#14 Japan Cherry Blossom Day 3 : Akihabara Electric Town


Akihabara atau Akiba terkenal dengan pelbagai kedai elektronik dan syurga buat penggemar anime dan manga. 

Cara pergi Akihabara dari Okachimachi, naik Tokyo Metro Hibiya Line for NAKA-MEGUIRO (subway). Dari stesen Naka-Okachimachi turun di stesen Akihabara. 

Nampak Megacomplex Yodobashi-Akiba. Agaknya inilah yang orang duk sebut-sebut Yodobashi. Yodobashi Akiba buka setiap hari. Marilah kita masuk dalam tengok apa yang menarik.

Operation hours: 9.30am - 10pm 

Floor Guide. Ada 9 tingkat uols. Kami nak usha aras 3 dan 4. Tapi bila tengok perkataan HANDBAG lajak terus sampai aras 7 #prayforhubby Hehe.

1F Cell Phones, Computers, Tablet Accessories, Memory Counter, Apple Store

2F PC Parts, PC Software, PC Accessories, PC Books, Printers, Fax Machines and Phones, Digital Writing Goods, Suitcases

3F Film Camera, Digital Cameras, Video Cameras, Watches, Brand Goods, Film, Camera Accessories, Cosmetics, Watch Repair, Souvenir Corner, Tourist Corner

4F Audio Visual Goods

5F Heating and Cooling, Kitchen Appliances, Appliances, Emergency Lighting/Goods, Hearing Aids

6F Games, Toys, Instruments, Bicycles, Music, Adult Software

7F Various Shops (Bookstore, Music Store, Glasses, Formal Wear, Handbags, etc)

8F Food Court and Game Corner

9F Golf Store, Driving Range, Batting Café


Isk isk isk. Macam-macam barang dalam nih. Kalau anda cari akesori camera, gopro, laptop, phone mailah sini. 



Tempting betul tengok Louis Vuitton ni. Ada tax free 8% + card credit visa 5 % (memang murah dari Malaysia). Ada duit extra silahlah beli ;D

Kebetulan Japan sedang cuti spring break. Tourist pun mula membanjiri Jepun sempena Sakura. Berduyun-duyun orang masuk Yodobashi menyopping. Azie rasa Yodobashi agak mahal sedikit berbanding BIC Camera. BIC Camera tempat shopping barang elektronik dengan harga berpatutan 👍 

Selain Yodobashi Akiba, anda boleh pergi;

Softmap (used cameras, laptop, CDs and software) 
Laox (specializing in musical instruments)
Yamada Denki (LABI specializes in personal computers, pc accessories and household electronics)


Beratur dan sentiasa beratur. Semua tempat pun beratur. Naik bas, nak masuk kedai makan, nak naik train. Segalanyalah beratur dengan elok tak perlu kalut & kusut


Parking basikal berbayar. Di Jepun memang banyak parking basikal berbanding parking motor dan kereta :D



Kecundang nafsu bila tengok strawberry segar yang merah. Merecik air liur. Harga dalam RM15 sepaket. Tak sure mahal ke murah. Beli dulu. Lepas bayar, terus pi basuh buah tepi jalan dengan air mineral yang kami bawak, pastu masuk dalam mulut. Ngap! Perhhh. Manis. Pastu setiap petang sebelum balik mesti beli strawberry masak ranum ni balik bilik (kopak duit). Tak mampu nak tahan :D


Meluru masuk bila nampak bangunan Don Quijote. Namanya dah disebut-sebut sebelum sampai ke sini lagi. Masuk jap tengok apa yang menarik dalam Don Quijote. Rupanya ada jual penjagaan diri, pakaian, beg anello, trolley bag, makanan, minuman, barang elektrik, peralatan dapur sampailah stokin warna terang benderang cute-cute ni pun ada. Harga 3 helai RM40. Gulp! 


Terjumpa pulak gang gang Japan street go-cart. Geram je tengok mereka naik go-cart pusing Tokyo. Seminggu sebelum tiba di Tokyo kami PM di Facebook diorang ni untuk book slot. Nak naik dari Odaiba waktu malam. Dah terbayang-bayang nak pakai costume Sailormoon. Tapi apakan daya, fully book. Nangis jela ceruk dinding. Salahkan diri sendiri sebab lambat bertindak. Kalau nak try street go-cart sila book awal-awal bagi mengelakkan kekecewaan seperti kami. Duit untuk go-cart kami dah reserve, jadi boleh buat duit SHOPPING! 😈

Oh sebelum terlupa. Perlu ada IDP (International Driving Permit) untuk naik go-cart. Buat siap-siap di JPJ. Next ke mana kita ni......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan