Translate

No-No-NO!

Resepi Ayam Goreng Berempah Juadah Kegemaran Berbuka Puasa


Ahalan Wasahlan Ya Ramadhan. 7 hari sahaja lagi Ramadhan bakal menjelang. Para ibu dan suri keluarga sibuk menggali semula resepi-resepi lama. Saya pun sama.

Semua resepi power-power. My resepi simple dan ringkas sahaja. Resepi Ayam Goreng Berempah juadah kegemaran berbuka puasa. 

Bahan-Bahan

Ayam kampung
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Chilli flakes
Daun kari
Kicap manis
Garam

Cara-cara

1. Basuh bersih ayam kampung. Toskan.  Lap sikit dengan tisu penyerap minyak. 

2. Satu sudu besar serbuk kunyit, satu sudu besar serbuk kari. Satu sudu kecil kicap manis & sedikit garam. Taburkan sedikit chilli flakes (ikut kepedasan masing-masing). Akhir sekali tabur daun kari. Gaul rata dan perap sebentar. Daun kari beri bau yang sangat menggiurkan. Azie buat ulam daun kari ni. Cicah budu a.k.a sos bilis. 

3. Hampir waktu berbuka boleh goreng.

Makan panas-panas dengan nasi putih. Simple dan menggunakan bahan-bahan yang mudah je. Anak bujang pun boleh buat :D


Oh no😰 Tengoklah minyak untuk menggoreng. Banyaknya. Satu hal pulak nak sental kuali besi tu.

Nampaknya kena bertukar kepada Diamond High Quality Non-Stick Wok Frying Pan. Frying pan yang bersaiz besar ini cuma RM41.67 sahaja. Kerja membasuh pun jadi mudah.






LAZADA dengan baik hati meraikan kedatangan Ramadhan dengan menawarkan jualan sehingga 90 peratus MARHABAN YA RAMADHAN bermula 19 Mei - 25 Jun. Jangan lupa jenguk-jenguk website LAZADA sebab FLASH SALES jugak tau. Jangan terkesima tengok harga yang ditawarkan Lazada. Hihi.

Happy Cooking & Shopping!

No comments:

Post a Comment