Assalamualaikum
Entry ini bersambung dari yang post yang terdahulu
[#11 Spring In Victoria 2014 : Day 4 - Queen Victoria Market, Flagstaff Gardens]
Takda idea nak cerita panjang-panjang, meh nak share gambar.
Sungguh aman damai garden ini. Rasa mahu berlama-lamaan lagi. Tapi apakan daya, tempat nak dituju jauh berkilometer lagi. So angkat kaki dan terus hayunkan langkah menuju ke DFO. Tema hari ni, jalan santai-santai aje. Jadi, Azie nak share gambar-gambar yang ada sepanjang kami jalan kaki 2.8km. Hihi. Nama tempat dengan jalan apa tak dapat nak spesifik sebab tak tahu. Huhu.
Yarra River. Menyeberangi jambatan ini dan kita dah nak sampai ke DFO. Takda Corelle & Pyrex ye di DFO South Wharf ni. Puasa je kat sini sebab tak tahu apa yang halal. Mujur ada bekal cekelat. Huhu. |
Dah selesai shopping di DFO, patah balik ke Swanston Street dan jalan-jalan singgah di LUSH Fresh Handmade Cosmetics, Shop 153 Swanston Street Melbourne. Ohhh my, they smell so gooood. |
Jalan-jalan cari H&M (Hennes & Mauritz Pty Ltd). Lokasi: Melbourne's GPO, 350 Bourke Street. H&M sini besar! Baju untuk kids kat sini HEAVEN! |
Sempat masuk David Jones & Myer di Bourke Street. Ala-ala Robinson & Istetan. NYX Cosmetics ada dalam ni :)) |
Dah penat jalan kaki dan shopping. Kita dinner pulak. Malam ni makan Nandos. Ini je restoren yang masih buka. Alhamdulillah halal. Wrap saya berharga 8.45AUD & Supremo Burger White Roll 9.95AUD. |
Sempat juga singgah di Coles West End Plaza. Coles tu macam Tesco / Giant. Kat sini kami beli chips, chocholate, biskut tradisional Australia, Anzac cookies untuk bawa balik Malaysia. Huhu. Oh satu lagi, jangan lupa beli perfumes di Australia. Murah la daripada Malaysia. Anda boleh checkidout di bawah ni. Jadi sebelum pergi survey dulu harga ye :)
1. Cosmetics Fragrance Direct South Wharf - https://cfdirect.com.au/
2. MyChemist - http://www.mychemist.com.au/
3. Chemist Warehouse - http://www.chemistwarehouse.com.au/
Nantikan episod seterusnya .
bestnye jenjalan kat tempat org...teringin.mudah mudahan rezeki akk x lama lagi,hehe
BalasPadamAlhamdulillah. Hembus-hembus sikit kat akak. Hihi. Insya Allah adala rezeki akak nanti berjalan ke tempat orang.
PadamHye nak tanye.. chips.. cookies.. brand ape yer yg boleh dibawa balik..
BalasPadamHye..alamak..alamak..tak ingat dah...
PadamOwh ye ke.. hahaha.. tak pe.. sbb dah lama sgt kan.. hihihi..
Padam