#9 Australia 2014 : Day 3 | Puffing Billy, The Grant's Picnic Ground, Tesselar Tulip Farm, Brighton Bathing Boxes


Assalamualaikum

Pagi ni nak ke mana pulak kita?



G'day, mate! 

Patutnya hari ni naik public transport, tapi bertukar kenderaan. Kami ronda-ronda harini naik kereta! Jadi.. Elynlah si tour guide kite hari ni dan si comel ni telah sediakan itinerary lagi ohsem untuk kami. Jom teruskan perjalanan.

So, inilah itinerary baru untuk hari ni. 



Awal pagi, jam 8.30am Elyn dah sampai depan Tune Hotel.  Pagi ni jom kita ke Puffing Billy! Apa ada di sana?
"Puffing Billy is Australia's Premiere Preserved Steam Railway. This century-old steam train is still running on its original mountain track from Belgrave to Gembrook in the scenic Dandenong Ranges and is a genuine relic of more leisurely days. The Railway is the major survivor of four experimental lines used to develop rural areas in the early 1900s. Puffing Billy is now a major tourist attraction, its operation depending on hundreds of dedicated volunteers."  - http://www.puffingbilly.com.au/

Bagaimana nak ke sini? Ada pengangkutan awam disediakan. Naik TRAM ke Flinders Station. Dari sana naik TRAIN ke BELGRAVE.  Lebih detail boleh check di sini   PUBLIC TRANSPORT VICTORIA   Jadi apa yang ditunggu lagi, moh kitaaa berangkat.


Sorang duk drive, sorang duk sibuk ambik gamba, sorang lagi duk sibuk cari jalan! Pastu tukar driver



Sejam drive sampai Puffing Billy. Confuse nak cari carpark kat sini. Kitorang terlajak sampai depan. Then pusing balik baru jumpa carpark yang betul. Alhamdulillah Allah permudahkan kami dapat parking. Beli tiket. Ikutla korang nak naik atau berhenti di stesen mana. Kami naik dari Belgrave sampai Menzies Creek je. Jadi harga tiket pergi balik 29AUD per pax. Keretapi steam paling awal jam 10.30am. Semua info boleh check di link kat atas tu.

Terasa sangat macam zaman-zaman dolu! Ketapi ni memang guna batu arang. 

Sukanya dapat datang sini. Lalalalala...

Abaikan ekspresi suami saya. Tu excited terlebih namanya! Seronok ok julur-julur kaki ke bawah. Pastu lambai-lambai setiap kali nampak orang! Orang pun lambai-lambai bila nampak kita. Ya Allah perasaan tu lain macam seronoknya. 

Yang jujurnya nak smpai Menzies Creek dari Belgrave tu boleh sakit pungkok tau dak  duk atas ni. Suhu pulak, makin lama, makin seeeejuuuk. Nampak dak siap pakai glove Cik Kak Korea kat belakang tu!

Yay, dah sampai Menzies Creek lebih kurang 10.53am. Penuh dengan pelancong Asia je. Kami sampai sini ja, yang lain teruskan ke stesen Lakeside. Katanya ada tasik cun kat sana. 

Dalam perjalanan balik semula ke stesen Belgrave :O

Suasana kat sini agak sejuk. Mujurla Bob ada pesan semalam, kalau datang sini pakai baju tebal sebab ia memang SEJUK. Mungkin lokasinya di tanah tinggi. Sebelum sampai di Menzies Creek anda akan nampak sungai / laut / jauh di bawah sana. Kalau naik, ambil seat yang mengadap stesen. Lehla tengok keindahan alam semesta. Syok. 

Lepas ni kami nak piknik di The Grant's Picnic Ground. Tak jauh pun dari Puffing Billy. Google saja. Terima kasih Elyn, siap masak-masak bawak bekal untuk piknik hari ni. Tak terkata kesedapannya!

Syok woo, datang sini. Hmm..bilalah dapat datang lagi..rindu menggamit hati.

Seronok pulak burung-burung ni makan Roti Gardenia made in Malaysia. Heeeee. AMARAN: Kat sini tak boleh suka-suka hati bagi makan burung ye. Kene beli makanan burung yang disediakan.  Jangan tiru kami!

Cepat-cepat makan dan ambik sampah semua lari masuk kereta! Arggh kami kene serang dengan burung. Kami nak lunch depa pun nak join lunch sama. Hahaha. 

Kalau nak bird's feeding, ada bird's feeding area. Free entrance. Mengadap tempat kami lunch ni je. Ada sign tau. Kami tak nampak awai-awai tu. Tu yang sedap je pi bagi depa makan roti tuh. Jadi yang buruk itu jangan dicontohi ye. 

Perut dah kenyang. Next kita ke Tesselar Tulip Farm. Ada Tulip Festival uols. Tulip farm ini hanya akan dibuka bermula mid September till mid Oktober sahaja. Bayaran masuk 22AUD per pax. Inilah masanya nak tengok bunga tulip hidup! Selama ni duk pegang bunga tulip plastik je. Jom tengok bungaaaaaa tulip!

Seronok sangat la tengok bunga. Tapak kasut tu penuh dengan tanah lembikkkk. Bencciiii!

Oit Azie, ingat bunga Rose ke nak cium-cium. Nan- hado bau la. 

Pn Azie kita tu dah berangan sampai Amsterdam agaknya!

Subhanallah, cantik-cantik-cantik! Rasa nak lompat-lompat je kat tengah-tengah bunga ni
























Lupins! Sejuk-sejuk makan aiskerim. 

Dah puas ambik gambar kat sini, lepas ni kita pergi shopping! Lepas ni nak pergi DFO (Direct Factory Outlet) Moorabbin Airport Centre. Jauh gaks nak ke sini. Area-area sini dah start panas. On the way nampak IKEA. Alahai nak singgah pun tak sempat dah. Kang terlajak pulak. IKEA AUS lagi murah dari IKEA Malaysia yer. Camne kutahu? Dari harga katil Elyn je dah boleh buat perbandingan. Ahakss. 

Tujuan ke DFO ni nak beli Pyrex dengan Corelle. Menunaikan pesanan orang dan untuk diri sendiri jugak! Orang kata kat sini murah. Haruslah tidak melepaskan peluang memborong. Datang jauh-jauh rugi pulak kalau bawak balik fridge magnet je. Huhu. Sorryla uols takda gamba. Memang tak sempat aih nak ambil gambar. Masuk je kedai World Kitchen memang lupa terus kat camera. Suami yang suka duk candid-candid pun lupa nak ambil gambar. Itulah pentingnya naik kereta. Naik public nan-hado la nak heret semua barang2 kaca ni.

Dah settle Corelle & Pyrex singgah pulak kedai kasut Skechers. Opss. TERbeli pulak kasut kat sini. Kasut suami 19AUD je. Kasut I mahai sikit 49AUD. High Tops. Tak dapat Isabel Marant, Skechers pun ok dah. Hiks. Tapi jenama ni memang sedap pakai sebab ringan! Comfort sangat kalau jalan jauh-jauh. Sejam je peruntukan masa kat sini. Itu je la yang sempat shopping. Kalau tambah lagi sejam, taktahu la. Hihihi. Target kami kene sampai Melbourne City sebelum jam 8.00pm. 

Lepas ni nak ke Brighton Bathing Boxes di Brighton Beach pulak. Nih ikon Melbourne ni. Orang kata tempat "wajib datang" jika ke Melbourne. Orang kata jangan mengaku sampai Melbourne la kalau tak datang sini. Kata Bob colourful bathing boxes ni kepunyaan pemilik-pemilik rumah agam yang berhadapan dengan pantai ni yang akhirnya menjadi tarikan pelancong yang datang ke Melbourne ni.   


Sila jangan muntah ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Teruskan scroll ke bawah.

Ewah, pose tak boleh blah. Kasi can plis kami nak romantika di pantai Melbourne

Hari dah senja mohla kita beransur pulang. Alhamdulillah seharian yang padat dengan aktiviti. Yerla semalam sedih dengan kelebatan hujan dan keributan di Philip Island, hari ni Allah gantikan satu hari yang lebih indah dari jangkaan. Thanx to Elyn yang merancang semua untuk hari ni. Sebenarnya lagi best / untung kalau sewa kereta. Memang boleh fully utilize jalan-jalan 1 hari. Kalau naik public memang terhadla masa nak ke sana sini. Jangan risau kalau drive di luar Melbourne City sama je macam drive di Malaysia. Cari jalan yang tiada toll. Dalam Melbourne City kena hati-hati dan boleh konfius sebab ada laluan tram dan laluan pedestrian. Walaupun hijau, korang kene bagi pejalan kaki dulu lalu tau. Ada paham!

Malam ni kami nak jalan ke Lygon Street atau lebih dikenali dengan Istanbul Street. Nak dinner kat sana. Ni Bob punyal pasai la. Dia cakap sila pergi!!! sila pergi!!! Nak tahu apa ada kat sana. Tunggguuuuu next entry ya. Buh bye.


10 ulasan:

  1. harga correlle n pyrex tu macam mana ? ikut pieces kan.. berat ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siti,

      Ya betul ikut pieces. Bnyak beli set aritu.

      Padam
  2. ingat tak berat set2 tu ? nak budget berat luggage..
    yang 76 pieces tu ehhehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Siti,
      Nak pergi Melben ye? Bestnyeeee. Berat set2 tu taktau sbb tak timbang pun. Tapi total luggage yang kiteorg ambil balik dari melben 55kg! Alhamdulillah cukup2....huhu.

      Padam
    2. a ah.. mak dah siap pesan corelle.. nak budget berat luggage..
      total untuk berdua 55kg eh.. CT xde nak beli bnyk pun.. thank you ye..

      Padam
    3. Siti,
      Corelle 76 pieces tu berat dalam 20kg+- tu. Siti ambik luggage 30-35kg cukup rasanya =)

      Padam
  3. salam..masa keluar ni berhenti solat kat mana ye?saya tgh susun itinerary tapi mcm tak jumpa tempat solat..Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Najwa,
      Kiteorang solat di The Grant's Picnic Ground. Kat situ ada tempat lapang berbumbung. Bentang sejadah solat jemaah =)

      Padam
  4. Hi nak tanya, tak pecah ke correle tu ye. or better hand luggage je? tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Alhamdulillah tak pecah. Semua dalam keadaan elok. Sampai sekarang masih guna :) Kalau tak sedap hati better hand luggage.

      Padam