Siapa yang tak suka sate kan. Kalau dulu-dulu Sate Kajang yang selalu disebut-sebut. Sate Hj Samuri. La ni dah pelbagai jenama muncul. Sate Willy, Sate Tulang dan sebagainya. Pernah dengar dak Sate Sri Subang, Jalan Kuang ni? Penduduk sekitar mesti pernah dengar agaknya. 1st time makan satay ni masa jamuan Aidilfitri kawan suami di Desa Coalfield beberapa tahun lepas. Masuk aje mulut macam perhh sedap gila. Dengan kuah kacang yang pekat sedaaap menusuk kalbu tu. Bila riki-riki katanya tempah dari gerai sate di Kuang.
Cubaan pertama nak makan satay Sri Subang Jalan Kuang ni gagal sebab kedai tutup (cerita beberapa tahun lepas jugak). Cubaan kedua berjaya tapi sesak dan padat terlalu ramai orang. Parking pun takda. Terpaksa parking jauh. Paling tak best kene tunggu begitu lamaaaa baru dapat makan (cerita beberapa tahun lepas jugak). Kali ke-3 datang beli untuk jamu tetamu yang datang adhoc. Pun lama gila suami tunggu sampai naik kebas kaki. Lepas sejam lebih baru dapat. Tetamu pun dah nak balik. Memang tak seswaaaiii.
Setahun...maybe lebih agaknya tak ke sana. Baru-baru ni teringin nak makan sate Sri Subang ni. Kali ni pergi hampir-hampir nak Maghrib. Orang pun tak berapa ramai. Rupanya banyak perubahan dah. Dah ada surau. Dah ada bangunan baru 2 tingkat kat tepi tu (yeke tu mereka punya?) Alhamdulillah rezeki orang berniaga sate. Kalau sedap satenya majulah perniagaannya kan. Membakar sate tetap dengan cara manual.
2 orang 20cucuk! Kemain banyaknya. Yerla orang takde pun lama tau tunggu sate ni siap. Alang-alang order lebih. Takhabis boleh bungkus ikat tepi bawak balik! Kuah kacang tu 3 mangkuk memang TAKCUKUP. |
Harga sate secucuk 80sen. Naik harga dah. Kalau SEDAP ok je! Ayamnya juicy. Sate daging pun tender dan juicy Ada jugak yang liat. Nasib-nasib. |
Mee Bandung SEDAP! Macam makan di MUAR |
Warga Sungai Buloh, Paya Jaras, Kuang, Saujana Utama, Puncak Alam bolehla nak pi makan kat sini. Yerla nak pergi cari Sate Willy kat Kajang tu jauh sangat pulak. Sate Sri Subang ni dah cukup sedap dah untuk orang-orang Sg Buloh. Kalau kebetulan berada di Kuang bolehla singgah makan =)
Nota: Mereka sedang cari pekerja; waitress dan tukang kipas sate. Korang yang takde keje buat tu bolehla apply.
Nota: Mereka sedang cari pekerja; waitress dan tukang kipas sate. Korang yang takde keje buat tu bolehla apply.
#ehhh dekat sangat ni, bolehlah tinjau-tinjau dan cuba....he he he...
BalasPadameh eh eh dekat sangat? awak kat mana? awak awak kat mana? =P
Padam