Kidz And Creme, Setia Alam - Kepunyaan Aaron Aziz


Assalamualaikum



Pernah dengar Kidz And Creme


Lokasi / Alamat 
5, Jalan Setia Dagang
U13/AK Sunsuria 7th Avenue
Setia Alam

Waktu operasi / business hours

Isnin : TUTUP
Selasa - Khamis : 12pm - 9pm
Jumaat - Ahad: 12pm - 10pm

Tel untuk event/ reservation: 03-33588289


Tau tak siapa pemilik restoren ni. Dah tentulah aktor fofular masa kini Aaron Aziz dan isterinya yang cantik, gojes ayu berhijab tu, Diyana Halik. 


Ini adalah cerita tertunggak yang dah basi. Tapi rasanya masih tak salah dan tidak terlewat nak berkongsi dan menghebohkan cerita -D Lagipun Azie dah lama sangat tak update untuk slot Azief JJCM


Alhamdulillah, Azie berkesempatan untuk lunch date dengan suami di sini. Lokasinya tak jauh dari Setia Alam City Mall. Jadi, kalau jalan-jalan shopping di sini boleh pertimbangkan untuk singgah di Kidz And Cream. Mana tahu anda bertuah dapat jumpa Aoron Aziz dan isteri!!


7th Avenue ni kawasan baru. Lot-lot kedai bentuk cermin kaca macam di bawah ni. Nampak esklusif dan mewah gittew. Jadi tempat ini sangat sesuai untuk private event. Boleh call no tel di atas. Masih banyak lot-lot kosong dan masih belum dibuka. Kalau orang datang kawasan ni pun mayb sebab restoren aktor terkenal Aoron Aziz!


Semua sedia maklum Setia City Mall ni jauh dari bandar Kuala Lumpur tapi berdekatan dengan Meru. Makanya sebelum datang jauh-jauh tu call dulu. Kang jadi sia-sia datang restoren ditutup untuk private event. Selalulah usha Instagram mereka untuk info terkini.


Inilah Kidz & Creme. Tempat terhad. Datang waktu peak hour silap-silap beratur kat luar dulu. So sebelum datang boleh call & buat reservation.

Hmmmm, nak try apa ye azyyatiliah? 

Carbonara Mushrooms & Turkey - RM19.90

Mee Rebus Special - RM23.90

Nutella Cheese Tart - RM14.50 Gulp! *telan air liur*

Carbonara Mushrooms and Turkey SESUNGGUHNYAAAAAA, ia sedap tapi tidaklah sehingga menjilat sudu garpu. Banyak restoren tempatan lain yang offer menu seperti ini. Jadi pada Azie OK aja dong.


Mee Rebus Special. RM24 hinggit hokey. Mahalkan? Apa yang special? Ada udang besar bertenggek atas mee rebus dengan daging bertulang dalam mee rebus tu. Rasa? Alahai sangatlah mengecewakan. Mee Rebus Aunty Shamsiah lagi ohsem!!! Errkk siapa Aunty Shams? Jiran mak azie. Kiki. Kalau kenduri atau event mesti jamu dan tempah mee rebus Aunty Shams. Kuahnya pekat just nice dan terasa sangat kemanisan udang & daging. Yang penting very rich dengan daging tetel. Ohhhh my....Ingat ye lain orang lain lidahnya, maka lainlah rasanya. 


Nutella Cheese Tart yang beharga RM14.50 sekeping ni memang MENGGONCANG IMAN. Ini adalah signature dessert mereka. Alhamdulillah sangat sedap dan berebut dengan suami! Redha je la. Orang-orang Bangi, boleh dapatkan Nutella Cheese Tart di Gloria Jean's Coffe's di Bangi Gateway.

Minuman pilihan adalah Choc Indulgence RM14. Recommended.


Total adalah RM72.00 untuk 2 orang. 


Banyak lagi pilihan menu yang ada dan boleh cuba. Teringin. Nanti sharelah apa menu yang dah korang cuba ye.



2 ulasan:

  1. Menariknya design kedai-kedai kat situ. Restoran Aaron nampak kelasssss. Harganya pun,...tapi OKlah kalau nak tukar selera sekali sekala kan,..

    BalasPadam
  2. ops, mahal yer. sekali sekala nak rasa bolehlah, kalau selalu, boleh kopak. hihihi

    BalasPadam