Seharian Memanjakan Diri Di SPA Mayfair Bodyline


Assalamualaikum

Olla semua. Sejak balik bercuti dari Boracay, rasa macam tak sanggup nak tengok muka sendiri di cermin. Nak selfie di Instagram? Lupakan saja niat suci itu. Dahla sunburn, gelap, berminyak dan terasa banyak lopak-lopak minyak atas hidung ni. Rasa lama sangat dah tak pergi SPA untuk rawatan wajah. Rawatan badan apetah lagi. Tiba-tiba rasa macam nak pergi SPA servis muka dan badan.

Muncul lah Mayfair Bodyline menawarkan diri sebagai penyelamat! Hai, macam paham-paham aje Mayfair ni. Terdengar jeritan batinku kah? Apa lagi terus buat appointment di Mayfair Bodyline Pavillion. Seharian memanjakan diri di sana terasa diriku begitu jelita dan berharga. Hiks. Jadi Azie terpanggil untuk berkongsi pengalaman BEST lebih kurang 4 jam di SPA MAYFAIR BODYLINE di PAVILION.

Mayfair Bodyline telah berpengalaman selama lebih 31 tahun dalam industri kecantikan dan kelangsingan badan. 


Mayfair Bodyline SPA terletak di LEVEL 7, BEAUTY HALL, PAVILION KUALA LUMPUR
Dekorasi seperti spa mewah tau!

Di Mayfair Bodyline, perunding kecantikan, beautician dan kesemua mereka sangat warm, friendly dan professional. Walaupun pertama kali, terasa seperti dah berkali-kali pergi treatment

Appointment Azie jam 12 tengahari. Setibanya di Mayfair, Azie diberi borang untuk isi butir diri. Sementara tunggu dipanggil, mereka hidangkan teh herba sebagai welcome drink! Suka dapat minum teh panas ^_^

Kemudian dipanggil masuk ke bilik rundingan untuk beauty consultation dengan perunding kecantikan bertauliah. Inilah peluangnya untuk mengomel segala jenis masalah muka dan badan yang Azie hadapi tanpa segan silu. Dengan harapan akan ada rawatan magic yang akan cure kan semua masalah di wajah dan keluar-keluar spa terus cantik jelita! 


Selesai skin check, baru tahu kondisi kulit sendiri. Selama ni tak ambil tahu okeey
Skin Type: Sensitive
Skin Texture: Dehydrated
Skin Tone: Normal
Skin Problems: Open pores, black head
Treatment yang dicadangkan ialah Orkid Kit. Di Mayfair ada pelbagai treatment wajah. Cadangan rawatan berdasarkan keperluan dan kondisi kulit masing-masing.

Next, timbang berat pulak. OOHH-NO! BERAT nya.

Kemudian Azie dibawa ke satu bilik lain untuk body consultation pulak.
Masa ni mengomel pulak tentang masalah tubuh badan yang macam buah pir ni.
Harap-harap Mayfair Bodyline pakar pelansingan badan ni ada rawatan yang membolehkan tubuhku bertukar menjadi biola *wink*

Selesai analisis wajah dan badan, Mayfair mencadangkan rawatan di bawah;

 1 rawatan wajah 
Orkid Kit

4 rawatan badan
Slim Master
Vibe Kinetic Therapy (Full Body)
CLA Chili Slimming Wrap (Full Body)
Heat Blanket (Full Body)


Bilik rawatan yang privasi dan selesa. Ada muzik yang mengasyikkan. Sebelum sesi rawatan, tukar baju dulu.

RAWATAN WAJAH


Azie jalani rawatan ORCHID. Orchid ni mengandungi 18 jenis asid amino, karbohidrat, protein, minyak biji anggur, Stabilised Hyaluronic Acid, CoQ10, Shea Butter dan ekstrak Spilanthes Acmella.

 Wajah Azie dibersihkan secara deep cleansing. Blackhead diekstrak keluar dari kulit. Selama ni picit sendiri je. Hihi. Kemudian disapu Orchid Nectar ni pada wajah. Mesin di atas tu digunakan untuk urut wajah. Jangan risau mesin ni tak menyakitkan. Sejuk dan nyaman je rasa. Akhir sekali dipakaikan cooling mask.

Kebaikan Orkid
Membersihkan sel-sel kulit mati
Melembapkan wajah secara mendalam
Mengandungi Antioksidan
Membantu mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kecerahan pada kulit
Tidak merangsang atau menukar pH kulit
Melindungi dan memperbaharui sel-sel DNA
Mengukuhkan fungsi pertumbuhan semula epidermis
Memastikan kulit sentiasa licin, lembut dan anjal

Sis, bangun sis. Rawatan dah selesai.
Selesai rawatan muka. Muka benar-benar terasa bersih, fresh, lembap & glowing
Next, kita buat rawatan badan pulak. Jom!

RAWATAN BADAN

Rawatan dimulakan dengan menggunakan SLIM MASTER MACHINE.


Slim Master Machine digunakan untuk pecahkan lemak degil yang dah bertapa lama di pinggul dan paha. Mula-mula ahli terapi akan sapu sejenis cream di kaki. Rasa sejuk. Kemudia barulah mesin digunakan. Semasa rawatan kita akan dengar bunyi berdesing dalam telinga. Beautician tak dengar. Yang dengarnya kita sahaja. Kerana bunyi itu terhasil daripada proses pemecahan lemak itu tadi. Makin tebal dan degil lemak di sesuatu kawasan, makin kuatla ia berdesing. Proses ini lebih kurang 10 minit untuk sebelah kaki.

Selesai proses pecah lemak, mesin yang sama akan guna fungsi vacum dan tarik pulak lemak-lemak yang dah pecah tadi ke sistem limfa dalam tubuh kita untuk dibuang melalui perkumuhan nanti. Proses vacum ni selama 5 minit.

Selesai rawatan boleh nampak tau perbezaan kedua-dua belah kaki. Perbezaan yang macam mana... korang sendiri kena buat dan tengok hasilnya ^_^
Kalaulah sekali buat pun dah boleh rasa beza, kalau 10 kali rawatan memang kecik peha!


Kemudian Azie jalani VIBE KINETIK THERAPY

Mesin ini gunakan vibration (rasa bergegar semua satu badan, shake your bon bon...shake your bon bon..eh!) dan infra red untuk membakar kalori dengan lebih cepat, lebih efektif compare to senaman biasa. 10 minit berdiri atas mesin ni boleh membakar 500 kalori bersamaan 2 jam senaman. Sangat membantu mempercepatkan program penurunan berat badan. Sesuai ni untuk orang malas bersenaman. Meh naik VIBE-KT nih. Meh.


Seterusnya ialah CLA CHILI SLIMMING WRAP (Full Body)

Seluruh badan  disapu dengan essence cream yang diekstrak dari biji cili merah dan capsicum. Kemudian wrap ketat-ketat dengan plastik! Ini bukan plastik wrap makanan tu tau. Tujuannya untuk merangsang penguraian dan mempercepatkan proses perkumuhan lemak badan melalui peluh.

Lepas sapu cili, masuk dalam HEAT BLANKET. Dah boleh bayang tak outcome nya macam mana? Hehe. Selimut panas ni membantu melegakan otot, meningkatkan peredaran darah & reduce fluid retention. Proses dilakukan selama 30-40 minit. Masuk minit yang ke-25 Azie dah start peluh basah kuyup macam baru lepas jogging 10km! Herrghh peluh merembes keluar tak berhenti. Hazabedah jugakla duduk dalam selimut panas ni.  Tapi rasa best lepas keluar selimut. My body feels so light and refreshing. Sebab segala toksin-toksin dalam badan tadi dah keluar melalui peluh.

Selesai sudah 4 jam memanjakan diri di SPA Mayfair Bodyline

Mayfair Award

Secara ringkas, Azie memang suka dengan rawatan wajah dan badan di Mayfair Bodyline ni. Rawatan wajah yang dijalankan ke atas pelanggan menggunakan produk berkualiti dan mesin yang canggih. Jadi pelanggan tidak perlu gusar dan khuatir tau. Bila mesin canggih pastinya rawatan wajah dan badan akan lebih berkesan dan efektif! Paling penting Azie rasa selesa. Sebab beauty consultant, beautician dan lain-lain staff sangat mesra pelanggan! Itu memang tidak boleh dinafikan. Jadi Azie memang puas hati dengan rawatan dan layanan yang diberikan. 

Disebabkan Mayfair Bodyline di Pavilion ni BEST, Azie nak buat GIVEAWAY!!

Anda mahu tak RAWATAN PERCUMA dari Mayfair Bodyline?
Kalau nak, senang je

1. Follow FBIMPIAN ANGGUN; Website: IMPIAN ANGGUN

2. Komen di ruangan bawah ni dengan jawab soalan berikut;
'KENAPA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBUAT RAWATAN DI MAYFAIR?'

3. 10 orang commenter bertuah akan menerima rawatan khas secara percuma dari Mayfair

CEPAT KORANG. SENANG AJE NIH. Tarikh tutup GIVEAWAY ni pada 31 MEI 2016.

Thank you for reading ^_^

1 ulasan: