Assalamualaikum
Salam Jumaat pembaca budiman sekalian. Jom kita sambung episod seterusnya. Episod terdahulu boleh baca di sini;
1#Persediaan ke Melbourne
2#Berangkat ke Melbourne
3#Review Tune Hotel Melbourne
4#Day1 Part 1 : Great Ocean Road
5#Day1 Part 2 : Port Campbell National Park
6#Day1 Part 3 : Twelve Apostles
7#Day2 Part 1 : Swanston Street
Teaser dulu
Pagi tadi dah semangat jalan kaki sepanjang Swanston Street sampai ke Flinders Street Station. Alhamdulillah batuk dah berkurang sangat harini. Lega sangat. FYI Azie makan NUTRIFERON SHAKLEE juga. Tapi bawa tak banyak hanya cukup untuk dua tiga hari je. Sebelum pergi aritu stok habis pula di HQ. Pinjam dulu adik punya stok. Yes, ia sangat membantu tingkatkan imunisasi. Suami pun makan. Alhamdulillah sepanjang di sini, suami sihat walafiat tidak dijangkiti virus batukku.
Sekarang ni dah atas van dengan Bob nak ke Maru Koala Park. Terasa VIP sungguh sebabnya Bob tolong bukakan pintu dan tutupkan pintu setiap kali tanpa jemu. So shweeet :) Hari ni kami jadi orang pertama yang Bob pickup. Sebelum naik, Bob tunjuk weather forecast app di fon. Nampak warna purple sedang menuju ke the 'Land Down Under'. Katanya arini kita akan dilanda hujan, ribut dan angin kencang. Nice! Bila lagi nak rasa ribut dengan angin kencang di Australia kan. Hahah. Think positive Azie!
Gang trip kita hari ni orang Malaysia sebab dari Malaysia Hall Melbourne. Sampaila hajat di hati nak tengok Malaysian Hall Melbourne. Agak jauh dari Melbourne City. Bob buat kelakar pagi-pagi pergi ketuk pintu rumah orang. LOL. Tak kenal Malaysian Hall kah?
Ini rupanya Malaysia Hall Melbourne :) |
Meh nak cerita sikit pasal harga bilik di Malaysia Hall Melbourne ni. Gang jalan-jalan kitorang hari ni bagitahu dia book Malaysia Hall Melbourne dari Januari lagi (10 bulan lebih awal). Kitorang yang apply Jun, nak jalan Oktober nan hado kosong la jawabnya. Jadi korang boleh estimate bila waktu sesuai nak apply Malaysia Hall dari tarikh travel. Stay kat sini memang murah.
3 hari yang pertama room rate 20AUD per pax. Hari-hari berikutnya 30AUD per pax. Ada juga beberapa jenis deposit yang perlu bayar contohnya;
room deposit (100AUD per pax)
access key deposit (100AUD per key)
room service (15AUD per pax)
Kalau saya total kan semua ni untuk 2 orang penginapan selama lima hari baru 470AUD termasuk deposit. Tetapi kos sebenar hanya 270AUD *setelah refund deposit* It's a way cheaper than Tune Hotel. Tapi itulah, takda rezeki namanya.
Untuk borang, syarat dan sebagainya boleh check di sini ye sayang-sayang sekalian: STAYING AT MALAYSIA HALL MELBOURNE
Berhenti sat kat kawasan hypermarket. I nak pi toileeet. Sini ada COLES, KMART dan sebagainya. |
First destinasi hari ni kita nak pergi Maru Koala Park. Ops sebelum tu tours ke Philip Islands hari ni berharga 90AUD per pax. Sebenarnya 95AUD per pax. Dapat 5AUD off sebab like di FB mereka. Jarak dari Melbourne City ke Maru Koala Park dalam 108km, lebih kurang sejam setengah baru sampai destinasi. Jalan di bawah ni dah siap-siap option avoid tolls. Jauhnyer kita berjalan harini nak pi tengok kangaroo & koala di Melbourne.
Pakej: Phillip Island
Destinasi: MARU Animal Park, Churchill Island Heritage Farm, The Nobbies, The Penguin Parade
Tour: Melbourne Australia Tours
Harga: 90AUD per person
Diskaun: 5AUD off per person (like FB page)
Alhamdulillah sampai dengan selamatnya. Masuk-masuk jumpa cafe dulu. Bob kata makanan sini halal. Kitorang tanya staff kat situ pon dia kata halal. Katanya order dulu, lepas ronda-ronda park kita lunch. Hari ni tours belanja dinner. So lunch ni on us la. Kitorang order homemade pie. Sedaaaaap.
