#44 Masjid Kobe Masjid Pertama di Jepun & Naan Inn






Dari Himeji kita ke Kobe. Kobe bermaksud 'Gate of God'. Suami bercadang nak bersolat di Masjid Kobe, Jepun. Masjid Kobe sangat istimewa dan unik. Memang kiteorang teringin sangat nak jejakkan kaki di dalam Masjid Kobe. 


Cara pergi Kobe dari Himeji

Station Himeji ke Station Kobe Sannomiya
Tambang 970 yen seorang


10 minit jalan kaki dari Yamate exit, Sannomiya Station ke Masjid Kobe




Jika kita baca sejarah, Jawatankuasa Islam Kobe mula kumpul derma untuk bina masjid di Kobe dari tahun 1928 daripada komuniti Islam Kobe ketika itu yang terdiri daripada India, Tartar dan Turki. Akhirnya pada tahun 1935, Kobe Muslim Mosque berjaya dibina dan merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid Kobe pernah dirampas oleh Tentera Imperial Jepun tahun 1943. 


Ketika Perang Dunia ke-2 meletus, Jepun telah menyerang Pearl Habour di Amerika Syarikat. Rentetan daripada itu, dua biji bom atom telah dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki. Ketika itu, Kobe juga terima kesannya. Tanah Kobe jadi rata kecuali Masjib Kobe ini tetap teguh berdiri. 


Lebih istimewa Masjid Kobe dilindungi Allah SWT daripada bencana gempa bumi The Great Hanshin yang amat dahsyat pada tahun 1995 yang telah mengorbankan lebih 4,000 nyawa yang sebahagian besarnya penduduk di Kobe. Hampir 100,000 bangunan musnah teruk. Tanda kebesaran Allah SWT untuk manusia berfikir.



Sebahagian besar penduduk yang tinggal berdekatan Masjid Kobe beragama Islam. Ketika kami sampai di sini, Azie berjumpa dengan Japanese Muslimah yang pakai tudung labuh dan berjubah bawa anak-anak dan masuk solat dalam masjid. Mula-mula agak terkebil-kebil juga tengok. Dia tersenyum manis je. Tiba-tiba datang rasa segan sebab kita berseluar. Mujurlah jugak pakai kemeja labuh paras lutut. Ada juga wanita Jepun yang tidak bertudung. Rupanya seorang Islam bila dia masuk dan solat dalam masjid. 



Ruang solat lelaki yang sangat indah. Lampu chandelier yang sangat besar, karpet merah sangat menyerlahkan suasana dalam masjid. Tingkap masjid ni menyebabkan cahaya matahari yang masuk jadi warna jingga sebegini. Arkitektur masjid ini ada ciri-ciri tradisional turki. Teringat Masjid Tokyo Camii di Tokyo. Juga bercirikan masjid di Turki. 




Menuju ke ruang solat perempuan. Mata tak lepas memandang pohon sakura yang sedang berkembang mekar tepi masjid :D




Kobe Muslim Mosque. Jika ke Kobe luangkan masa datang solat di sini okeh. Masjid Kobe ni dah berusia lebih kurang 89 tahun.



Pada awalnya tak perasan tempat ni tempat pengumpulan sampah. Selamba je lalu tepi dan berdiri lama-lama sebelum nak melintas jalan. Sebab takda bau langsung. Kenapa? Cara pengasingan sampah rakyat Jepun memang tip top. Sampah diasingkan ikut kategori, yang kotor dibersihkan dan dikeringkan dulu. Kalau tengok tiada lendiran atau cecair yang keluar dari plastik sampah. Setiap plastik diikat kemas. 


Teringat tempat pengumpulan sampah berdekatan rumah azie ni. Jauh panggang dari api! Sekilometer dah bau sampah dengan lalat berterbanganđź’† Tak payah tengok tempat pengumpulan sampah. Tengok jiran-jiran berdekatan sudah. Tong sampah masing-masing. Ya Rabbi. Tak tau lah macam mana diorang ni ikat sampah.



Menyelusuri jalan-jalan di Kobe. Jarang-jarang berselisih dengan manusia. Apatah lagi kenderaan. Sunyi sepi kawasan ni. Tapi tak perlu risau sebab Jepun bebas penyamun, tiada mat rempit dan tiada warga asing. Huhu.



Selesai solat kami makan di Restoren Halal di Kobe. Naan Inn. Menu India Pakistan. Restoren ni dekat dan berhadapan masjid. Tempat duduk tepi tingkap boleh nampak Masjid Kobe ni. Kebetulan pulak tiada menu ala carte hari kami datang. Mereka open untuk buffet sahaja sebab dapat tempahan dari beberapa buah bas untuk makan. Sebab kami berdua je, maka kami diterima. Alhamdulillah rezeki. Hahha. Bayar harga buffet (tak ingat harga) dan makan sampai lebam. Naan memang sedap. Rasanya itulah yang kami ulang dua tiga pat kali makan. Dia pulak masak panas-panas hantar ke meja. Air kami diberi sebotol air coke. Bukan peminat air sejuk dan bikarbonat. Jadi minumlah separuh gelas je. Lagi sedap kalau dapat air panas.



Thank you note daripada pelancong-pelancong yang kebanyakkannya Malaysia. Tiba-tiba nampak nama Zizan Razak.



Wajib makan nasi seround dulu. Perut lapo. Lepas ni nak menapak lagi.



Roti Naan cicah kuah tak pasti nama. Yang pasti sedap yakmat! Kami berdua je yang ada dalam restoren. Segan pulak nak ulang banyak kali ambil makanan. Huhu.


Kobe kan terkenal dengan Kobe beef. Tapi tak nampak satu pun kedai Kobe beef halal. Kecewa betul. Pergi Kobe makan makanan Pakistan. Sis redha. Area masjid ni ada kedai runcit halal. Boleh singgah untuk beli barang sebelum pulang :D



Tiada ulasan:

Catat Ulasan