#5 Australia 2014 : Day1 Part 2 | Port Campbell National Park: Loch Ard Gorge


Assalamualaikum

Entry ini bersambung dari entry yang sebelumnya. Boleh baca di sini;

1#Persediaan ke Melbourne
2#Berangkat ke Melbourne
3#Review Tune Hotel Melbourne
4#Day 1 Part 1 : Great Ocean Road




Jam 3.30 PM gitu sampaila di Port Campbell National Park. Apa yang menarik kat sini? Di sini boleh tengok keajaiban pembentukan dan formasi batu-batan yang terjadi daripada proses hakisan. 

Kat sini suhu makin sejuk dan berangin. Almaklumlah batuk dengan seleseme memang tak boleh blah. Kesian pada ahli jemaah yang lain. Semua perasan yang Azie batuk macam nak keluar anak tekak. Ubat-ubatan memang dah bawa siap-siap. Sore throat lozanges memang siap-siap beli di 7E. Air mineral pun siap-siap dah standby dalam handbag. Bila cuaca sejuk, dada terasa sejuk bertambah-tambah la lagi nak batuk. Sian kat suami jugak yang pasrah taktahu nak tolong camne. Hahah. 

Ok lupakan kisah batukku. Uols dah ready nak cuci mata kat Port Campbell pulak? Jom cuci mata. Mula-mula sampai, eh-eh-eh apesal semak samun saujana mata memandang nih. Tengok semua orang menuju ke arah jalan yang tak tahu ada apa di penghujungnya. So kita pun just follow the crowd.

View pertama yang kitorang nampak ini. Rasa nak nanges. Ohsem sangat. Ya Allah terpegunnnnn.  Cuaca panas terik, suhu sejuk dingin, berangin sepoi-sepoi bahasa, air tengah pasang, bunyi ombak memukul batu-batuan semulajadi ni. Aduhaaaaii tak tahu nak describe the feeling. Sesiapa yang ke Melbourne, rugi sangat kalau anda tak meluangkan masa ke sini! Datanglah sini lihat kejadian alam yang sangat menakjubkan * ni belum tengok kaabah lagi *




"Port Campbell National Park ialah taman negara terlindung yang terletak di Victoria, Australia, kira-kira 190 kilometer pada arah barat daya dari Melbourne. Ia menonjolkan suatu tatasusunan cenuram yang curam yang menghadap pulau-pulau luar pesisir yang kecil, himpunan batuan, gaung, lengkungan, dan bonggol. Sebagai sebahagian Shipwreck Coast, ia memiliki sebilangan tarikan pelancong, termasuk The Twelve Apostles, London Arch (dahulu digelar London Bridge), Loch Ard Gorge, Gibson Steps, dan The Grotto" - Wikipedia

Cantik kan? Kat sini korang explore je semua lookout point , jalan-jalan kecik yang ada, sebab setiapnya akan dapat view/lookout yang berbeza. Mujurlah Bob bagi masa yang lama kat sini. Itupun tak puas sangat nak serap semua view yang indah-indah ni dalam memory. Sekarang ni pun masih terbayang-bayang lagi suasana kat sana. Pastu rasa nak tepek semua gamba kat sini.  Nak suruh korang tengok jugak. Sebab banyak sangat snap gambar kat sini.

Oklah dah berpuluh ambil gamba kat sini. Jom kita pi Loch Ard Gorge pulak. Jurang kat bawah ni la diberi nama Loch Ard Gorge yang diambil sempena nama sebuah kapal yang hanyut dan tenggelam di sekitar perairan ini setelah belayar selama 3 bulan dari England menuju ke Melbourne. Dari 54 penumpang dan anak kapalnya hanya dua yang survive iaitu Tom Pearce seorang pelatih kapal dan Eva Carmichael, seorang wanita Irish yang datang untuk menetap di Melbourne. Begitulah sejarahnya.

Loch Ard Gorge ni masih di lokasi yang sama. Kalau datang sini memang kene bannyaaaaak berjalan. Sebab kawasannya luas. Masa ni pun memang ramai sangat pelancong.  Nampak tak kat bawah ni, dari jauh dah boleh nampak Loch Ard Gorge. Fuhhh..kuatkan semangat! Berkobar-kobar ni nak turun bawah.

Akhirnya berjaya turun bawah. Nak turun bawah ni, ada tangga disediakan. Yang sakit lutut tu tak payahla berhajat besar nak turun. Tengok dari atas je. Semput jugak nih nak naik balik. Mengah-mengah la jugak. Lenguh juge jalan atas pasir ni. Tapi bila tengok view ni, aduhaaaiii hilang semua penat lelah.







Satu lagi tempat yang famous adalah London Arch atau sekarang dikenali sebagai London Bridge kerana ia telah runtuh. London Bridge is falling down, falling down, falling down. London Bridge is falling down my fair lady. Hehe. Memang tak nampak dah rupa bridge nya. Yang nampak macam pintu gerbang yang dipenuhi air sajo. Tapi view tetap ohsem.


Worth to see.  It's absolutely worth going. All praises to Allah.  Jom ke The Twelve Apostles pulak!

7 ulasan:

  1. tanks for the entry. it helps as i will be going in dec. Pls share your share your entry especially when you shop for correlle.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Eh-eh-eh macam tau tau je kita shopping corelle :)

      Padam
  2. Cantiknye... Sejuk ke sana.. Nampk cam terik.. Perlu bawak sweater x.. Ade iternary x... Nak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Afend,
      Taktau nak kata perlu ke tak bawa sweater tu. hehe. Try refer sini http://www.timeanddate.com/weather/australia/melbourne/ext

      Ada, nanti bg email ye.

      Padam
  3. Salam. Cantikknyaaa and teruja bace entry ni. Hihi. Btw, boleh tak sis share mcm mane nak contact tour agent ni. Perlu melalui Melbourne Australia tour or boleh contact personally? Diharap sis dpt membantu. Ni email saya norakmalkhairuanuar@yahoo.com . Thank u in advance!

    BalasPadam
  4. Salam Norakmal,

    Terima kasih sudi singgah dan baca rententan perjalanan kita yang tak seberapa ni. Ya Allah, GOR ni memang ohsem. Oh I miss Melbourne. Btw, kita ada share info tentang travel agent tu di sini;

    http://azyyatiliah.blogspot.com/2014/10/spring-in-victoria-2014-day-1-part-1.html

    Jemput baca ya :)

    BalasPadam