Berangkat ke Melbourne, Australia



Assalamualaikum



Selepas setahun menunggu, hari ni we ols nak terbang ke Melbourne uols! Seronok tak payah nak cakapla. Excited dan teruja! Walaupun sebelum ni dah pernah travel backpack dengan suami ke Hong Kong dan Singapura, perasaan nebes tu tetap ada. Sebabnya yang ni paling jauh sekali. 8 jam lagi baru sampai sana!

Pagi tu sebelum berangkat sempat Solat Dhuha dan baca Yassin. Dengan harapan moga-moga perjalanan ini dipermudahkan Allah. Pergi dan kembali semula ke Malaysia dengan sihat dan selamat. Bismillah.. maka perjalanan ini pun bermula. 

Alhamdulillah ayahbonda sudi hantarkan ke KLIA2. Save duit taxi, duit parking dan sewaktu dengannya. Senawang ke KLIA2 tak jauh. Mereka pun nak jalan-jalan dalam shopping mall. Sudahnya penuh satu kereta pergi hantar kami ke KLIA2. Dah terasa macam nak pergi haji pulak. Suami dah buat web check-in siap-siap pada malam sebelumnya. Harini just proceed kat drop baggage counter jer. Flight jam 1.40pm dari KL.

Di boarding hall, boleh nampak ramai je orang Melayu yang nak ke Melbourne. Wanita bertudung pun ada beberapa orang. Jadi oklah tak terasa alien. Sempat beramas mesra dengan Malaysian yang bekerja di sana. Dari Sydney, Perth, dan kini menetap di Melbourne sampai anak-anak semua bersekolah di sana. Yang sulung dah pun belajar di Monash University. Kak Dayuna ni datang Malaysia untuk holiday 10 hari sempena springbreak. Banyak juga yang kami sembang. Tentang education, keselamatan, pekerjaan dan banyak perkaralah yang kita bandingkan antara Malaysia dengan Oz. **rasa nak migrate je. TAK SEDAR DIRI **

Sempat jugak tanya pasal food yang nak kene declare. Kak Dayuna cakap dia pun buat list yang sama macam kitorang jugak. Dia siap bawa udang kering, ikan bilis, ikan kering, dan macam-macam lah lagi untuk stok kat sana. Semua makanan tu dia pack elok-elok, label dan tick la YES keterangan berkaitan yang ada dalam form **form ini akan diberi dalam flight nanti**

Sempat dia share TIPS SHOPPING dengan kami.

DFO Essendon - untuk shopping handbag, kasut, corelle. 

DFO South Wharf - untuk perfumes & t-shirt

Queen Victoria Market - t-shirt, fridge magnet dan lain-lain souvenir yang boleh beli dengan harga murah

Bourke Street Mall - David Jones & Mayers (ala-ala Isetan & Robinson gitu). Katanya lagi Papparich di sana halal. Asian Food Restaurant banyak di Melbourne Central. Coles (ala-ala Tesco) pun banyak Asian Food. Cara penceritaan Kak Dayuna tu dah macam kitorang ni baru nak pindah ke sana. Aiyoo yo! sempat ke nak pergi semua tu.

Then sampai masa boarding kami terpisah, sebab dia dah masuk awal dengan anak-anak. Kami pilih seat tepi emergency exit. Huhu. Berharap seat sebelah suami kosong. Namun harapan hanya tinggal harapan. Ada juga entiti yang pilih seat tu. Seat sebelah suami orang Malaysia juga, Uncle yang dah menetap lama di Australia. Orang Penang. Wah ramai betul orang Malaysia tinggal kat sana. Balik Malaysia untuk holiday je. Steady sangat uncle ni, sepanjang 8 jam dia tak makan dan tak minum. Crazy lah. Bila tanya, dia dah kenyangkan perut dia sebelum naik flight. Ok nampak sangat dah alah bisa tegal biasa.

Nak tahu berapa jam dari KL ke Melbourne? 8 jam duduk cokkoh dalam flight tau dak. Takboleh tidur. Suamiku yang efektif itu pergi MPH beli bahan bacaan for me. Tajuk bahan bacaanku SEKSI OVARI. Hellooo! Buku apakah ini? Baca jer jangan banyak bunyi. Suami pulak layan SUIT. Rupanya dia dah siap-siap copy drama kegemaran dia dalam fon. Suami pun tak tidur. 

DERITA betul kalau sakit masa travel. Batuk & selesema. Batuk pulak memang tahap boleh dengar satu kapal terbang. Dalam 8 jam tu habis dah semua sore throat lozenges yang Dr Nora bekalkan pagi tadi. Selebihnya berbotol-botol minum air mineral. Pastu mulalah 3-4 kali ulang gi tandas. Benci!


8 jam atas flight. Maknanya solat Zuhor dan Asar dalam flight. Kami solat duduk bagi menghormati waktu. Sampai hotel nanti kene Qada semula. Maghrib dan Isyak kami Jamak dan solat di hotel nanti.

