Ayam Kampung Velodrome


Ramadhan Kareem!

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan. Di kesempatan ini saya nak mohon maaf jika ada khilaf antara kita. Semoga Allah permudahkan ibadah puasa pada tahun ini. Mudah-mudahan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna dan dipenuhi dengan amal ibadah di dalamnya. Itu azam saya. In Sha Allah.

Ceria betul hati semalam menyambut kepulangan cinta hati dari perantauan. Sempatlah jalan-jalan cari makan sebelum Ramadhan. Antara tempat kami cuba semalam ialah Ayam Kampung Velodrome! Fuh fuh fuh nama kebabom. Bila dengar perkataan velodrome terus terbayang pusat latihan lumba basikal negara dan juara basikal dunia Azizul Hasni Awang yang terkenal dengan gelaran 'The Pocket Rocket Man'. 

Apa kaitan velodrome dengan ayam kampung? Haha. 



Hari ni Azie nak review tempat makan Ayam Kampung Velodrome Dpluze Cyberjaya. Jika anda berada di Cybeyjaya dan berdekatan dengan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) silalah pergi makan atau berbuka puasa di Restoren Ayam Kampung Velodrome. 


Lokasi restoren dalam Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya. Belah luar Dpulze berdekatan dengan Plan B dan Coffee Bean.


Pilih-pilih menu
Set nasi Ayam Kampung Butter RM19.90
Set nasi Ayam Kampung RM12.90

Harga berpatutan sebab ayam kampung bukan ayam cucuk :D


Semalam kami cuba menu 'AYAM KAMPUNG BUTTER' set. Masha Allah. Rasanya sangat perfecto! Terbaik. Masih terasa keenakannnya di dalam mulut ni. Butter diserasikan dengan telur masin (salted egg). Set terdiri daripada nasi putih, gulai, sambal belacan, ayam butter beserta air.

Selain itu, ada juga menu 'AYAM KAMPUNG" set. Ada ikan bakar dalam menu makan malam. Ada juga satay yang hanya ada selepas jam 3 petang. 

Sepanjang bulan Ramadhan restoren beroperasi dari jam 6petang sampai 3 pagi kalau tidak silap.

Tak puas makan. Nanti kami datang lagi nak try ikan bakar dengan satay pulak. Terima kasih kerana sediakan hidangan yang lazat & berpatutan. Terbaik dan wajib cuba uols.

1 ulasan: