2016, Best Ke MBK


Sawadikha...




Trip 2014, Azie dah citer tips nak ke Bangkok, cerita jelajah shopping mall & cerita pasal camne nak pergi sana situ, makanan halal segala. Kalau nak baca jemputlah pergi Homepage cari belah kiri ada tajuk "Travelogue" then pilih "Thailand : Bangkok 2014"

Dulu bilik tak payah bayar kan. Sama juga trip kali ni. Allahu rezeki. Bayar duit flight & bawa duit untuk beli-belah sampai terduduk. Yer...sabar..sabar..nak ceritalah ni.




Sebelum tu..nak menikmati pemandangan Sanam Pao dari Bangkok Patio Apartment. Berlatar belakangkan menara tongkol jagung. Lepas Subuh kul 4.46am mata dah tak boleh tidur. Bila travel mata jadi keras lain macam. Semangat dah membara nak berjalan ni. Tak sabar nak menguji ketahanan tapak kaki. Siap mandi, berbedak bagai dah wangi tapi hek eleh baru pukul 7.30am. Tempat apa yang menarik di Bangkok? MBK! Hahaha. Day 1 nak pergi MBK dulu tapi jam 10 baru buka. Jadinya lepas breakfast...golek-golek atas katil tunggu jam 9.30 am. Kematu badan nak tunggu kul 9.30am

With my ex boyfriend now husband. Ala uols janganla suspen sangat. Harusla ex boyfriend dah naik taraf jadi hubby. Dulu client Philipines. Sekarang Bangkok pulak. Untuk certain period. Dah habis project balik semula ke Malaysia. Jumaat public holiday di Thailand (birthday Queen). Bila teman serumah balik Malaysia dapatlah kami menginap di apartment yang disediakan. Phew ;)



Pagi2 kat BTS sementara tunggu MBK bukak, ada seorang aunty approach kiteorang. Masha Allah peramah level 5 aunty ni. Keluarkan buku catatan dari handbang dia..keluar pen..siap bagi address ( in Thai of course) suruh kiteorang pi tempat ni. Katanya tunjuk alamat ni kat driver tuk-tuk. Tuk2 boleh naik lima orang. Tempat ni bagus. Harga berpatutan. Semua product of Thailand. Memang kualiti dan terbaik. Chatuchak jangan pergi. Mostly barang recycle! Wah...bukan i yang sesedap rasa cakap tau. Orang tempatan yang cakap tu. Bila tunjuk alamat pada driver tuk-tuk..dia cakap...wah tempat ni betul bagus. Tak ramai tourist yang tahu...camne kiteorang semua tahu tempat ni? Terus terfikir...wah tempat apa kita nak pergi ni...macam best je...macam best je...Bila sampai je....tempat apa ni? Ni apehal suh kiteorang datang sini pulak. Yang parking sini Ferari, Mercedes. Ini kenderaan orang ada-ada ni. Tipuuuuu la ni...kata harga berpatutan.


Ni je kenderaan yang we ols mampu. Tapi muat 5 orang nih. Takdehal. Sebenarnya harga Tuk-Tuk ni kadang2 lebih mahal dari taxi. Tapi sebab taxi maximum 4 penumpang. Tuk-tuk pilihan terbaik. Tuk-tuk parking bawah bumbung. Ferrari, Merc kereta mahal sila parking bawah matahari yaaa...

Ok betul kata Aunty..barang-barang kat sini unik dan nampak kerja tangan yang berkualiti. Harga berpatutan...memang shopping kat sini esp barang yang berasaskan kayu. Thai Silk tak banyak pilihan warna. Nak bisnes Thai Silk kena cari lubuk yang betul baru berbaloi. Lubuk tak jumpa. Next trip InshaAllah.

Tengoklah perangai masing-masing. Makabah geleng kepala terus jalan laju-laju ke depan. Ish..anak siapa la nih!

Kalau ada masa azie buat 1 post bertajuk "Kehidupan suamiku di Bangkok" ok tak? Hehe


Menjejes air liur masing-masing tengok lauk-pauk ni atas meja.
Steam Rice - 20 baht sepinggan
Stir Fried Squid - 169 baht
Tom Yum / Shrimp - 249 baht
Green Curry Chicken - 129 baht
Omlet - 79 baht (telur dadar RM8 lebih oy oy fengsan!)
Mango Salad - 109 baht
Hot Thai Milk Tea - 50 baht

Total 5 orang makan di Yana Restaurant MBK 985 baht!

Juara menu hari ni dah tentulah Chicken Green Curry! Hirup sampai ke dasar mangkuk. Ish.
 *tepuk tangan*

Mekasih ayahbonda velanja makan di Yana Restaurant MBK. Mudah-mudahan makin murah rezeki mereka. Amiin. 

Sherlock Holmes in Thai! Ada tak Sherlock Holmes in Bahasa Melayu?

Tahun 2014, kiteorang ambil MBK Card ni. Dapat 10% makan di Yana. Dapat Tshirt MBK kalau tunjuk passport. Kali ni tak sempat nak collect MBK Card. 

MBK ada P R A Y E R  R O O M! Tingkat 5. Lelaki punya prayer room tingkat 6. Yay. Boleh solat dengan mudah. Dalam Prayer Room ramai orang Indonesia solat. Bonda ni demam panas masa ni. Muka dah pucat lesi macam nak pengsan masih gigih jugak nak berjalan. Ish.

Selesa. Ada sejadah. Ada telekung. Cuma tempat wuduk ada satu je. Kena bergilir2.

Punya excited cuci mata, tawar-menawar sampai lupa nak ambil gambar. Best ke MBK?MBK memang tempat shopping yang best! Senang nak akses dengan BTS, tak panas sebab aircond, berbeza dengan 2014 masa kiteorang datang (masa tu masih under renovation kot). Korang boleh cari product of Thailand di sini. Macam-macam ada. Memang rambang mata. Sebelum ke destinasi berikutnya massage kaki dulu sementara tunggu Hubby solat Jumaat di Masjid Darul Aman. Harga 400THB untuk sejam urut kaki, belakang, bahu & kepala. Memang krup krap krup krap bunyi tulang. Tukang urut cakap orang Malaysia lawa-lawa. Kembang kempis lubang hidung. Belum tengok lagi Siti Nurhaliza, Neelofa, Fazura. Barulah tak kelip mata.



Kalau nak tahu apa yang menarik dalam MBK ni kenalah datang sendiri. Naik BTS turun di National Stadium tau. Ahli rombongan azyyatiliah travel & tour dah pesan..."bawak kiteorang pergi shopping mall je" BAIKLAH. Next, Siam Paragon. Siam Paragon macam Pavilion KL. Jom!

Boleh refer link di bawah ini 👇👇👇👇 untuk Bangkok Travelog 2016 & 2014 :D
*sepatutnya link warna biru. Tapi dia tak bertukar jadi biru. Whateverlahhh*

2016

2014

2 ulasan:

  1. sonoknya lahai. and makanan tu memang buat ailio menjejes pun. menduga iman orang dalam pantang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mommy Cici,
      Alahaiiii ampunnn! Btw tahniahhhh dah selamat bersalin & selamat berpantang.

      Padam