#8 Japan Cherry Blossom Day 2 : Harajuku & Yoyogi Park




Kalau pergi Tokyo wajib pergi tempat-tempat menarik dan terkenal sekitar Tokyo Metropolis seperti Harajuku, Shinjuku, Shibuya, Akihabara, Asakusa. Kalau tak pergi memang rugi. Nanti Azie kongsi satu-satu.

Dari Haneda Airport kite pergi Harajuku dulu naik Hamamatsucho Monorail. Kebetulan ada promo boleh beli flat rate 500Y. Dari Haneda nak ke Harajuku sepatutnya 690Y. Tiket beli sendiri di ticket machine.



Turun di Harajuku Station. Boleh tahan ramai manusia di sini. Harajuku Station mula digunakan pada tahun 1906. Tengoklah senibinanya. Memang tak jumpa ciri-ciri klasik zaman dulu seperti ini pada station lain. Station train lain dah canggih manggih rupanya. 

Dapat juga ambil gambar buat kenangan. Selepas ini Station Harajuku akan dibina semula dengan rupa bentuk station yang lebih futuristik supaya dapat menampung bilangan pengunjung yang akan datang pada tahun 2020 sempena Olimpik di Tokyo nanti. Masa kami pergi ni pun tengah rancak construction sana sini. Pening kepala nak exit. 

Apa yang menarik di Harajuku?

Ada Yoyogi Park (cherry blossom spot) dan Takeshita Dori (Takeshita Street). Ayuh!


Pusing Tokyo City lebih mudah bila guna IC Card. IC Card fungsinya untuk bayar train, subway, bas, teksi, coin locker dll (fungsi macam Touch & Go). Ada 2 jenis yang popular di Japan. Pasmo dan SUICA. Apa beza antara Pasmo dan SUICA?


Nah study kat sini.

i. PASMO
ii. SUICA 

Dah study buatlah pilihan. Kami pilih SUICA Card. Harga kad 2,000Y (Deposit 500Y, credit dalam kad 1,500Y). Perlu topup untuk tambah nilai. Pertama kali kami topup 3000Y. Memadai untuk pusing Tokyo selama 6 hari. Setiap kali nak naik train/subway pilih laluan yang bertanda IC Card. Touch dan terus masuk. Kalau beli card ni harga lebih murah berbanding beli ticket di ticket machine.

Selain guna Suica Card (macam touch & go card) untuk pusing-pusing area city, korang boleh guna;

Tokyo Subway Ticket (valid untuk 9 Tokyo Metro Lines & 4 Toei Subway Lines)
24 jam - 800Y 
48 jam - 1,200Y
72 jam - 1,500Y
*from the first time the ticket is used

ataupun

Tokyo Metro 24-hour ticket dengan harga 600Y hanya untuk 9 Tokyo Metro Lines

ataupun 

Common One-day Open Ticket for Tokyo Metro dan Toei Subway  harga 1,000Y (expired date stated on the ticket)

*harga untuk kanak-kanak sila google :)

Tudiaaa, nak jalan dalam Tokyo City sahaja kemain banyak pilihan pass. Mana yang sesuai tengok balik pada itinerary dan bajet masing-masing. Buat kira-kira sendiri mana yang berbaloi. Pastu boleh decide mana nak ambil. 


Lengkap dan padat. Best Jepun ni sebab kebanyakkan station ada escalator. Kiteorang memang naik escalator dan lif. Mudah untuk ibu bapa yang bawa stroller. Informasi pun diberi selengkapnya. Tidak le turun train je info teruih ada depan mata. Tinjau-tinjaula untuk cari info. Kalau tak sure kami tanya pada penjaga station yang beruniform lengkap. Smart habis. In Sya Allah diorang akan tolong.


Pintu masuk Meiji Jingu Shrine. Perasan tak, Japanese jalan tepi-tepi masuk shrine. Tourist jalan tengah-tengah. Kalau tak silap kita kena jalan tepi-tepi. Tengah tu laluan untuk Tuhan mereka lalu. Teringat uncle-san yang peramah kami jumpa di Kobe station. Katanya Japanese ada banyak-banyak-banyak Tuhan! Semua benda ada Tuhan.


Ayuh tengok Sakura di Yoyogi Park. Ketika ni Tokyo masih belum full bloom. Tengoklah masih ada ranting sahaja. Berdebar nak tengok pemandangan di Yoyogi Park. Harap-harap adalah pokok sakura sepohon dua yang dah berkembang.


Mak-mak pagi-pagi dah tolak stroller bawa anak untuk berhanami. Hana bermakna 'bunga'. Mi bermakna 'lihat' :D

Yoyogi Park belum full bloom.

Akhirnya. Akhirnya. Pertama kali seumur hidup bertemu 2 mata dengan sakura. Bukan sakura plastik macam di Malaysia tu. Ya Allah, terujanya! Dapat sentuh. Dapat belek-belek. Dapat bau (takde bau pun). Yoyogi Park menjadi saksi pertemuan kami dengan sakura. Di sini boleh tengok banyak sangat pohon sakura sedang berbunga mekar indah bak kayangan.

Yoyogi Park terletak antara Meiji Jingu dengan Harajuku. Boleh diakses dari Harajuku atau Shibuya. Yoyogi Park boleh tahan besarnya. Menjadi tumpuan pelancong ketika musim sakura cherry blossom untuk berhanami (pesta melihat bunga sakura).  Alhamdulillah masuk percuma. 

Rujuk pada wiki, ada lebih 305 jenis pokok sakura di Jepun. Perlu dikongsi juga di sini, yang bunga sakura ini untuk dinikmati bersama. Sakura mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan rakyat Jepun. Oleh itu, elakkan aksi-aksi ekstrem seperti panjat pokok untuk ambil gambar, patahkan ranting bawa balik nak tanam di Malaysia, petik bunga bawa balik Malaysia or apa-apa lah. JANGAN!

Salah satu misi ke Jepun nak tengok dan nikmati keindahan sakura (cherry blossom) sudah tercapai. Yay! :D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan