#11 Hasil Pelaburan di Bangkok


Assalamualaikum


Ini entry tertunggak. Azie masih berhutang cerita Bangkok tau. Sebenarnya cerita Bangkok tak habis lagi. He he he. Ambil masa nak habiskan semua. Ada yang tanya Azie shopping apa di Bangkok, Thailand? Nak beli apa di Bangkok tu? Nah, tuuu diaaa...Bawah ni hasil-hasil pelaburan di Pasar Chatuchak & Siam Paragon. Sempat I beli Pandora untuk kenangan diri sendiri. 


Eh, ini belum semua lagi ni...ada lagi!




Duit poket bawa RM1000. Itulah untuk makan di Bangkok, untuk transport, untuk tiket-tiket masuk yang berbayar dan untuk beli belah barang di atas! Best kan. Barang-barang di atas tu majoriti adalah untuk souvenirs. Yang sebenarnya tak cukup, pergi tukar lagi RM500 di MBK Money Exchange. Jadi RM1500 lebih kurang +- Yang berbalut kertas tu teko. Untuk Bonda. Bonda saya ni teko collector. Hahaha. Pergi Melbourne dapat teko, pergi Bangkok pun dapat teko. Untuk diri sendiri? Pandora dan H&M Long-sleeved Jersey Top.


FYI, even harga barang-barang di premium supermarket (ala-ala cold storage di sini) pon jauh lagi murah daripada di Malaysia. Kalau ada duit lebih jangan lupa beli toiletries. Kebanyakkan jenama di Malaysia datang dari Thailand. Boleh borong colgate, facial foam, pen, kertas, syampoo and Nutella Choc half price daripada Malaysia ok.


Office wear murah beli di Platinum Mall. Memory kad jauh murah di Pantip Plaza sebelah Platinum Mall. Barang perhiasan rumah, pinggan mangkuk, fridge magnet, Tshirt semuanya di Pasar Chatuchak. Serius MEMANG MURAH!


Sabun 100% handmade ni BEST GILER! 
Sama best macam LUSH. 
Menyesal sangat beli 1 biji je. 
Cari di Pasar Chatuchak.


Beli di Suvarnabhumi Airport RM70+

Suvarnabhumi Airport adalah shopping heaven untuk alat makeup dan perfumes yang dibawakan oleh KING POWER. MasyaAllah banyak sangat pilihan dan jenama antarabangsa yang tiada di Malaysia. Boleh nampak stewardess shopping kat sini. Nak beli mascara ni, terpaksalah I tunggu diorang ni semua dah settle barulah boleh pergi usha. Tak sure jenama ni ada di Sephora atau tidak. Rasanya ada.  Kebetulan mascara sedia ada dah expired, jadi NARS adalah jenama seterusnya untuk dicuba. Azie pakai mascara jika cuti solat or untuk ke kenduri, raya atau hari-hari istimewa. 


Review: Nampak bulu mataku panjang semulajadi. Tapi tak mampu nak kalahkan bulu mata Che Ta. Tak comot dan tak berketul. Kalau nak tanggalkan perlu gunakan makeup remover. Kalau guna air, bulu mata jadi keras dan susah untuk ditanggalkan. Kesimpulannya i lioke it. 


Akhirnya duit baht tinggal 150 baht sahaja. Duit terakhir tu kami beli kekacang perisa tomyam yang sedaaaaap GILER kat sini. Phew, sampai habis licin duit baht. InsyaAllah next time nak datang lagi. Lepas ni nak ajak team shopping datang sini. Barulah seronok menghabiskan duit!


Pssst, kalau korang datang Bangkok shopping apa? Care to share? Nanti tinggalkan di ruangan komen ye. Mana tahu next time datang boleh cari.. Tq -D


Musafir seterusnya adalah pada January 2015. Lokasinya di mana? Tungggguuuuu....



6 ulasan:

  1. Wah. Azie! Memang shopping sakan :)
    Barang2 pakai/hari kita setengah harga di sana? Bestnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe, tuela jakun sebab murah. Tapi orang lain siap bawa trolley bag untuk shopping. Lagi meriah.

      Padam
  2. As salam...

    1st time nak pegi bangkok.,,kat mana boleh beli baju branded yg murah? nak stay area mana yg senang public transport ...terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Scomi ECM,
      Bangkok memang syurga beli belah. Boleh cari di MBK, Siam Centre, Centre World, Terminal 21 pun banyak pilihan. Pasar Chatuchak, pasar wajib singgah.

      Cari tempat yang dekat/boleh jalan kaki ke BTS

      Padam
    2. ok..terima kasih yer....nak stay area maner yg dekat dgn tmpt2 ni ?.... :)

      Padam
  3. Kita nk beli makeup kt sna, nk bawa malaysia.
    Kat mana ye nk pegi?

    BalasPadam