Assalamualaikum. Selamat Pagi Isnin!
Prof Muhaya Dot Com ni antara rancangan favorite Azie. Slot kegemaran sahih dah Dapur Sihat & Mudah Prof Dr Muhaya dengan Dr Hajar. Resepi yang mereka share semua ringkas dan resepi sihat. Memang kenalah dengan taste. Eh semangatnya!
Ini salah satu resepinya: Baked Eggs In Tomato Sauce. Menu ni sesuai untuk sarapan sebab heavy. Breakfast like a king. Jadi perut kenyang boleh tahan throughout the day. Untuk breakfast sesuai ambil makanan banyak protein kurangkan karbohidrat. Sebabnya molekul protein lebih panjang daripada karbo. Jadi perut kenyang lebih lama. Sebab tu geng2 Shaklee ni suka promote ESP untuk breakfast. Protein tinggi. Shake, shake..kenyang sepanjang hari. Gitu.
Baked Eggs In Tomato Sauce juga sesuai untuk #makbanyakanak. Sihat sebab banyak sayuran. Portion pun banyak. Prof Muhaya selalu sebut kalau boleh involvekan anak-anak ketika masak-masak di dapur. Macam Aleesya Haura. Si kecik tu memang suka menyibuk kat dapur. Semua benda dia nak tolong buat. Bukan tolong tengok. Hihi. Dapur pink comel dia tak nak. Habis dia punggah keluar penyejat, senduk, kuali, penapis sayur yang kat dapur letak kat bucu dapur masak jugak kat situ. Adoiii.
Pernah dengar GBOMS tak? Prof Muhaya memang suka sebut GBOMS ni. GBOMS ni perlu ada dalam menu kita setiap hari untuk kesihatan tubuh badan. Tinggi anti-oksida dan boleh bantu kurangkan risiko terkena kanser. Yerlah kita ikhtiarkan. Lagi pun tubuh badan kita ni amanah Allah. Jadi jagalah sebaiknya. Okeeeyyyy.
G - Green leafy vegetables
B - Beans & berries
O - Onions
M - Mushrooms
S - Seeds
Bahan-Bahan Baked Eggs In Tomato Sauce
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Telur 4 biji
Tomato puree
kacang kuda
Ketumbar
Terung sebiji
Serbuk lada hitam
Serbuk cili kering
Serbuk Jintan Manis
Bawang besar potong dadu. Bawang putih cincang halus. Cili kering serbuk takde so Azie buh cili api. (suami suka pedas!). Tomato, terung dengan carrot dadukan (suka hati buh carrot). Kacang kuda takde pulak. Oh yang sebahagian lagi tomato tu blend sampai hancur (suka hati jugak blend sebab takda tomato puree. Nak buat Puree..periuk NOXXA tak sampai lagi. Hiks).
Tomato: Kaya dengan sumber likopena. Likopen anti-oksida. Jadi boleh kurangkan risiko untuk dapat kanser. Tomato yang dimasak pulak lebih baik berbanding dimakan mentah.
Buh sesudu minyak zaitun, then tumis bawang merah, putih & cili atas dapur. Kemudian masuk carrot, carrot dah lembut sikit masuk terung & rempah ratus tadi macam jintan manis, serbuk cili, serbuk lada hitam. Nak bagi cepat layu bahan-bahan tadi pinch kan sedikit garam. Kalau budak-budak tak boleh makan pedas letak sikit je serbuk cili tu. Kemudian masukkan tomato & tomato blend (rempah ratus tadi tu untuk balance kan rasa macam tomato). Air dah kering. Tutup api buh dalam mangkuk macam ni. Pecahkan telur. Kalau oven besar macam Prof boleh masukkan terus je kuali tadi dalam oven. Oven besar baked dalam 8 minit (suhu 200C).
Tadaaaa. Siap! Tabur daun ketumbar a.k.a coriander. Boleh cicah tortilla (yang ni jenama Mission. Halal & tiada MSG) atau makan dengan roti. Nyummmss! Selang dua hari berikutnya suami request nak lagi...
Nampak ok ke? Oklah kan. Selamat mencuba =)
bahan bahanya pun dah tahu sangat healthy. >,<
BalasPadamsaya pun suka sngat ngan resepi prof muhaya..very healthy..nnti nak try lar resepi nie..
BalasPadam