Touch down Tullamarine Aiport jam 11.30 pm gitu. Imigresen ok je. Cop passport settled. Takda tanya soalan apa. Then ambil luggage. Lepas tu kene lalu Customs pula sebelum keluar. Kat sini diorang minta form yang kita isi dalam flight. Settled. Kitorang macam eh-eh-eh? dah selesai ke. Eh dah boleh keluar ke? Kat mana ada anjing yang besar dan tinggi paras pinggang tu? Eh takda tanya soalan apa-apa ke? Alhamdulillah sangat. Dipermudahkan semua. Mujurla bawak makanan segala. So next time pergi Oz ambil flight sampai tengah malam ye. Baru tak kene macam-macam **tak sure teori ni boleh pakai ke tidak ** 

Lepas Customs terus nampak kedai Optus. Beli simcard dan terus activate. Harga simcard di Melbourne MURAH. 2AUD untuk simpack. Reload 10AUD untuk 500MB. Murah kan? Aperlagi terus boleh chek-in kat FB la. Suami je yang beli simcard. Kalau nak pakai FB or IG, login je kat fon suami je. Rasa macam bazir pula kalau dua-dua pun nak beli simcard. Hotel pun dah siap free wifi. 

Syukur sangat, sehari sebelum bertolak, cousin inform dia boleh ambil di airport. Janji depan Park Royal Hotel. Tempat Public Pickup. Tak susah cari kereta cousin. No plat, kereta jenis apa, warna apa semua dah bagi siap-siap. So senang je cari. Terus jumpa. Alkisahnya malam tu ada cerita pendek yang agak lucu menyebabkan kiotarang sampai Tune Hotel dalam 1.30AM. Bila terkenang balik, rasa nak gelak sorang-sorang. Biarlah rahsia.


Check-in tanpa sebarang masalah, makan meggi sat, solat dan qoda solat terus tidur. Mujurla tilam empuk. Hilang sakit pinggang dengan sakit badan 8 jam atas flight. Tapi tak lama pun dapat tidur. Jam 4.45 gitu bangun semula untuk Solat Subuh. Lepas tu sambung tidur balik. Penat sangat rasanya. Esoknya dah janji dengan Bob dari Melbourne Austalia Tours untuk pickup di hotel jam 8.30 dan bawa kitorang pergi Great Ocean Road. Yay. Tak sabar rasanya. 

Beratur nak activate simcard. 

Alhamdulillah uolss. Me dah sampai MELBEN!!! 

Tengah malam. Suasana tenang dan sunyi gitu. Suhu sejukkksss. Grrrrr... 

Kalau nak naik public transport dari Tullamarine Airport ni. Naik SKYBUS. SKYBUSY operates 24/7 18AUDx2 orang = 36AUD sehala. Bila dah bayar untuk SKYBUS automatik boleh gunakan perkhidmatan Hotel Service Transfer. Tapi kene check pulak waktu operasinya. Macam kami takda harapan la nak guna sebab tiba pun dah jam 11.30 PM. 

Info lanjut mengenai skybus boleh refer kat sini --> http://www.skybus.com.au/


Kalau nak naik TAXI pun boleh. Nampak tak kat atas ni, dari airport ke Tune Hotel Melbourne dalam 21.89km. Caj lebih kurang 46.44 AUD. Tengah malam double. Jadi kalau naik teksi, kene sediakan duit secukupnya. Boleh refer kat http://www.taxifare.com.au/ atau kalau nak book taxi, boleh check --> http://www.silvertaxiservice.com.au/

So pepandaila google ye. Google je, semua info ada. Kalau rajin nak berjalan, jangan malas nak cari info :P 

Bersambung...



13 ulasan:

  1. Bestnya dapat pi bercuti ke Oz.. cousin memang menetap di sana ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faarihin,
      Student di Monash Uni. Dah nak grad Disember tahun ni.

      Padam
  2. >>>SKYBUSY operates 24/7

    Tapi Skybus operate sampai pukul 11.30pm je kan? (Bukan 24 jam sehari..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Anon,
      Itu Hotel Transfer Service. Skybus operates 24/7 to city centre. Boleh baca sini -->http://melbourneairport.com.au/to-from-the-airport/skybus/overview.html

      Padam
    2. I see...Thank you :)

      Padam
  3. Salam puan boleh bg link utk Bob tour? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Intan Suehaini,
      Sorry tak perasan. Ini linknya -> http://melbourneaustraliatours.com.au/

      Padam
  4. saya dan isteri akan ke melbourne bln dpn may22 16. ckup tak sabar rasanya.. inilah first time sy ke luar negara yg jauh. sy pilih melbourne sb suasana agak cool dan nmpak mcm europe skit.dsana sy mnetap di malaysia hall. sy pilih bln may sbb nk tgk musim autumn. terima kasih atas info2 disini.. sgt mbantu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai & Salam Jumaat
      Terima kasih sangat2 sudi singgah sini. In Syaa Allah Melbourne sangat menarik dan indah! Pasti terpahat dalam hati nanti. Orang2 kat sana pun baik2. Orang Asia pun ramai. Selamat melancong ke Melbourne ^_^

      Padam
  5. As salam... info yg sgt berguna. Tq2... btw kalau smpi still ade transport or boleh sewa kereta 🤔

    BalasPadam
  6. Byk info menarik dan sangat berguna utk saya.. Akan ke Melbourne bulan depan.. 1st time flight oversea

    BalasPadam