Tengahari di Jibby & Co


Assalamualaikum

Throwback lunch date bersama suami nampaknya. Pagi-pagi Jumaat yang indah ni kan T_T Sekali sekala lunch date dengan suami seronok jugak. Hari tu kami berdating tengahari di Jibby & Co di Subang Empire (paling dekat dengan ofis suami). Tak sempat pergi makan jauh-jauh. Lagipun lama dah tak ke Jibby & Co. Kami suka makanan di sini. Ni dah masuk kali ke-3 rasanya. Berbaloi dengan apa yang dibayar. Rasa pun sedap. Suasana pun best. Bila suami bayar lunch itu paling best. Hakhakhak.

Previous post;
Jibby & Co 1
Jibby & Co 2

Lunch tengahari ni kita try menu lain pulak.


Mine. Shredded Duck with house made semi sundried tomatoes & baby spinach RM29
Azie nak try Basil Pesto. Tapi takde pulak. Kreatif betul chef kat sini. Itik mix dengan pasta okeh! Shredded duck tu cukup banyak dalam pinggan. Fokus gais! Kalau nak try lain dari yang lain boleh cuba menu ni.

Chic Breakie (Poached eggs served with smashed corn, grilled zucchini, crispy hashbrowns, smoked salmon, ikura & hollandaise sauce - RM28

Telur cair kat dalam. Yang orange kecik-kecik tu nama Ikura (Salmon caviar). Rasa? Taktau camne nak describe kesedapannya. Meh sini try sendiri =)

I am coming back Jibby & Co!

2 ulasan:

  1. alamak tak reti lah nak makan sejenis makanan yang macam Chic Breakie ni -_- macam tak cukup je T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Orang perut dah maju kedepan kena makan jenis makanan macam ni.

      Padam