Vietnam 2015: Shopping di Ho Chi Minh City



Selamat pagi Malaysia.


Alhamdulillah selesai sudah episod bercuti di Vietnam, Ho Chi Minh. Telah selamat kembali ke Malaysia. Dalam banyak-banyak sesi travel, trip inilah yang paling penat and letih fizikal dan emosi. Sebab apa? Sebab objektif ke sana adalah SHOPPING! Sebelum terbang macam-macam hal berlaku. Hari nak balik pun macam-macam hal berlaku.


Asalnya berdua sahaja ke sana. Tiket murah kami booked setahun yang lalu. Tapi disebabkan Puan Yati kita ni, keadaan kesihatannya tidak begitu baik, diajaknya suami tersayang join sekali. Suami kesayangan I pulak awal-awal memang tak available (khuatir perlu terbang ke luar negara juga kerana tuntutan kerja), maka kita ajak ayahbonda ke sana.


Esok awal paginya dah nak berangkat. Saja-saja pujuk suami ikut sama. Flight dengan hotel bila kita cakap nak sponsor sempena birthday dia, terus dia setuju. Untungla birthday bulan September. Pffftttt! Rabakla jugak duit poket sebab perancangan di saat-sat akhir!  Petang tu barulah terheges-heges book tiket (mujur masih ada) dan hotel (alhamdulillah masih ada) untuk suami. Passport suami pulak tinggal kat rumah. Haiyaaaa. Dah alang-alang tu suami masuk ofis apply cuti. Cari pulak money changer kononnya tak cukup bawak Dong. End up urusan semua selesai 12 tengah malam. Penat nak fengsaaaaan!! Esoknya subuh-subuh dah nak bangun ke epot. 


Kat aiport pulak berlaku insiden kat boarding gate. Insiden apa? Insiden kene tahan dengan security sebab saiz luggage. Hahaha. Keluar duit lagi untuk pos luggage kosong ke Vietnam. Adoiii. Kata nak bajet. Ni memang terlebih-lebih bajet ni. Bila kedekut sangat inilah jadinya. Sampai Vietnam checkin, masuk market. Kena pegang, kena tarik, bergaduh mulut lagi. Hilang pulak sabar dalam market tu. Belum lagi kes kene tipu. Haihh. Belah malamnya bergaduh manja pulak dengan penjual kat pasar. Stress giler shopping camnih dan memang penat! Ikutkan hati taknak dah datang Ho Chi Minh lagi. Time nak balik epot bergaduh manja pulak dengan driver teksi. Ini gara-gara hotel buat hal. Dah bagitau kiteorang nak pergi airport jam 5pm. Jam 6pm masih tak memunculkan diri. Memang tak cool ok. Betul-betul menyusahkan. Sebelum tu, hujan lebat ya amats, takboleh shopping siap banjir kejup depan hotel kat District 1 ni. Akhirnya kami tahan teksi yang kebetulan lalu depan hotel. Tapi harga memang kena sembelih. After nego-nego baru dapat harga berpatutan. Kelam kabut sampai epot, flight pulak buat hal delay 2jam sebab KLIA2 jerebu teruk. And finally kite sampai di rumah 4am. Sumpaaah penat ya amats. 


Mujurlah tidak kami berdua aje yang pergi. Taktahu camne nak harung semua keadaan ni jika hanya berdua. Perancangan Allah itu lebih cantik. Bersyukur sangat ramai yang nak ikut dan ahli-ahli rombongan semua ohsem-ohsem belaka. Hilang rasa penat kat situ. Luggage pun maksimum kami penuhkan 55kg untuk 6 orang. Sesungguhnya Ho Chi Minh penuh dengan SCAM! Tak suka. Harga mereka jual di market memang tak masuk akal betul. Memang perlu tawar-menawar. Penjual pun tak berapa mesra alam. Muka masing-masing garang belaka. Hati kene kental. Barang-barang pun tak murah sangat. 


Dulu Tshirt tak bertulang (gred rendah) boleh dapat harga RM5 atau RM6. Kini, dalam pasar paling murah anda akan dapat RM10. Pasar malam depan BenThanh lelong boleh dapat RM7. Tshirt bertulang (kualiti) harga buka mereka RM50. Gila ke apa? Lepas tawar dapatlah RM18 paling murah. Beli belah dalam RM lebih jimat dan menguntungkan berbanding belibelah dalam Dong. Disebabkan kami bawa Dong banyak, maka sangatlah rugiiii di situ. Dong untuk makan dan teksi sahaja. Hotel perlu bayar dalam USD. Selebihnya semua belibelah dalam RM. Ingat RM!



Details tunggu next entry.

Till then wassalam.


16 ulasan:

  1. ehehe memang rambang mata la jadinya gini kan..

    BalasPadam
  2. Salam sis... kalau boleh tahu bile ye sis pergi sini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur Maizzati,
      September 2015. Sampai Msia je terus tulih entry ni. Gitu.

      Padam
  3. Assalamualaikum...wr...wb...Tuan/Puan Perkenalkan kami Bogalakon Tour sebuah Company yang memberikan perkhidmatan tour groud handing di beberapa tempat favorit lawatan.
    Insyallah,driver & tour guide kami santun,jujur dan mesra yang selalu akan bawa anda ke tempat kawasan favorit Bandung,Jakarta,Bogor.
    Bagi Tuan/puan yang hendak bercuti ke Bandung,Jakarta,Bogor city Tour dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung,Jakarta dan Bogor,boleh hub kami:
    Pin BB : 265577D0
    Call : +6285722 692 692
    WhatsApp : +6281220 375 375
    Facebook: Dicky Bogalakon{dicky.bogalakon@facebook.com
    Email: bogalakontour@gmail.com
    Insyaallah dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik.
    Terima Kasih.

    BalasPadam
  4. Assalam sis..pg dgn ejen ker pegi sdri

    BalasPadam
  5. Sis kt sane kalau nk beli kt night market tu boleh ke guna rm

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    BalasPadam
  7. Salam pelancongan dari kami melancong murah baloi ><
    Kami menyediakan pakej pelancongan ke Ho Chi Minh, Korea, China, Indonesia dll dgn harga yg berbaloi dan diyakini.

    Anda berminat?? Sila hubungi 017-5367426 (insyirah)
    FB : melancong murah baloi
    IG : melancong_murah_baloi
    terima kasih :)

    BalasPadam
  8. hahahhaha... mmg mahal giler kalau tshirt tu bukak harge RM50! thanks sangat for the info ya... :)

    BalasPadam
  9. Mohoh melawat blog sy..penjimatan @ pulangan tunai bagi setiap pembelian shopping online anda..

    BalasPadam
  10. Kak klu byr guna RN kn sdiakan wang kecil ke atau dia ada duit balik.

    BalasPadam