#6 Australia 2014: Day1 Part 3 | 12 Apostles


Assalamualaikum

1#Persediaan ke Melbourne
2#Berangkat ke Melbourne
3#Review Tune Hotel Melbourne
4#Day1 Part 1 : Great Ocean Road
5#Day1 Part 2 : Port Campbell National Park



Jom kita tinjau keindahan alam di Twelve Apostles pulak. Masa nak bergambar kat sini memang susah sebabnya ia mengadap cahaya matahari. Dahla cuaca memang terik berpinar-pinar mata ni. Kitoang pun main snap je. Tak nampak pun nak tengok kat skrin camne rupanya. So redha je la. Kat bawah ni rasanya the best picture yang kitorang berjaya ambil. Maklumlah bukan photographer profesional pun. Ambil gambar untuk photobook je. Balik hotel baru boleh cekidout gambar-gambar.

Nampak tak tebing ni berjujukan. Ya Allah pemandangan yang cukup ohsem. Alhamdulillah.

Inilah jujukan batu kapur akibat hakisan air berjuta tahun dulu. Tompokan batu kapur kat tengah ni tak pernah ada 12 pun. Yang jadi Twelve tu sebab Apostles biasanya 12 (dalam kitab suci mana tah), sebab itulah dimanakan Twelve Apostles. Asalnya memang ada 9 sahaja. Kini hanya tinggal 7. Satu telah runtuh pada tahun 2005 dan 1 lagi pada tahun 2007.  Dua yang depan tu dah runtuhla tu (batu-batu kecil kat pantai).

Bob dropkan kitorang semua kat sini. Dia bawa Ivy, dari Taiwan ke tempat naik heli. Anda boleh naik heli juga untuk tengok view dari atas. Bob racun-racun kitorang suruh join Ivy. Bayaran 95AUD rasanya per pax. Melonjak-lonjak nak naik. Serious taktahu ada heli kat sini, malangnya tiada peruntukkan untuk itu. So skip aje la dengan perasaan redha. Huhu. 


Ini belah luar Twelves Apostles. Bas-bas pelancong semua parking sini. Nampak tak semua berbaju lapis-lapis walaupun cuaca panas! Hehe. 





Silalah berjalan ikut trails & lookouts yang disediakan. Snap la gamba puas-puas!
45 minit berjalan nak sampai hujung. Lebih kurang 1km pergi balik


Kalau datang berempat silalah sewa kereta. Lebih berbaloi. Pastu silalah bermalam di Port Campbell ni. Memang tak cukup masa terkejar-kejar kalau ikut tours ni. Banyak tempat skip. Tak pueh cuci mata dah kene halau balik. Kalau sewa kereta confirm-confirm banyak sangat pit stop korang dari Melbourne nak sampai sini. Semua tempat pun nak ambik gambo percayalaaahhh~ sudahnya nanti dah malam baru sampai sini. Pastu nak berkejar pulak travel balik. Ingat tau highway sini bukan macam highway Malaysia. Lagi-lagi sewa kereta. Ikut had lajuuu ye kalau tak nak bayar saman. So plan sebaiknya hokey! 


Bai-bai Great Ocean Road. Walaupun letih tapi berbaloi perjalanan seharian ke sini. Hati lapang, jiwa tenang melihat keindahan alam kurniaan Allah s.w.t. Menakjubkan! Syukur sangat berpeluang dapat lihat dengan mata hati. Hihi. Sampai hotel jam 9.00pm. Esok nak ke Philip Island pulak. Bob janji nak ambil pukul 10.00AM. Malam ni tak larat dah nak keluar semula ukur tanah.



Kalau drive boleh pergi semua tempat ni...Tak sempat pergi Gibson Steps. :(

Good night people. 


2 ulasan:

  1. thanks a lot for your sharing. full with information.
    Kami nk pegi sana Mar 2017

    - Fairuze Rosali

    BalasPadam
  2. Tq. Byk info saya dapat. Macamana nak dapatkan pakej Philip Island dan Pakej Great Ocean Road. Boleh walk in je bila dah sampai Melbourne ke? Atau kena online sebelum sampai ke Melbourne? Tq

    BalasPadam