Serabei Cafe Putrajaya


Eh kenapa Putrajaya dah lain? Ok lama sangat tak pergi Putrajaya. Last visit 2 tahun lepas agaknya. Sebab nak naik Cruise Putrajaya. Itu pun pergi belah malam. Dekat lima enam tahun agaknya tak pusing-pusing dalam Putrajaya. Hanya sampai ke IOI City Mall je. Kali ni sebab ada urusan di Wisma Putra Putrajaya, kita ambil kesempatan untuk lunch area sini. Pernah tengok Serabei Cafe ni dalam satu rancangan di TV3. Akhirnya tercapai hajat makan tengahari di sini. Lokasinya di Ayer 8 Putrajaya. Eh banyak kedai makan & restoren di Ayer 8 ni!

SERABEI CAFE

ALAMAT
A2-G-3A, AYER @8, Jalan P8G, Presint 8, Putrajaya

Masa kami sampai takde orang. Lengang. Menjelang tengahari FULL HOUSE.

Order Nasi Kerabu Chilli Crab. Tapi waiter datang semula katanya Crab takde harini. Ooook crap! Pasrah dengan Nasi Kerabu Chicken sahaja. Harga RM10.90. Nampak sangat menyelerakan!

Elemen penting dalam Nasi Kerabu sama ada ikan celup tepung atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu, solok lada dan ulam-ulaman. Nasi Kerabu Serabei Cafe ni adalah OK. Tak cukup power. Bukanlah nasi kerabu terbaik pernah rasa. Ayam goreng dikreatifkan jadi ayam masak merah. Kerisik dan ulam-ulaman dah banyak. Telur masin dah ada. Tapi sayang tiada solok lada. Budu dan sambal (key ingredients nasi kerabu) tak terasa sangat begitu bersahaja seolah-olah tiada. Tertinggal jauh dengan nasi kerabu authentic orang Kelantan. Siapa pernah makan Nasi Kerabu di TTDI Jaya? Yang itu memang BEST. Tapi bagi orang pantai timur area Putrajaya yang teringin dan terliur nak makan nasi Kerabu bolehlah pi Serabei Cafe ni.

Laksam RM7.90

For me laksam nya juga OK. Jauh ketinggalan dengan Laksam Tok Mek authentic dari Kelantan (Tok Mek ni mak jiran kami di Seremban). Dia punya laksam memang power. Kami anak beranak dapat makan masa raya Aidilfitri atau Aidiladha sahaja. Memang bertambah-tambah dan licin sampai ke dasar pinggan. Terubat rindu laksam Tok Marang. SOBS. Key kesedapan laksam adalah kuah dan sambalnya.

Lompat Tikam RM5.00

Lompat tikam ni memang sedap! Sampai sekarang masih teringat-ingat. Susah nak cari lompat tikam yang sedap belah2 selatan ni. Orang Kelantan yang berniaga pun jarang nak buat lompat tikam. Kita berebut dengan suami. Pulut tu sikit sangat. Yang ni lima bintang!

Total makan tengahari ni RM30. Phew!
Nampaknya balik kampung nanti kena makan laksam & nasi kerabu puas-puas. Hihi.

Suami bagi tahu Serabei ni sejenis kuih dari Kelantan. Baiklah baru saya tahu. Bonda orang Kelantan tak pernah sebut pun perkataan Serabei ni...Bonda pun dah lama sangat tak ke Kota Bharu. 


Ayer 8, Putrajaya

Alhamdulillah, kenyang!

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Cikla, haaaa sila-sila. Nanti bagi review pulak. Biasalah lain orang lain anak tekak. Hihihi.

      Padam