambar yg Azie shared.

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok baca blog sis...plan nak pegi nov ni,,,sis..nak tanya klu kita sewa kereta di sana ok tak? i mean dari segi keselamatan...pls advise..tq

      Padam
  8. Amazing post.
    Much a debt of gratitude is in order for sharing and I love all your delightful photos
    great ocean road day tour

    BalasPadam
  9. salam MAT tour ni ok ke.. timing dia rushing2 tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. ORCHID,
      Rushing jugak! Macam GOR tu serious jauh. Memang kejup2 je la nk melawat satu tempat. Memang TAK PUASSSS. Yang Philip Island tu pulak, ahli jemaah buat hal, terpaksa skip 1 tempat sebab tak cukup masa nak cover semua. Kalau ada geng sila SEWA KERETA dan bermalam di luar Melbourne. Lagi berbaloi-baloi.

      Padam
  10. Amazing post x sabar nk pergi melb one day, nk tnye kalau amik packge bob ni time limited tak? Ke kalau kite nk drop by mane2 view cantik die bagi tak?

    BalasPadam
  11. assalam...nak tny nape sis tak sewa kereta mcm plan asal...

    BalasPadam