#10 Japan Cherry Blossom Day 2 : Masjid Tokyo Camii & Shibuya




Di Jepun waktu solatnya lebih awal berbanding Malaysia. Tengahari sudah masuk waktu Zohor. Kalau anda berada di Tokyo, rugi tak ambil peluang tunaikan solat di Masjid Tokyo Camii atau dikenali dengan Turkish Culture Center. Ada juga yang panggil Masjid Tokyo. Yang penting Masjid Tokyo Camii merupakan masjid TERBESAR di Japan. 

Macam mana cara pergi Masjid Tokyo Camii?

Lokasinya di Oyama-cho berdekatan Shibuya. Stesen train terdekat ialah Stesen Yoyogi-Uehara. Hanya 5 minit jalan kaki dari stesen. 


North 1 Exit Gate. Keluar gate belok kiri turun tangga ke bawah. Akan jumpa tempat parking basikal bertingkat. Kalau ikut google maps akan lalu kawasan-kawasan rumah klasik seperti di atas. Jalan pun agak sunyi (kami tak ikut jalan utama). Wayar elektrik berlingkar-lingkar di atas kepala. Macam biasa kiri kanan bersih tidak jumpa sampah.

Lebih kurang 5 minit berjalan nampak Masjid Tokyo Camii. Lega sangat. Dari luar rupa masjid seperti masjid di Istanbul. Kelihatan ramai umat Islam sedang menziarahi masjid. Rupanya hari ni hari Jumaat. Penduduk tempatan baru selesai solat Jumaat dan sedang makan minum ringan dalam masjid. Ketika kaki melangkah masuk dalam masjid, jumpa rakyat Malaysia, Indonesia, Brunei, Arab dll. Terlupa sekejap berada di Jepun.


Terpegun melihat keindahan ruang masjid. Lampu chandelier besar menyinari ruang masjid. Khat dan ukiran warna warni di kubah masjid menyebabkan tak puas mata memandang. Seolah-olah berada di Turki (walaupun tak pernah sampai Turki lagi). In Sha Allah panjang umur murah rezeki kita kembara Turki pulak. 


Tangga ke tingkat atas menuju ruang solat wanita. Tangga berpusing. Sempit je ruangnya.


Selesai solat ambil beberapa keping gambar untuk kenangan. Pemandangan dari ruang solat wanita. Azie perhatikan ada juga yang bukan beragama Islam masuk Masjid Tokyo Camii semata-mata untuk melihat keindahan senibina masjid ini. Mereka berselendang tutup kepala dan duduk di penjuru sambil mulut ternganga dan mata melilau-lilau kiri kanan atas bawah melihat ukiran masjid. Dengan suara perlahan mereka bersembang. Sayangnya tak faham bahasa apa yang diperkatakan.


Kubah Masjid Tokyo Camii yang indah dan warna warni.


Gilir-gilir solat dengan suami sebab jaga barang. Beg yang banyak sebelah Azie tu kepunyaan ibu-ibu dari Indonesia. Mereka dengan yakin tinggal sahaja beg di situ. Heheh. In Sha Allah di Jepun memang selamat. Cuma kami berdua sentiasa lebih berhati-hati. Belakang Azie ni ada tangga turun ke bawah tempat ambil wuduk untuk wanita. 



Dari Masjid Tokyo Camii, kami pergi Shibuya. Turun di Shibuya Station. Sampai Shibuya hujan dah mula renyai-renyai. Shibuya merupakan salah satu daripada 23 bandar utama di Tokyo. Di Shibuya 'Center Gai' tempat pejalan kaki antara yang tersibuk di Japan. Susah nak dapat gambar di Shibuya sebab crowded dan cuaca pulak tak mengizinkan. 

Shibuya dikelilingi bangunan gergasi. Dapat bayangkan waktu malam pasti indah dengan limpahan neon bergemerlapan. Gitu. Orang kata Shibuya juga merupakan tempat yang paling 'colourful' waktu malam di Japan.

So kami naik Starbuck untuk dapatkan view dengan lebih jelas. Masuk Starbuck penuh gils dengan manusia. Menyelit sikit-sikit akhirnya sampaila dapat duduk depan cermin tingkap. Barulah nampak dengan jelas Shibuya Crossing atau Lintasan Shibuya yang sangat terkenal di Japan. Kebetulan cuaca hujan. Semua berpayung jalan laju-laju melintas seolah-olah cendawan warna warni sedang bergerak. Rugi pergi Jepun tak menikmati lintasan Shibuya. 'Shibuya Crossing ranks among the busiest pedestrian crossings on Earth'. 

Sebelum keluar Starbuck kami beli flask Starbuck 'Tokyo' sebagai kenangan. Sebab designnya cantik dan sangat melambangkan Tokyo. Flask sangat praktikal ketika travel. Senang nak buat air panas. Satu sachet sukup untuk penuhkan satu flask. Memang berbaloi-baloi. Dah dapat yang starbuck, flask dari Malaysia kami wakaf kat guesthouse. Huhu. 


Hachiko Memorial Statue dibina untuk memperingati Hachiko yang setia.

Kisah Hachiko begini. Hachiko nama anjing milik seorang profesor di Universiti Tokyo. Setiap hari Hachiko akan tunggu tuannya di Stesen Shibuya sehingga satu hari pada tahun 1925 profesor tersebut tidak pulang-pulang. Tanpa diketahui Hachiko, tuannya telah mengalami pendarahan otak sehingga maut. Hachiko yang tak tahu, tuannya sudah mati tetap tunggu di Station Shibuya hari demi hari sehinggalah 10 tahun lamanya menunggu kepulangan tuannya yang disayangi. Kisah anjing yang tidak kenal putus asa ini akhirnya mendapat perhatian dan tersebar di kalangan penduduk tempatan, nasional dan menyebabkan ramai orang pergi melihat sendiri Hachiko di Shibuya Station. Akhirnya tahun 1935 Hachiko mati di Shibuya Station ketika menunggu tuannya pulang. Kisah tragis ini akhirnya tersebar ke seluruh dunia malah difilemkan dalam sebuah filem Hollywood lakonan Richard Gere. Filem Japanese version Hachi-ko 1987 orang kata lagi touching to the max. 

Masa kami sampai tempat Hachiko, ramai yang beratur nak ambil gambar. Termasuklah akak-akak dari Malaysia dan Indonesia. Hehe. Lepas snap sekeping gambar Hachiko kami terus gerak pergi Tokyu Hands department store yang terkenal di Jepun. Tokyu Hands tempat best untuk cuci mata. Macam-macam barang yang rare dan unik ada dalam Tokyu Hands. Istighfar banyak-banyak. Mujurlah poket nipis. Akhirnya kami beli Kai nail clipper dan gunting Titanium (yang dapat best design award) di sini. Harga setiap satu dalam RM40-RM60. Masuk bahagian kitchen tools lagi lah heaven. Macam-macam gajet dapur yang kecil comel dan sangat praktikal di dapur yang tiada di Malaysia. Ikutkan hati nak beli semua-semuanya. Mampu nangis bucu dinding jerla tengok. 

Perut dah berkeroncong *usap-usap perut* Lepas ni nak pergi Roppongi cari makanan halal. Ada restoren halal Yakiniku baru buka. Katanya ex-PM kita pun pernah makan di situ. Ayuh kita pergi!


Di mana-mana ceruk Japan pun akan jumpa vending machine sebegini. Walaupun cuaca sejuk dingin mencucuk tulang, Japanese tetap juga nak minum air sejuk dan makan airskrim. Hmmm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan