#11 Australia 2014 : Day 4 Part 1 | Queen Victoria Market, Flagstaff Gardens


Assalamualaikum



Pagi ni nak ke Queen Victoria Market.  Orang sini panggil 'Queen Vic' ataupun 'Vic Market' je. Kat sini lubuk untuk tourist beli souvenirs. Meh nak bagi sedikit info tentang Queen Victoria Market ni. Queen Vic ni besar jugak. Dia dah segmenkan kepada beberapa block bangunan contohnya Fresh Fruit and vegetables, Meat, Poultry and Seafood, Gourmet and Deli foods. Tak lupa juga bahagian yang paling popular di kalangan tourist iaitu bahagian yang jual baju, kasut, jewelleries, art dan banyakla lagi. Queen Vic buka 5 hari seminggu. 


Lokasi
65-159 Victoria Street
Melbourne VIC 3000

Waktu perniagaan / Opening hours
Selasa & Khamis : 6 pagi - 2 petang
Jumaat : 6 pagi - 5 petang
Sabtu : 6 pagi - 3 petang
Ahad : 9 pagi - 4 petang
Isnin & Rabu : TUTUP


* Closed on Good Friday, Anzac Day, Melbourne Cup Day, Christmas Day, Boxing Day and New Year’s Day.

Payment: Cash Only

Dari Tune Hotel Melbourne camne nak ke Queen Vic?


Mujur dekat. 850m sahaja jalan kaki. Yay. Itu untungnya kalau stay di area Melbourne CBD. Jimat duit MyKi.




Yay, dah nampak Queen Vic Market. Esok dah last day. Duit untuk shopping tak guna lagi. So inilah tempatnya nak menghabiskan duit. Hihik.



Kebab-kebab kat atas tu tak pasti halal atau tidak ye. Ni kalau kat Kelantan macam Pasar Khadijah,  kat Terengganu macam Pasar Payang. Tahap kebersihan market dia dah macam shopping mall!

Bersih gila market kat sini. Rasa macam nak tapau je sayur dengan buah-buah ni bawak balik Mesia.

Wah ada English Tea Store. Nama store ni MCIVER's COFFE & TEA. Lokasi: Dairy Mall, Quenn Vic. Cantik-cantik! Rambaaaaang mata. Bonda suka teh dan kopi. Bonda, English teapot for you!





Pergi ni hari Khamis, pukul 6am buka, pukul 7.30am dah terpacak kat sini. Meronda-ronda survey barang untuk dijadikan souvenirs. La banyak lagi peniaga yang tak bukak kedai. Tapi beli je yang mana yang dah bukak. Orang kata harga hujung minggu lagi murah. Tapi takpelah sebabnya hujung minggu dah kat Mesia. Seronok sangat beli belah kat sini, mujurlah tak boleh nak lama sangat sebab lepas ni nak pergi DFO South Wharf pulak. Walaupun tak lama datang sini, boleh kata banyak juga benda kami beli kat sini. Sampai kene pulang hotel untuk letak barang dulu. Mujur sangat dekat!

Dah selesai letak barang kat hotel, kami gerak semula ke DFO. DFO South Wharf buka setiap hari bermula jam 10am hingga 6am. MyKi kad dah ada. Tapi rasanya macam nak jalan kaki je. Bolehla cuci mata dengan pemandangan sekitar.  Check google map jarak DFO South Wharf dari Queen Vic dalam 2.8km berjalan kaki selama 36 minit. Sejujurnya jauh gila oiii jalan kaki. Hahah. Kami ni dari Queen Vic ke hotel dulu, then patah balik ke Queen Vic. Dari situ baru gerak ke DFO. So kiralah berapa km berjalan nak sampai DFO. Masa ni lah nak menguji kekuatan kaki. Pastu kene ingat dah sampai DFO takkan nak duk atas bangku je. Dah sah-sah jalan-jalan pusing-pusing satu DFO tu pulak. So better naik tram ok. Jimat masa. Kami? Jangan tak tau balik dari DFO ke hotel pun jalan kaki jugak! Hihi. Selim melim kaki saya balik Mesia!





Kalau naik tram/By tram1: Tram numbers 96 and 112 stop opposite the Clarendon Street entrance of the Melbourne Exhibition Centre. Follow the walkway around the Melbourne Exhibition and Convention Centre and continue down Orrs Walk between the Melbourne Convention Centre and The Hilton Hotel. Arrive at DFO.

Nak ke DFO ada option lalu park. Suami ajak lalu park dan luangkan masa kat sini kejup.  Wahhhh cantik je tempat untuk lepak. Flagstaff Gardens. FYI, ini merupakan 'oldest park' in Melbourne. Taman tertua ni selalu menjadi tempat lunch pekerja-pekerja sekitar Melbourne City. Macam seronok je kalau hari-hari dapat lunch kat park macam ni.


Lokasi

309-311 William Street
West Melbourne VIC 3003




Entry bersambung!



4 ulasan:

  1. bestnya jalan2 kat negara orang. done follow u dear, follow mine too :) - Noob

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Terima kasih datang melawat. Done follow u!

      Padam
  2. Posting No#10 takde ke? Sebab dlm list ni ada #9 lepas tu terus #11..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Anon,
      Hahaha. Ada jugak yang perasan rupanya =)
      Betul, sepatutnya ada post tentang Istanbul Street tapi nampaknya berkubur dalam draft aje. Karangan tak siap!

      Padam