Dah siap-siap order makan. So jom kita cekidout apa ada dalam Maru Koala Park ni! |
Kangaroo banyak size. Si kecil ni dipanggil Wallaby. |
Peace! |
Garu-ing the kangaroo! Hooho. |
Ni pura-pura berani je ni. Saya ni kucing pun takut tau! |
Binatang-binatang yang ada di sini. Masing-masing ada ceritanya sendiri. Btw merak tu kat Malaysia pun ado. |
Ootd (outfit-of-the-day) Day 2. Harharhar. Nampak tak awan mendung berarak kelabu kat atas tu. Hujaaan dah nak turun. |
kawasan Maru Park yang cantik! Tenang je tengok pemandangan sini |
Then terus ke Chuchill Island Heritage Farm tengok biri-biri katanya. Lebih kurang 23km dari Maru park. Untuk sampai ke Churchill Island Heritage Farm anda perlu melalui jambatan merentasi sungai yang luas. Cantik pemandangan kat sini sepatutnya. Tapi hujan lebat pulak. Angin pun kuat sangat. Selain ada ladang yang cantik ni ada English cottage juga.
"Churchill Island, just off the coast of Phillip Island holds an important place in the history of European settlement in Victoria. The site of the first European agricultural pursuits in Victoria, the island has been farmed since the 1850's and in 1872 was purchased by Samuel Amess, former Mayor of Melbourne."
Lebat sangat hujan sampai air pun dah naik atas jalan. Sikit lagi boleh banjir ni.
Selain itu, korang boleh tengok sheep shearing. Kesian pulak bila tengok biri-biri kene ketam bulunya. Togel jadinya. Tapi tumbuh balik setahun kemudian. Kemudian kene ketam lagi. Begitulah rutin biri-biri. Pastu boleh rasa bulu biri-biri. Hewhew, rasa macam carpet bulu-bulu. Hmm nampaknya itu je yang ada kat sini. Kalau cuaca cantik, boleh golek-golek atas padang ni.
Lepas ni nak ke The Nobbies untuk sightseeing. Jarak dalam 24km dari Churchill Island.
Lepas ni nak ke The Nobbies untuk sightseeing. Jarak dalam 24km dari Churchill Island.
Apa ada di The Nobbies?
- Stroll along The Nobbies boardwalk and enjoy spectacular views along Phillip Island’s rugged south coast.
- See the awesome blowhole, a spectacular sea cave that thunders during big southern swells.
- Enjoy the sea bird gardens offering spectacular flowering displays in the spring.
- Take a moment to learn about the local area from the educational signage.
- Silver Gulls nest here and chicks can be seen during spring and early summer.
- Little Penguins are often seen here resting between seasonal and daily duties.
- Australia’s Larges Fur Seal Colony at Seal Rocks on Phillip Island
Masa sampai sini, hujan masih renyai-renyai dan angin bertiup SAAANGAT kuat. Hehe. Sejuk takboleh nak cakap la. Ramai tourist dari Korea yang datang ketika ini. Rambut masing-masing takleh nak describe. Yang macam ju-on pun ada sebab angin teraaaamat kuat. Tangan terketar-ketar. Beku. Camera bergoyang-goyang. Nak ambil gambar kat sini memang susah. Badan ni terasa ditolak-tolak oleh angin yang kuat. Video ada Azie share di FB. Hihi.
Boardwalk ditutup sebab angin yang kuat ni membahayakan pelancong-pelancong. Ombak pun kuat. Jadi takda harapan la nak tengok semua binatang-binatang laut di The Nobbies ni. Sedih :(
Kemudian, kami ke The Penguin Parade.
Di sini banyak info tentang Penguin. Nak tunggu muncul lagi 48 minit. Bob suh keluar ke pantai dah. Katanya kalau nak dapat spot yang menarik, dah boleh turun ke pantai ni. Tapi alahai, cuaca yang sejuk grrrrrrr kat luar tak boleh nak menahan. Penguin akan keluar sebelum matahari terbenam. Kata Bob mula-mula akan naik seekor dulu. Kira dia check kawasan. Kalau line clear selamat tanda gangguan, dia akan masuk balik dalam laut dan inform kawan-kawan yang lain. Beberapa minit kemudian barulah penguin ramai-ramai terkedek-kedek pulang petang naik ke pantai untuk balik ke sarang.
Amaran: Kat sini tak boleh ambil gambar tau. Sebab katanya flash camera menganggu penguin. Biarpun tak guna flash, tetap tak boleh jugak! Lepas suami ambil gambar ni terus kene sound dengan ranger yang bertugas. Muahaha.
Nampak tak ramai-ramai nih duk tunggu penguin naik la ni. Sekali fikir, aduhai macam takde kerja lain pulak. Duduk ramai-ramai mengadap laut, mengadap ombak, pi tadah muka pada angin yang kuat. Lepas ni mesti muka menggelupas. Ni pakat duduk rapat-rapat nak haba la ni. Hihi. Baju pun tebal-tebal, lapis-lapis. Angin memang kuat sangat tak boleh nak describe nih. Tahap dingin sejuk tu mencucuk ke tulang sum-sum dah. Azie ni yakin tak yakin je dapat survive sampai senja. jari dah kecut. Tangan pun menggigil. Baju pun selapis. Lain kali pakaila berlapis-lapis.
Akhirnya menjelang senja, penguin tu naik bersama ombak-ombak. Naik je group pertama semua bising-bising tunjuk-tunjuk ke satu arah. Samar-samar je nampak penguin. Hikhiks. Maklumla penguin nye kecil je. Orangnya ramai, maghrib pulak tu tak berapa nak nampak. Nampak binatang hitam putih terkedik-kedik berjalan. Tak lama lepas tu group lain pulak naik. Pastu makin ramai pulak naik. Lepas beberapa group penguin naik, suami pun ajak blah. Kata suami peralatan perang kita ni tak cukup. Nak tunggu habis boleh frozen kat situ.
Masa nak balik ke Penguin Centre, ada laluan untuk penguin juga di belah kiri. Dari situ barulah nampak jelas rupa penguin. Memang nampak penguin dengan group nya berjalan naik ke atas terkedek-kedek gitu. Comel sangat sangat sangat. Haha. Gamba nan hado ye.
Selesai tengok penguin Bob bawa kami dinner. Dinner di Jeronimos Restaurant dan ditanggung oleh Tours. Pizza di sini halal :)
Let's checkidout.
Last but not least
Our dinner for tonight!
Oh my, pizza ni sedap gilos. Yang bestnya, pizza ni hanya untuk ku dan suamiku sahaja. Pizza size regular. Harga 15.50AUD. Bob order lain untuk dia. Yang gang MH pizza lain untuk diorang. Habis kitorang ngap pizza ni sekali hadap je. 4 slices sorang. Macam tak percaya. Lapar sangat kot. Hikshiks. Makan panas-panas memang mengundang! First time makan pizza takde cili sos!
Dah tu je story mori tempat-tempat menarik dalam Pakej Phillip Island ni. Hari kedua di Melbourne. Menarik ke? Sambung Day 3 next entry pulak T_T
Salam...best jalan penceritaan..detail :) jemput ke blog sy yer http://syahirbasharuddin.blogspot.com
BalasPadamSyahir,
PadamTerima kasih. Baru jalan2 pergi lawat ur blog.
Seronoknya dapat manja-manja dgn kangaroo! Alpacas tu comellll!
BalasPadamFarrah,
PadamHaih tak seronokla. Ini sebab kene cabar dengan Bob nih. Huhu.
blogwalking , jangan lupa singgah :) http://blogparihh.blogspot.com/
BalasPadamTerima kasih Mad Parihh sudi singgah sini. Ok nanti I jalan-jalan di blog kamu ye.
Padamhai hihi CT singgah sini..
BalasPadammasa di maru koala tu.. boleh pegang o dukung koala dak ? miahaha..
Siti,
PadamBoleh je kalau berani :)
Salam,
BalasPadamNak tanya kalau amik pakej tour ni dia akan amik kat tempat kita stay ea?
Regards,
Fatihah
Salam. Ya betul :D
PadamSalam, boleh tahu Pihilp Island terletak dalam jajaran jalan the great ocean Road X?
BalasPadamTerima kasih
Salam, kalau tak silap saya jajaran yg berbeza.
Padam