BUKIT GAMBANG RESORT CITY : SAFARI PARK


Assalamualaikum




Pernah pergi Bukit Gambang Resort City?


Azie first time nak pergi. Bukit Gambang Resort City ada dua theme park; Water Park & Safari Park. I pilih Safari Park. Dah tua-tua baru nak pergi zoo kan. Asik-asik mengadap handphone & laptop je, jadi moh kita tengok binatang pulak. Sebenarnya pergi ni pun kebetulan ada promosi katanya. Harga tiket biasa untuk warganegara Malaysia RM28. Yang promosi RM21 setiap orang. Jadi oklah cuci mata bawa Aleesya Haura tengok binatang pulak. Sebab katanya di sini ada WHITE LION!


Sila sampai awal kalau taknak menapak jauh-jauh. Sebab parking untuk Water Park dan Safari Park di tempat yang sama. Dan kebiasaanya manusia yang pergi ke Water Park memang ramai! Sebelum masuk, uols akan di selongkar handbag dan sebagainya. Makanan, roti, air semua tak boleh bawa masuk dalam tau! Senang cerita, tak boleh bawa masuk makanan luar. Kalau kena rampas ambil, masa keluar boleh mintak balik. Hihi. Kiteorang terlepas juga beberapa makanan sebab mereka tak check stroller! Bawah stroller kami penuh makanan dengan air. Kikiki.


Kesimpulannya Safari Park ni masih lagi under construction. Tiket terlalu mahal, mungkin maintainance tinggi agaknya. Binatang banyak juga tapi masih ada cage yang kosong. Boleh tengok Bird's Show & Animal's Show. Suami nak compare show kat sini dengan show kat Disneyland HONG KONG. Memangla tak terlawan! Dua konsep yang berbeza. Azie suka Bird's show tu. Pandai mereka latih burung-burung tu. Boleh mengeja, boleh buat kira-kira, boleh tiru suara orang. Kalau nak derma duit burung yang terbang pergi kutip duit kat tangan uols! Sesambil tu bolehla ambil gambar.


Safari Park ni ada 2 zone; WALKING ZONE dan TRAM DRIVE-through ZONE. Walking Zone boleh dan sesuai bawa stroller sebab kawasan macam segiempat kat dalam tu dan mesra stroller. Ada banyak aras, bertingkat-tingkat. Boleh lenguh jalan kaki! Semua berbumbung, kalau hujan takjadi masalah. Ada tempat makan disediakan. Ala-ala mini food court. Ada  juga jual jagung in cup untuk kunyak-kunyah. Ada jual mineral water dan sebagainya. Tandas bersih. Surau tak sure kat mana. Kami Qasar & Jamak je sebab travel dari Seremban. Solat di luar sebab jam 3.30 gitu kami dah gerak keluar. Malas dan boring pulak nak tunggu sampai malam. 


Oh sebelum lupa sini ada unta jugak. So tak payah pergi padang pasir! Boleh naik unta kat sini. Kalau rasa jauh nak menapak ke main entrance, boleh naik tram. Tapi bayaran RM2 dikenakan. Takla sampai entrance, masih perlu menapak ke depan. Overall ok je. Kalau nak datang better datang lepas Zohor gitu and boleh stay sampai malam. Sebabnya malam pun ada aktiviti menarik. 



Hi, sayalah Azyyati Liah. Hiks.

Hi, saya Aleesya Haura

Pose manja Aleesya

Tengok tu, pantang nampak camera.

Terkejut tengok mama pegang kepala kerbau yeee

Seee. See. Mana ada buffalo gigit orang. Putih berseri lagi giginya!




TIPS: Kalau korang jauh better cari pakej-pakej murah dan bermalam di sini. Pergilah masuk Water park sekali. Pastu jalan-jalan cari makan di Kuantan ni. Barulah berbaloi datang jauh-jauh. Jangan lupa cuba nasi kukus sedap di Kuantan ni. Ada 2 tempat yang sedap. Nasi Kukus Mama di UIA Kuantan dan Nasi Kukus Juna di Jungle Foodcourt. Marveleeeess!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan