Assalmualaikum uols!
Siapa suka travel? Azie suka travel. Dari darjah satu dah simpan azam nak travel (terpengaruh dengan peta atlas =P) . Pastu siap simpan cita-cita nak jadi pramugari sebab boleh travel around the world!
Pasti ramai pun suka travel. Sekarang ni, backpack dah jadi satu trend di Malaysia. Ramai yang dah mula bergerak ke luar negara kan. Yang muda mudi, masih bujang lagilah kan. Panjang langkahnya. Bila ada tiket tambang murah, dengan pelbagai kemudahan seperti booking hotel online, booking kenderaan online, booking nasi lemak online.. backpack dah jadi lebih mudah. Banyak dah info berlegar di alam maya. Tinggal GALI je. Azie dan suami, Alhamdulillah diberi peluang merasa backpack.
Saja nak share tip persediaan sebelum bermusafir. Ini yang Azie dan suami buat.
1. Pilih lokasi. Lokasi semestinya selamat.
2. Cari teman backpack. Macam Azie ni, suamilah mahram Azie ketika musafir. Bila travel backpack ni pasti ada je masalah dan dugaan yang timbul. Ini la masanya nak menguji tahap kesabaran, komunikasi, kerjasama dan sebagainya. Jangan bergaduh laki bini, salah menyalahkan antara satu sama lain pulak! Kalau travel bersama kawan-kawan kena cari yang satu kepala. Kalau tak memang MIMPI NGERI.
3. Study lokasi (google map) dan maklumat tempat destinasi. Yang ni MEMANG PENTING! Suami Azie memang suka google map kan destinasi. Belum sampai sana dia dah cari jalan. Letak pin point. Tempat kita nak pergi tu ada tiket masuk ke tak. Ambil tahu lebih awal. Senang katanya. Kalau pergi dengan Travel Agent (TA), sahih tak perlu buat ini semua. Hulur sahaja wangnya, semua beres.
4. Sediakan itinerari perjalanan. Kerja-kerja siapkan itinerari ni memang tugasan Azie. Dari situ, dah boleh tahu bajet. Adjust ikut keperluan dan aktiviti. Kalau backpack kos untuk tempat tinggal, makanan biasanya akan bajet seminima yang boleh (bergantung style backpack korang macam mana). Duit kena cukup. Jangan berhutang dan susahkan travel mate yang lain. Penting itinerari ni print/emel sesalinan pada ahli keluarga. Senang untuk mereka tahu jadual perjalanan (worst case mereka tahu kita kat mana pada hari tersebut). Flight itinerari pun akan emel/wasap pada ahli keluarga jugak.
5. Beli Travel Insurance. Terasa penting bila dengar cerita suami ni. Suami cerita, kawan dia travel ke Korea satu family. Ditakdirkan umur ayahnya tidak panjang. Meninggal ketika solat di Seoul. Kos untuk bawa pulang jenazah ke Malaysia adalah RM30K lebih! Eh travel insurance cover ke kes yang macam ni?
6. Pastikan passport masih sah sepanjang tempoh travel. 6 bulan dari tarikh tamat passport dah tak boleh travel tau. Sila renew.
7. Tukar duit secukupnya sebelum travel. Money Changer kegemaran pastinya Mid Valley. Jauh jugak nak pergi..jadi kami selalu tukar di Subang Parade atau NU Sentral.
8. Travel light. Azie dan suami masih tak cukup light lagi. Hahaha. Baju memang bawa banyak, tudung dan anak tudung pun tukar setiap hari. Cuaca sejuk tapi berpeluh jugak bila dah banyak bergerak dan asik nak cepat je. Cuma macam azie yang dalam-dalam tu pi beli pakai buang (ada jual di watson). Baju, seluar dan tudung pilih material yang ringan dan selesa.
9. Bila travel bangun awal. Lepas Subuh tu mata tak boleh nak pejam dah. Bercampur dengan perasaan excited lagi kan. Banyakkan berjalan..explore benda baru sambil menikmati pemandangan sekitar. Rugi pergi destinasi jauh-jauh tapi banyak masa berehat dalam bilik. Setiap destinasi ada istimewa dan uniknya. Manfaatkan fotografi dan video. Capture setiap momen berharga. Share di IG atau FB untuk tatapan sendiri, kawan2 dan ahli keluarga. Belum tentu dapat ulang destinasi yang sama kan.
10. Bila travel tetap perlu jaga agama. Itu yang selalu bonda ayahanda pesan. Yang wajib tetap perlu dibuat. Jaga aurat. Jaga pandangan mata. Tujuan asal kita bermusafir untulk melihat agungnya ciptaan Ilahi dengan pelbagai rupa dan kejadian. Bab makanan pun sama, Islam itu mudah tapi jangan ambil mudah ^_^
11. Korang ada sedia pelan kecemasan tak? Jangan lupa salin no telefon ahli keluarga dalam buku. Simpan jugak no kedutaan Malaysia.
12. Dah balik jangan lupa share pengalaman. Dah tua esok-esok boleh baca semula. Hihi. Kalau tidak hilang begitu saja kan. Semua info atau apa-apa yang bermanfaat elok ditulis dan dikongsi. Gunakan # yang berkaitan dan bersesuaian agar kembara kita ni kot-kot la boleh jadi panduan dan semangat untuk orang lain. Rugi kalau simpan sorang-sorang. Barangkali untuk avid traveller ia perkara biasa je, namun untuk orang yang baca, belum pernah backpack, belum pernah ke luar negara pasti ada sesuatu yang bermanfaat dan boleh ambil pengajaran kan. #sharingiscaring
Semoga kita semua diberi peluang bermusafir tempat jauh-jauh. Selamat bermusafir!
Kalau korang...teringin nak bermusafir ke mana. Erkkk kawan-kawan kaki travel ada tips lain tak nak share?
Kalau korang...teringin nak bermusafir ke mana. Erkkk kawan-kawan kaki travel ada tips lain tak nak share?
good tips babe. simpan untuk future. dalam masa terdekat ni takde plan nak travel lagi T_T
BalasPadamnice info! boleh guna utk travel dlm masa terdekat nnt :D
BalasPadamBest info. Tq.
BalasPadam