Dinner In The Sky Malaysia



Selamat pagi. Lama dah usha-usha Facebook Dinner In The Sky Malaysia. Kononnya mahu surprisekan suami dengan makan malam unik lagi mendebarkan kerana tergantung di udara setinggi 150 meter dari muka bumi . Sambil-sambil itu bolehla fefeling melihat pemandangan indah Petronas Twin Towers dan Menara Kuala Lumpur. Boleh menikmati birds-eye view bandar KL. Cool dan mewah sangat bunyinya. 



Event ini dikatakan berlangsung selama sebulan bermula 1 - 31 August 2015. Cepat-cepat register emel kononnya untuk jadi priority list. Register dulu yang penting walaupun harga taktahu lagi. Tapi sayang seribu kali sayang diberitahu semua seat SOLD OUT in just 48 hours. SOBS. Yang tinggal seat untuk sorang sahaja. Bukan couple seat. Nak feel cemana cenggitu?? 



Makkk oi tingginya! Sangat menakutkan iniiii..



Semua angan-angan terbang melayang sangat bila dapat tahu harga tiket RM599 per seat! Kalau nak pergi suami isteri dah sah-sah RM1K ++. FENGSAN. Kemain mahalnya. Camane nih. Ini betul makan malam untuk orang kaya ja nih. Orang kaya lama dan orang kaya baru ajerla yang dapat merasa pengalaman istimewa ini. 



Sedikit info, Dinner In The Sky pertama kalinya dibuat di Brussels, Belgium pada tahun 2006. Sejak itu ia telah mengembara ke lebih 40 buah negara. Telah dipilih oleh Forbes sebagai satu daripada 10 restoran yang paling luar biasa di dunia. 



KL telah menjadi lokasi pertama bagi Asia Tenggara. Event unik lagi mendebarkan jantung juga pankreas ini dianjurkan oleh 2Spicy Entertainment. Di KL, ia telah disahkan selamat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia. So no worries. Kalau berlaku malapetaka juga semua itu adalah ketentuan-Nya.



Lima hidangan mewah bertemakan Eropah Moden disediakan khas oleh Chef De Marc Fery di Hilton Kuala Lumpur dalam dua sesi setiap malam. Menu untuk vegetarian juga ada. Anda mesti tertanya-tanyakan, halal ke tidak menu-menu yang disediakan ni?



Hidangan westernnya halal. Hidangan vege pun halal. Menu telah diteliti dan dipilih dari katerer rasmi, hotel Hilton Kuala Lumpur. Kesemua daging yang dipesan dari hotel ini datang dari sumber yang Halal dan disembelih mengikut prinsip-prinsip Islam. Pembekal dan pengeluar mereka diluluskan secara sah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). - Says.com




Berbelit tulang lidah nak menyebut nama menu ni
Bunyinya mewah betul. Kehkeh.



Kecuali minuman cocktail mereka mengandungi alkohol






Venue Dinner In The Sky KL di Menara Kuala Lumpur Carpark



Camne mereka angkat platform ni?

Gunakan kren. Pengunjung diikat pada kerusi abah-abah istimewa sebelum dinaikkan sehingga 50 meter di atas tanah. Kerusi boleh berputar untuk membolehkan pengunjung melihat pemandangan bandar. Saiz platformnya 5 meter x 9 meter . Hanya mempunyai meja , kerusi dan platform bekerja untuk kakitangan.



22 orang naik dalam satu masa dan mengambil masa kira-kira satu jam untuk dinner dan 45 minit untuk dessert . Total masa di atas lebih kurang sejam 45 minit. Pastikan anda tidak tercirit atau nak buang air kecil sepanjang tempoh tersebut. kalau tak memang haru birula kat atas tuuuu.



Tetamu mesti berada dalam kesihatan yang baik dan bebas daripada masalah sakit belakang, sakit leher, patah tulang, pembedahan yang baru dijalankan, dan tekanan darah tinggi. Wanita mengandung tidak dibenarkan untuk merasai pengalaman Dinner in the Sky. Sabar ye preggy mommy.



Hanya pelanggan berumur 18 tahun ke atas dengan ketinggian minimum 145cm dan berat maksimum 150kg sahaja yang dibenarkan masuk. Tapi AWAS, tak sesuai untuk Acrophobia (takut ketinggian). 



Harini 2 September. Check email, Dinner In The Sky dilanjutkan lagi sehingga 30 September 2015!!! Dengan poyonya laju-laju check tarikh yang available. Tapi...SOBS.SOBS. SOBS. Harga naik lagi jadi RM699! Lupakan ajelah hasrat nak surprisekan suami. Tapi nak try jugak konon-konon booking. Camne nak booking?
Pergi ke http://dinnerinthesky.com.my/ klik pada BOOK NOW





Now harga dah jadi RM699 untuk seorang





Orang kaya boleh preorder lagu dan pertunjukkan lampu oleh KL Tower =P 




Anda yang berpoket tebaaal, cecepatlah book sebelum terlambat. Waktu-waktu lain kebanyakkannya dah SOLD OUT. Waktu yang masih available kebanyakkannya jam 6pm dan 11.59pm (tengah malam weh). Bukan senang nak merasai pengalaman makan malam yang epik lagi mendebarkan macam ni. Tak tahula mereka continue atau tidak untuk bulan berikutnya. Ada yang sanggup datang dari Singapore untuk menikmati acara unik ini. Dasyat kan. 








Kredit: Google


Bagi yang rasa harganya terlalu mahal macam kiteorang ni, mohla kita cari restoren yang lebih berpatutan. Biarlah tidak epik pun, asalkan poket selamat. Hehe. Abam oh abam, kita belanja makan di Restoren Sambal Hijau Sungai Penchala ajerla. Aci tak??




6 ulasan:

  1. Hehe comel... tq for sharing the info!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Suzu,
      Hihi. U 're welcome. Kalau berpeluang naik atas tuu jangan lupa share ur experience ya =)

      Padam
  2. Wow.. Info yang padat.. Saya dah pergi untuk review makanan kat sini., Memang terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. En Roy,
      I is jeles!!! Makanan amacam? sedap ke? Rasa2 berbaloi tak habis kan duit kat sini?

      Padam
  3. Sekarang dinner in the sky ad buat pakej 'drinks in the sky's hrga 120 per person. Nk tau lebih lanjut bole contact 0183650198(ms Kay)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnyeee. Affordable price tuh walaupun minum sahaja :D

      Padam