Kempen CPUV Nuffnang


Assalamualaikum

Morning semua. Dah breakfast ke. Azie pagi ni saja-saja check kempen CPUV Nuffnang tu . Tengok-tengok ada 12 semua tengah 'On Going'. Azie masih lagi hijau dalam dunia blogging masa kini. Tapi melalui blogla pernah menang Grand Prize Pakej Percutian ke Awana (masa tu kene review tentang Awana) menang pakej percutian ke Genting Resort, menang praduan anjuran Castrol , jemputan movie primier dan beberapa lagi. Dah lupa. Semua tu kenangan manis masa jadi blogger aktif 6 -7 tahun lepas.  Asalnya blog tu diwujudkan nak berkongsi tentang persiapan perkahwinan, langsung bersambung jadi blog 'kutip semua contest yang ada' Kaut semua!! Hihi. Tak lama pun aktif dalam 2 tahun agaknya pastu stop takda masa nak update sebab tuntutan kerja. Balik rumah dah penat. Tidur lebih penting! Blog lama guna Wordpress. Wordpress tak benarkan pasang Nuffnang. Masa tu hanya guna Google Adsense sahaja yang mana bayarannya dalam USD.  Honestly Azie suka wordpress sebab more user friendly dan macam-macam widget best boleh letak di blog. Wordpress lebih secure. Sebelum lebih panjang melalut cerita zaman dulu kala meh nak cerita apa yang Azie faham tentang Nuffnang ni.


Apa itu Nuffnang
Nuffnang merupakan syarikat pengiklanan digital yang memberi peluang kepada blogger untuk menjana pendapatan. Aktif menganjurkan aktiviti untuk Nuffnangers.


Kempen CPUV (Cost Per Unique Visit)
Ia dikira berdasarkan unique visit. Unique visitor (disemak melalui IP Adress. Setiap laptop ada IP Adress berbeza. Senang cakap first time orang sampai ke blog anda. Kali ke-2 dia datang tak jadi unik dah). Jika orang-orang / pembaca baru je yang sampai ke blog anda setiap hari, maka tinggilah jumlah kutipan di CPUV ni. Sejak aktif berblog beberapa bulan kebelakangan ni (hmmm rasanya bermula September paling banyak 21 entri), adala beberapa kempen yang Nuffnang bagi. Tak pernah lagi hantar tiket pada Nuffnang *sebab taktahu nak tanya apa! hahah* Apa yang Azie buat, hanya update survey setiap hari, pastikan update entri setiap hari. Gitu la. 



Kempen CPC - Cost Per Click 
Lubuk mengumpul duit.  Blogger diberi RM0.25 per click.  Akan dikreditkan setelah iklan tamat. Maka yang datang ke blog Azie tu, jemputlah klik banyak-banyak ye. Hihi. Azie pun akan klik jugak di blog-blog orang lain jika blogwalking. Dunia blogger gitulah caranya nak bersedekah dan buat amal jariah :p 



Ok takat ni tue ajelah yang kita tau. Hiks. Kalau ada yang lain lagi, nanti Azie share lagi okeh. 

Persoalan:
Kadang-kadang blogwalking tak keluar pulak iklan Nuffnang tu. Ada logo je. Blog sendiri pun. Ada siapa tahu sebab apa? Kalau tahu sudilah kiranya berkongsi ye. Thanx in andvance. *mayb ni boleh jadi tiket untuk tanya Nuffnang, hihi*


Sekian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan