Salmon Grill Sedap Mudah Ringkas


Assalamualaikum

Pergi TESCO Damansara beli bahan basah. Kemain jauhkan beli bahan basah sampai ke Damansara. Dulu ketika berumah Damansara Perdana, memang TESCO Damansara lah hadap hujung minggu untuk beli bahan basah. Dah tinggal jauh pun kadang-kadang masih ke sana juga. Sebabnya barang di sana murah, fresh dan banyak barang! Saya suka. Kadang2 terserempak dengan artis.

Azie ni bukanlah seorang yang pandai masak sangat pun. Buat-buat pandai je. Hihi. Masih lagi belajar memasak supaya hari demi hari makin baik. Hari ini lebih baik dari semalam. Practise makes perfect orang kata. Tapi lauk pauk Melayu tradisional memang kelaut laaaa. Jarang boleh nak praktis. 

Orang berpenyakit macam Azie ni perlu ambil Omega setiap hari. Yeah, tentulah Omega Shaklee jadi pilihan mata hati. Salmon pun tinggi kandungan Omega. Pernah terbaca yang Salmon juga tinggi merkuri nya. Tapi takpelah sekali sekala. Nampak Salmon begitu segar membugar di Tesco jadi kita beli buat Salmon Grill.

Salmon ni rupanya jangan dibasuh dengan air begitu sahaja. Nanti lendir2 dia makin banyak keluar. Lagi teruk tekstur ikan pun akan rosak. Cara bersihkan nya dengan lap-lap secara perlahan dengan tisu masakan tu. Kemudian tabur garam, lada hitam dengan bawang putih yang dicincang halus.

Bahan-bahan

2 keping fillet salmon
Sedikit garam
Lada hitam
Seulas bawang putih cincang halus

Cara: Letak sedikit olive oil (tak letak pun takpe) sebelum grill dalam pemanggang ajaib.

Bahan Dimakan Bersama

Pan untuk grill salmon tadi, grill pulak carrot, mushroom & bawang. Sebelum grill tabur dengan garam sikit dan black pepper.

SIAP!



Salmon Grill seadanya. Yang penting Sedap & Mudah & Ringkas! Sesuailah sangat untuk orang macam saya yang tengah berdiet ni.


4 ulasan:

  1. errrrrm ,, favorite ain ni salmoonnn tuhhh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ain,
      Kalau dah feveret kena lah masak selalu kan. Kat western restaurant mahal kan.

      Padam
  2. tak pernah makan ikan salmon lagi .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mommy Cici,
      Tryla sedap =)
      Azie suka menu Salmon Carbonara di Foodsbury. Sedap.

      Padam