Cheesesteak SEDAP di Grease Cheesesteak Shah Alam


Assalamualaikum


Entri pembukaan untuk tahun 2015 adalah entri tentang MAKAN!

I love food. I'm a foodie.

Suka nak cuba makanan yang diusahakan oleh orang tempatan, bumiputera dan yang penting LOKALAH! 

Restoren pilihan kali ni 
.
.

RESTOREN GREASE CHEESESTEAK di Shah Alam

Lokasi/Alamat/Adress
1-10-1 Presint Alami 
Persiaran Akuatik
Sek 13 Shah Alam

Waktu Operasi: ISNIN - AHAD; 6pm-12am

Tip: Belakang TESCO Shah Alam dan berdekatan dengan Pusat Akuatik Shah Alam





Berkonsepkan Western...

Menu: Starters, snacks and salads, ada burger & cheesesteak, ada nachos, pasta and pelbagai desserts. And ada chicken wings uols!

Dah ready nak cuci mata?


Oh oh tee dee depan kedai makan dulu

Laaaa rupanya JJCM TV3 pernah datang sini dah

Kalau datang awal seawal jam 5.59PM macam kiteorang ni bolehla nak pilih2 seat. Kalau datang lewat-lewat, memang full house, silap-silap korang balik saja. Datang semula esok pulak. Better buat reservation ok? Camane nak buat RSVP? Emel diorang ni --> greasemy@gmail.com


Dah duduk, order siap-siap, pergi bayar kat kaunter dulu, baru bergambar-gambar ye

Pertama kali datang sini kami order;

Texas Chilli Cheesesteak - RM20
Spaghetti Meatballs - RM17
Hot Mocha - RM7

Makanan pun dah tiba, marilah kita makan. Skip lunch untuk dinner kat sini tahu. 


Uols, berbaloi datang sini sangat! Tak payah pergi US dah kalau nak makan cheesesteak ni. Meh datang sini aje. Thumbs up! Yang penting HALAL. Owner orang Melayu uols. 

“Cheesesteak adalah hidangan ringan sama seperti burger tetapi menggunakan roti roll yang panjang, kepingan daging stik yang dicincang segar, serta digaul bersama campuran bawang karamel, garam, lada benggala dan dilimpahi dengan hirisan keju serta sos keju istimewa." - KemangiPontian





FYI negara asal makanan ini ialah dari Philapedia, US. Lepas makan terus kami cop sebagai salah satu tempat makan western sedap di Shah Alam.


Azie akan kembali semula untuk rasa Hot Chicken Wings Nachos Chilli Cheese Greasy Messy Burger pulak! 


Grease Cheesesteak mu tunggu aku nak datang lagi nih!


Yang ada instagram sila Follow mereka di sini 

Mana tahu mereka sedang adakan promosi atau diskaun!

Selamat menjamu selera -D




Tiada ulasan:

Catat Ulasan