Cara Bersihkan Peti Sejuk


Assalamualaikum

Okay, hari ni Azie nak share cara bersihkan peti sejuk supaya peti sejuk kita semua sentiasa bersih dan wangi. Sedap mata memandang :) Terima kasih Bonda sebab selalu beri ceramah panjang kalau kami main sumbat je segala makanan dalam peti sejuk. Rupanya ada teknik dan cara penyimpanan yang betul supaya makanan dalam peti sejuk sentiasa bersih dari segala macam bakteria jahat. Alhamdulillah bila dah bergelar isteri ceramah Bonda yang panjang dulu-dulu sedikit sebanyak dijadikan panduan supaya peti sejuk rumah kita sentiasa bersih & teratur. Kalau orang Jepun sangat pembersih, kenapa kita sebagai orang Islam kurang titik beratkan aspek kebersihan dalam jiwa kita. Kebersihan kan memang dititik beratkan dalam Islam. Kalau kita pergi makan kat kedai, mesti nak cari restoren yang keBERSIHannya gred A. Jadi kat rumah kita pun kena lah kebersihan Gred A juga. Ingat tau, peti sejuk jantung rumah. Tempat simpan segala makanan. Pastikan peti sejuk kita sentiasa bersih. Bukan tempat untuk biakkan bakteria. 

1. Keluarkan segala barang
Berapa kali korang bersihkan peti sejuk setahun? Better check semua barang dalam peti sejuk. Tah-tah dah expired dan berkulat pun tanpa kita sedar. Ewwww. Simpan kulat lama-lama dalam peti sejuk. Macam Azie kalau plan minggu tu nak bersihkan peti sejuk, Azie akan clearkan dulu semua bahan basah dalam bahagian freezer (masak). Sebelum bersih OFF dulu peti sejuk sebab kita buka pintu sejuk lama.

2. Buang makanan expired
Kena selalu monitor peti sejuk kita. Mana-mana yang expired tu boleh buang. Makanan leftover tak elok simpan lama-lama. Kalau dah berlendir atau berkulat dalam peti ais nanti peti ais anda pasti berbau! 

3. Cuci rak, laci dan ruang dalam peti sejuk
Keluarkan semua rak, laci rendam dalam air panas, cecair pencuci dan cuka. Macam Azie guna Basic-H SHAKLEE. Memang bagus sekali! Rak dan laci tu kemudian basuh bersih jemur dan biarkan kering. Untuk bersihkan bahagian dalam peti sejuk pun Azie guna Basic H Shaklee + Air suam. Memang mudah segala kotoran tanggal. 

4. Hilangkan bau peti sejuk
Ingat badan korang je nak wangi. Peti sejuk pun nak bau best supaya makanan terus segar dan tidak cepat rosak, terutamanya seperti ikan, daging, sayur-sayuran dan juga makanan yang siap dimasak.

Nah TIPS hilangkan bau peti sejuk

1) Guna Esen Vanilla –  Semangkuk air dan tambahkan beberapa titis esen vanilla ke dalamnya. Guna tuala bersih dan lap dalam peti sejuk dan biarkan kering.

2) Guna Sodium Bikarbonat - 2 sudu + semangkuk air, lap dan biarkan kering seketika. 

3) Guna Roti – Roti dah expired! Oppss jangan buang dulu. Guna roti sebagai penyerap bau busuk dalam peti sejuk. Letak je sekeping 2 roti dalam ruang peti sejuk

4) Guna serbuk kopi - Ini cara pilihan Azie. Azie guna serbuk kopi 3 in 1. Buka suis peti sejuk kemudian biarkan semalaman (peti sejuk kosong). Letak satu dalam freezer. Satu lagi di ruang biasa. Esoknya peti sejuk anda bau fresh dan segar! 

5. Bersihkan bahagian luar peti sejuk - Jangan lupa bersihkan bahagian luar juga. terutama bahagian pemegang peti sejuk. Mesti berkerak hitam kat situ. Heheh. Yerla macam-macam jenis tangan yang pegang peti sejuk kan. Bersihkan juga dari segala habuk. Macam biasa guna Basic H juga. 

6. Susun semula barang-barang dalam peti sejuk.
Macam Azie botol kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos Prego, peanut butter dan segala jenis sos memang letak dalam peti supaya tahan lama. Biasanya memang ada arahan pada botol SEJUKKAN SELEPAS DIBUKA. Kalau letak suhu bilik biasanya sos lebih cepat rosak dan bergas.

Buah-buahan dan sayur-sayuran Azie perhatikan Bonda memang basuh bersih dan keringkan dulu lepas balik shopping. Dah betul kering baru masukkan dalam peti sejuk. Begitu juga sayur-sayuran lobak, cili merah, cili api semua dibasuh bersih dan dibiarkan kering. Kemudia masuk dalam container kedap udara. Telur juga mesti kena siap-siap basuh sebelum letak dalam peti sejuk.

Ikan, daging dan ayam pun sama. Ikan disiang bersih. Siap marinate dengan garam kunyit baru masuk peti sejuk. Ayam pun sama dibersih dan siap dipotong. Kemudian diagihkan mengikut portion yang nak di masak. Makanan laut letak dalam container lain. Jangan dicampur dengan ayam atau daging.

Makanan dalam tin pulak kalau tak habis guna jangan simpan dalam peti sejuk. Masukkan dalam bekas kedap udara plastik atau kaca. Sebab apa? Sebab kandungannya boleh bertindak balas dengan logam dalam tin bila terdedah di udara. Bonda cukup pantang kalau makanan dalam tin sumbat macam tu je dalam peti sejuk. Mesti kena masukkan dalam tupperware then baru masuk peti sejuk. Contohnya susu pekat manis. Tuna dalam tin pun sama. Mesti kena transfer dalam tupperware baru masuk peti sejuk. Itulah fungsi tupperware kan :D



Peti sejuk ni usianya dah lebih 7 tahun. Comel je saiznya. Dah bersih baru senang hati :D

TIPS: Kalau freezer kita penuh dengan ais. Lepas cuci kita sapu garam kelilingnya. Azie dah try. Menjadi uols!

4 ulasan: